Khamis, Disember 16, 2021

K999.Nasihat anak yang sedang mengamuk!, nak belajar pujuk dia ada kena tahu ilmu ini.

K999.Nasihat anak yang sedang mengamuk!, nak belajar pujuk dia anda kena tahu ilmu ini.

Kecil-kecil cili padi .
Mereka ini kalau mengamuk kalah orang besar.  Jadi jika  mereka sedang mengamuk jangan nasihat anak ketika itu.

Bila anak mengamuk , apa yang anda selalu buat, tarik nafas tenangkan diri atau anda sekali mengamuk dan marah dia. Atau masa tu juga anda nak nasihat anak macam-macam.
Atau pun anda membebel macam- macam.

Tahukah anda, tak berkesan langsung kalau marah dan nasihat anak masa dia sedang dalam fasa mengamuk.
Buat penat dan habis air liur sahaja.

TAK PAYAH NASIHAT ANAK TENGAH MENGAMUK, BAGI DIA TENANG DULU.

Menurut terapi cara kerja, Wawa Shauqi kenapa kita tak boleh nasihatkan anak masa dia tengah mengamuk? Apa rasionalnya?
Sebab, bila kita nasihatkan anak yang tengah dikuasai emosi(marah/sedih/kecewa), kita sebenarnya buat kerja sia-sia. Bagilah motivasi bagus macam mana pun.
Bawalah pakar motivator paling berpengaruh pun depan hidung anak.
Cakaplah eluk macam mana sekalipun.
Nasihat tu akan jadi sia-sia.
Ini kerana pada ketika ini, otak rasional anak sedang shut down ketika dia tengah mengamuk. Pendek kata anak sedang dikawal oleh emosi dengan kata lain tidak sedar diri, yang bekerja pada ketika itu hanyalah otak emosi.

Walaupun benda yang diamukan itu sekecil-kecil hal. Hanya sebab lego dia buat tadi tercabut satu. Atau kartun yang tengah dia tengok tiba-tiba habis.

Ia normal, tak perlu rasa downnya parents!
Lebih- lebih lagi untuk anak 1.5- 3 tahun .
Fasa ni otak emosi mereka lagilah berkembang pesat. Dalam masa yang sama , otak rasional belum terbentuk lagi.
Nak belajar pujuk anak,  anda kena tahu ilmu ini:

1.Otak primitif:bahagian yang kawal refleks.
2.Otak emosi:bahagian bekerja kuat waktu anak tengah emosi.
3. Otak rasional: bahagian untuk berfikir secara logik dan mampu terima nasihat.

Jadi apa yang kita boleh  buat adalah , bantu anak ON otak rasional dia. Bagi dia tenang dulu, relaks , cakap kita faham  apa dia rasa. Kita faham dia tengah marah.
Letakan seolah-oleh kita ditempat dia.

Elakan 3 perkara:
1.Perkecilkan perasaan anak.
Benda kecil macam ni pun nak mengamuk.
Ini mungkin kecil pada kita, tetapi tidak pada anak. Ia hanya akan melukakan hati anak.

2. Sogok anak dengan gajet.
Anak yang disogok gajet untuk elak mengamuk menghadapi risiko perkembangan  emosi yang tidak matang. Takut-takut, sepatutnya umur 5 tahun anak dah boleh kawal emosi, tetapi bila biasa disogokngajet, 5 tahun masih mengwmuk macam budak 2 tahun.

3.Jangan marah atau pukul anak yang tengah emosi.
Ia akan memberi kesan yang lebih teruk dikemudian hari. Kenapa? Bila kita lagi marahkan  anak yang tengah emosi, atau pukul mereka, otak primitif yang akan take over.
Otak tu akan bertindak memberi respon
Fight-flight-freeze
Fight:melawan/membesar jadi baran
Flight:melarikan diri/membesar menjadi penipu
Frezee:kaku/membesar jadi pendiam.
Malah bila kita marah anak tu, kita ibarat suruh ketam berjalan lurus. Suruh anak kawal emosi, kita sendiri yang gagal kawal emosi sendiri.
Jadi jelaslah disini pentingnya ibubapa sendiri yang mengawal emosi masing-masing terlebih dahulu jika anak mengamuk. Jadi jika tidak mustahil anda boleh kawal emosi anak anda.
Jadi cubalah jadi tenang- tenang nya ketika anda handle anak yang sedang mengamuk ini.

PASTIKAN EMOSI KITA PUN TENANG
Pastikan emosi kita pun tenang bila nak tenangkan anak. Kalau tak tenang , isolate dulu diri. Tanyakan diri, Aku nak anak aku belajar kawal emosi atau  jadi dewasa pemarah juga?

Semoga kita mampu jadi ibuayah yang mendidik tanpa perlu memekik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan