1.Tafarrudaat ialah riwayat-riwayat atau hadis-hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.
bersendirian =tafarrud
2.Munqathi
Ialah riwayat atau hadis yang tersebut(gugur) seorang perawi atau beberapa perawi didalam sanadnya,khususnya sebelum sahabat.
3.tadlis
Ialah menyembunyikan sesuatu keaiban pada sanad dan menampakannya eluk pada zahirnya.
4.Idraaj.
Ialah penyelitan dan penyisipan pada sanad atau matan sesuatu hadis dengan sesuatu yang bukan merupakan bahagian asal sanad atau matan.
5.irsal
Ialah periwayatan sesaorang tabi'in daripada Nabi saw secara terus tanpa menyebutkan tempat ambilannya sama ada daripada seorang sahabat Nabi saw atau daripada tabi'in seumpamaanya.
6.Mursalat
Ialah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi dari kalangan tabi'in secara mursal iaitu dengan terus meriwayatkannya daripada Nabi saw tanpa menyatakan perantaranya, sama ada ia dari kalangan sahabat atau kalangan tabi'in seumpamaanya.
7.Balaaghat
Ialah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi dengan menggunakan lafaz بَلَغَنِى atau بَلَغَنِا tanpa menyebut secara lengkap sanadnya.
8.Terlalu gharib atau غريب جدا
Istilah lain yang menyamai terlalu dhaif atau ضعيف جدا
9.perawi matruk.
Ialah perawi yang ditinggalkan /tidak diterima haditsnya kerana ia langsung tidak bernilai.
Hadits-haditsnya tidak boleh dijadikan syahid, apatah lagi untuk dijadikan hujjah. Matruk adalah satu lafaz jarh yang berat .
Perawi matruk adalah perawi yang sangat teruk ingatannya, banyak melakukan kesilapan selain sering keliru.
10.Itthiraab
Iaitu riwayat yang berbeza-beza berlainan dan celaru lafaz matan atau teksnya namun sama dari sudut kekuatan atau kelemahannya.
Atau
Ialah riwayat yang dikemukakan dalam bentuk-bentuk bertentangan dan berlawanan antara satu sama lain, disamping tidak dapat ditarjih dan tidak juga dapat dikompromikan.
11.Muttharib
Ialah riwayatyang mengandungi ittiraab (keadaan celaru dan tidak tetap), samada pada sanadnya atau pada matannya.
12.Maudhu'موضوع
Ialah hadits palsu atau rekaan .
Hadits maudhu' (palsu) ialah hadits yang direka atau diada-adakan atas nama Nabi saw.
Ia sebenarnya bukan hadits .
Dikatakan hadits semata-mata kerana disebarkan atas nama hadits.
Termasuk dalam hadits madhu' juga ucapan atau perbuatan orang lain yang didakwa dan disebarkan sebagai kata-kata atau perbuatan Nabi saw.
Contoh yang masyhur hadits
MAN ‘Arafa Nafsahu, Faqad Arafa Rabbahu. “Siapa yang mengenal dirinya, akan mengenal Rabb-nya”.
Hadits madhu' bagaimanapun berpunca daripada kedustaan dan kebohongan perawi.
Menurut takrif yang lain ,
Hadits madhu' ialah hadits yang dicipta dan direka oleh sesaorang pendusta dan disandarkan kepada Rasullah saw secara palsu dan dusta samada ia dilakukan dengan sengaja ataupun tidak.
Antara sebab kenapa orang mengada-adakan hadits madhu' dan kenapa ia disebarkan ialah:
a. Untuk menyesatkan manusia dari jalan yang lurus.
b. Dengan tujuan mengacau-bilaukan ajaran agama.
c. Kerana hendak digunakan untuk mencari penghidupan.
-menarik perhatian
d. Kerana hendak menurut hawa nafsu pemimpin.
-pemimpin suka main merpati reka hadits konon ada nabi main merpati
e. Kerana ada segolongan manusia yang berpendirian boleh mengadakan sanad bagi ucapan yang baik-baik.
