Bahasa arab Video animasi 04sH004
Bahasa Arab.
Kali ini tentang dhamir (gantinama)
Diantara perkara yg penting untuk diketahui oleh orang yg baru belajar adalah dhamir(gantinama)
Dlm bahasa arab gantinama sangat spesifik.
Dlm bahasa kita, ada beberapa gantinama sahaja.
Gantinama orang pertama adalah aku dan kami.
Gantinama orang kedua iaitu kamu atau engkau
Gantinama orang ketiga iaitu dia dan mereka.
Jadi hanya 5 atau 6 kata ganti sahaja.
Dalam bahasa Arab gantinama lebih kompleks kerana ada istilah ganti nama untuk seorang lelaki, seorang perempuan, dua orang lelaki dan dua orang perempuan juga ramai atau lebih dari 2 lelaki atau perempuan .
yg semuanya berjumlah 14 gantinama.
Apakah kata ganti tersebut?
Berikut penjelasanya:
Gantinama orang yg ketiga (غَائِبٌ)
Dia (lelaki) = هُوَ
Mereka berdua (lelaki)=هُمَا
Mereka (>2lelaki)=هُمْ
Dia(perempuan)=هِيَ
Mereka berdua(perempuan)=هُمَا
Mereka (>2perempuan)= هُنَّ
Gantinama orang yg kdua/mendengar (مُخَاطَبٌ)
Kamu (lelaki) =أَنْتَ
Kamu (lelaki berdua) =أَنْتُمَا
Kalian (>2lelaki )=أَنْتُمْ
Kamu (perempuan)=أَنْتِ
Kamu (berdua perempuan)=أنْتُمَا
Kamu(>2perempuan)=أَنْتُنَّ
Kata ganti orang bercakap(مُتَكَلِّمٌ)
saya= أَنَا
kami =نَحْنُ
Catitan:
Untuk 2 orang sama sj untuk lelaki dan perempuan
iaitu هُمَا dan أَنْتُمَا
Tiada ulasan:
Catat Ulasan