Jumaat, Disember 17, 2021

Bahasa Arab Video YB 03sH003(ba3)

Bahasa Arab Video YB 03sH003

Bahasa Arab 3

4.Mengenal tanwin/tidak(Munshorif/Ghairul Munshorif)

1.Isim berdasarkan Jenis (نَوْعَ)
2.Isim berdasarkan Jumlah (عَدَدٌ)
3.Isim berdasarkan Umum/khusus(Makrifat/Nakirah).
4.Isim berdasarkan Tanwin/tidak (Munshorif/Ghairil Munshorif).
5.Isim berdasarkan Berubah/tidak (Mu'rab/Mabny)


Pada dasarnya seluruh isim akan memiliki tanwin(berbaris dua) pada huruf akhir sehingga ada sebab lain menyebabkan tanwin ini hilang, 
seperti imbuhan alif (ا)  dan lam(ل) atau isim tersebut menjadi idhofah(berdampingan)

Isim yang berimbuhan alif (ا)  dan lam(ل) maka tanwinnya wajib dihilangkan
Contoh  Buku كِتَابٌ ditambah ال menjadi الكِتَابُ
Begitu juga كِتَابٌ ditambah idhofah iaitu كِتَابُ زَيدٍ

Isim yang bertanwin pada huruf akhir perkataan seperti كِتَابٌ ini dipanggil munshorif.

Rata-rata isim yang ada termasuk isim jenis ini .
Contoh:
Masjid مَسْجِدٌ
Pintu بَابٌ
Zaid  زَيْدٌ
Mata عَيْنٌ

Namun ada isim yang tidak boleh bertanwin meskipun kata tersebut berdiri sendiri.
Contoh :
Ibrahim إِبْرَاهِيمَ
Ismail إِسْمَاعِيْلَ
Ishak إِسْحَقَ 
Yaakub يَعْقُوبَ
Isim ini dipanggil isim ghairul munshorif
Contoh dalam quran
Al-Baqarah 2:126
وَإِذْ قَالَ👈 إِبْرَٰهِۦمُ رَبِّ ٱجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا ءَامِنًا وَٱرْزُقْ أَهْلَهُۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ مَنْ ءَامَنَ مِنْهُم بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُۥ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُۥٓ إِلَىٰ عَذَابِ ٱلنَّارِۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ 
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah (negeri Mekah) ini negeri yang aman dan berilah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya, yaitu di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,” Dia (Allah) berfirman, “Dan kepada orang yang kafir akan Aku beri kesenangan sementara, kemudian akan Aku paksa dia ke dalam azab neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

Semua nama إِبْرَٰهِۦمُ atau إِبْرَٰهِيمَ  dan tidak mempunyai tanwin berbeza dengan nama نُوحٍ ada  tanwin.
Nama nabi lain iaitu وَإِسْمَٰعِيلَ ,وَإِسْحَٰقَ ,وَيَعْقُوبَ  ,وَعِيسَىٰ, وَأَيُّوبَ, وَيُونُسَ وَهَٰرُونَ ,وَسُلَيْمَٰنَ ,وَءَاتَيْنَا ,دَاوُۥدَ juga tiada tanwin iaitu ghairil mushorif.
Selain itu juga ia tidak boleh mengandungi harakat kasrah pada huruf terakhirnya meskipun perkataan itu didahului  huruf jarr contoh didahului  huruf jarإِلَى pada perkataan Ibrahim tetapi dibaca إِلَى إِبْرَٰهِيمَ

An-Nisa' 4:163
إِنَّآ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ كَمَآ أَوْحَيْنَآ 👈إِلَىٰ نُوحٍ وَٱلنَّبِيِّۦنَ مِنۢ بَعْدِهِۦۚ وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَعِيسَىٰ وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَٰرُونَ وَسُلَيْمَٰنَۚ وَءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ زَبُورًا 
Sesungguhnya Kami mewahyukan kepadamu (Muhammad) sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi setelahnya, dan Kami telah mewahyukan (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya; Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Dawud.

Apakah lagi isim yang tidak boleh bertanwin?
Nama wanita
Nama laki-laki yang diakhiri ta marbuthah
Nama bukan Arab
Nama dengan akhir huruf alif dan lam.
Nama dengan wazan feel mudharik
Nama dengan wazan فُعَلُ
Perkataan sifat dengan wazan فَعْلَانُ
Perkataan dengan wazan أَفْعِلُ
Perkataan dengan pola shigat muntahaln jumu'
Perkataan dengan  alif ta'nits maqsurah dan mamdudah

Nama wanita
Seluruh nama wanita yang diakhiri dengan nama ta marbutah atau tidak, maka  nama tersebut tidak boleh mengandungi tanwin seperti
Khadijah خَدِيّجَةُ
Aisyah عَاءِشَةُ
Fatimah فَطِمَةُ
Zainab زَيْنَبُ
Maryam مَرْيَمُ
Kecuali namanya tiga huruf dan huruf tengahnya adalah harakat sukun maka nama tersebut boleh dibaca tanwin seperti nama هِنْدٌ


Nama laki-laki yang diakhiri ta marbuthah 
Seluruh nama laki-laki  yang diakhiri ta marbuthah  tidak boleh menggunakan tanwin seperti nama
Maisarah مَيْسَرَةُ
Usamah أُسَامَةُ
Muawiyah مُعَاوِيِةُ


Nama bukan Arab
Seluruh nama yang berasal dari bukan Arab seperti nama-nama Nabi diatas
Ibrahim إِبْرَٰهِيمَ
Ismail وَإِسْمَٰعِيلَ
Ishak وَإِسْحَٰقَ
Yaakub وَيَعْقُوبَ
Ayub وَأَيُّوبَ

Kecuali untuk nama yang tersusun dari tiga huruf iaitu
Nuh نُوْحٌ
Lut لًوْطٌ
Maka 2 nama ini termasuk dalam munshorif

     
Nama dengan akhir huruf alif (ا) dan nun(ن) 
Seluruh nama yang diakhiri  huruf alif (ا) dan nun(ن) seperti
Sulaiman سُلَيْمَانُ
Usman عَُثْمَانُ
Marwan مَرْوَانُ
Adnan عَدْنَانُ


Nama dengan wazan feel mudharik 
Seluruh nama yang mengikuti wazan feel mudharik  tidak boleh menggunakan tanwin seperti
Ahmad أَحْمَدُ
Yazid يَزِيْدُ

CATITAN :
(a)wazan=bentuk perkataan
(b)wazan feel mudharik untuk:
1.Dia untuk lelaki هُوَ wazannya  يفعل
2.Dia untuk  lelaki  dua orang هُمَا wazannya يفعلان
3.Dia untuk lelaki ramai هُمْ wazannya يفعلون 
4. Dia untuk perempuan هِيَ wazannya تفعل
5.Dia untuk perempuan dua orang هُمَا wazannyaتفعلان
6.Dia untuk perempuan ramai هُنَّ wazannya َيَفْعَلْن
7. Kamu untuk lelaki seorang أَنْتَ wazannya  تفعل
8. Kamu untuk lelaki dua orang أَنْتُمَا wazannya تفعلان
9. Kamu untuk lelaki ramai أَنْتُمْ wazannya َتَفْعَلُوْن
10. Kamu untuk perempuan seorang أَنْتِ wazannya تَفْعَلِينَ
11. Kamu untuk perempuan dua orang أَنْتُمَا wazannya ِتَفْعلَان
12. Kamu untuk perempuan ramai أَنْتُنَّ wazannya تَفْعَلْنَ
13.Saya أَنَا wazannya أَفْعَلُ
14. Kami نَحْنُ wazannya نَفْعَلُ


Nama dengan wazan فُعَلُ
Seluruh nama yang mengikuti wazan فُعَلُ seperti 
Umar عُمَرُ
Zuhalu زُحَلُ


Perkataan sifat dengan wazan فَعْلَانُ
Seluruh kata sifat yang mengikuti wazan فَعْلَانُ seperti 
Dahaga عِطْشِانُ
Marah غَضْبَانُ
Lapar جَوْعَانُ

Perkataan dengan wazan أَفْعِلُ
Seluruh wazan yang mengikuti أَفْعِل seperti nama-nama warna dan isim tafdial.
Nama-nama warna:
Putih أَبْيَضُ
Kuning أَصْفَرُ
Hitam أَسْوَدُ 
Biru أَزْرَقُ
Merah أَحْمَرُ
Hijau أَحْضَرُ
Isim tafdial:
Terbesar أَكْبَرْ
Terbaik أَحْسَنُ
Terutama أَفْضَلُ
Terjauh أَبْعَدُ


Perkataan dengan pola shigat muntahaln jumu'
Iaitu salah satu bentuk jamak dengan pola-pola khas seperti
Pola  مَفَاعِلُ
Pola  فَوَاعِلُ
Pola   أَفَاعِيْلُ

Contoh
Sekolah مَدَارِسُ
Kaedah قَوَاعِدُ, Email رَسَائِلُ
Nasyid أَنَاشِيْدُ

Perkataan dengan  alif ta'nits maqsurah dan mamdudah
Alif ta'nits adalah alif yang menjadi ciri muanas dari suatu kata misalnya 
Putih muzakkar أَخْضَرُ 
Putih muanaas خَضْرَاءُ
Catitan;
Alif ta'nits maqsurah  dan mamdudah
Alif yang menanda ianya muanas.
Maqsurah; contoh dalam surah 
Ad-Dhuhaa 93:1وَٱلضُّحَىٰ
Ad-Dhuhaa 93:2 وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
Ad-Dhuhaa 93:3 مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ 
Ad-Dhuhaa 93:4 وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ 
Ad-Dhuhaa 93:5 وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ 
Ad-Dhuhaa 93:6 أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ 
Ad-Dhuhaa 93:7 وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ 
Ad-Dhuhaa 93:8 وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ 
Alif mamdudah adalah alif yang ditulis panjang dan sebut panjang tapi tiada sebutan

Isim ghairul munshorif  boleh berharakat kasrah ketika majrul 

Pertama ketika terdapat imbuhan al
Contoh ayat terdapat imbuhan al  pada perkataan  مَسَٰجِدُ
Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ 👈وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 
Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan istrimu. Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima tobatmu dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbedaan) antara benang putih dan benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (datang) malam. Te-tapi jangan kamu campuri mereka, ketika kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah ketentuan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, agar mereka bertakwa.


Kedua;  ketika menjadi mudof 
(Mudof adalah isim yang pertama dari 2 isim yang duduk berdampingan yakni dalam 2 perkara berbeza atau berdiri sendiri)
Contoh ayat yang menjadi mudhof (perkataan أَحْسَنَ)
At-Tin 95:4
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ 👈أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ 
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,

Mudhof أَحْسَنِ 
Mudhofunilaihتَقْوِيمٍ



Tiada ulasan:

Catat Ulasan