-imam muharamain menghukum kafir orang sebar dengan hadits palsu.
f. Kerana hendak membela madzab atau pendirian masing-masing.
g. Kerana ta'ashbuh (fanatik) kepada sesuatu kefahaman.
h. Kerana hendak mengerahkan orang supaya mengamalkan sesuatu perbuatan yang baik.
-dosa zina tinggal solat..
i. Kerana malu kepada kebenaran setelah meriwayatkan hadits dengan salah yang tidak disengajakan.
-nak jaga diri
j. Kerana kelalaian dan kekeliruan perawi.
k. Kerana kehilangan kitab lalu perawi meriwayatkan semata-mata berdasarkan hafalannya, sedangkan dalam hafalanya itu terdapat kesalahan-kesalahan dan kekeliruan.
l. Kerana perubahan aqal atau ingatan perawi yang boleh dipercayai(tsiqah) disebabkan tuanya, sedangkan dalam masa prubahan itu mereka masih lagi meriwayatkan hadits-hadits.
m. Kerana hendak mengembirakan atau mendukakan orang dengan mendengar suatu cerita.
Tanda-tanda hadits madhu' pula antara lain adalah seperti berikut:
a. Haditsnya mengandungi susunan ayat yang kacau dan berkecamuk,sehingga dengan mudah saja dapat diputuskan bahawa ia tidak mungkin disabdakan oleh sesaorang Nabi yang bijaksana seperti Nabi
b. Haditsnya mengandungi ucapan yang patut mendapat ejekan atau celaan.
c. Isinya bertentangan dengan ketetapan agama yang di ma'lumi semua orang.
d. Ada bebrapa bukti jelas yang menunjukkan kepalsuannya.
e.Haditsnya bertentangan dengan tuntutan keimanan.
f. Haditsnya bertentangan dengan alquran.
g.Ada hubungan dan jaringan yang menunjukan kepalauannya.
h. Isinya bertentangan dengan akal.
Bukan akal secara mutlak
i. Lafaz haditsnya lemah, tidak baik dan ditolak oleh tabi'at dan akal yang waras serta tidak sedap didengar.
j.Pengakuan dari pemalsu hadits sendiri bahawa dialah yang mengada-adakannya.
-mengaku reka 2000 hadits
Hukum menyebarkan hadits palsu adalah haram .
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Sesiapa berdusta terhadap diriku, maka siaplaj tenpat duduknya di neraka .
Hadits riwayat Bukhari,Muslim dan lain-lain
13.Munkar/mungkar مُنّكَر
Hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang tidak tsiqah (dhaif) berlawanan dengan perawi tsiqah.
Hadits ini adalah hadits yang dhaif sangat (ضعيف جدا)
-bukan dhaif biasa-biasa
- dhaif yang boleh pakai untuk targhib dan tarhib atau fadail amal bukan dhaif sangat
14. Munkarul hadits منكر الحديث.
Ialah perawi yang mungkar.
Hadits perawi yang mungkar ,haditsnya dhaif. Ia tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh juga
15.Shaduq صدوق
Perawi shaduq
Seorang perawi apabila dikatakan banyak tersalah tidak boleh dijadikan hujjah
Ini berdasarkan istilah.
Jika bahasa صدوقbererti sangat benar.
Ini perkataan sighah mubalaghah.
Wazannya = sangat..
16.Tidak ada apa pun/bukan apa-apa pun/langsung tidak bernilai(perawi).ليس بشيء
Satu lafaz jarh yang teruk. Perawi yang dikatakan begini haditsnya tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh dijadikan penyokong.
17.mencuri hadits يَسْرِقُ الحَدِيْثِ.
Sifat perawi yang menda'wa dikongsi oleh perawi lain bersamanya dalam mendengar hadits tertentu atau satu juzu'(kitab hadits yang mengumpulkan hadits-hadits berkenaan dengan sesuatu perkara) tertentu, atau sebuah kitab hadits tertentu.
Dikatakan juga seorang perawi itu mencuri hadits apabila ia menyandarkan sesuatu hadits yang terkenal sebagai hadits petawi tertentu, kepada perawi lain uang kononya turut meriwayatkannya daripada syrkh yang sama. Atau ia mengambil sesuatu jadits orang lain lalu diadakan sanad sendiri untuk ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan