Usul dirayah hadis nota 01-27 0004
hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bükti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rakmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
(alBaqarah: 143).
Generasi pertama yang dimaksudkan dengan kata 'kamu' di sini ialah generasi sahabat Rasulullah s.a.w.
Pencapaian umat Islam dalam bidang riwayat atau isnad ini telah melahirkan perpustakaan beşar yang memuatkan buku-buku yang ada kaitannya dengan sistem riwayat atau isnad seperti ilmu Mushtalahu al- Hadits, ilmu Rijal al- Hadits, al- Jarh Wat Ta'dil dan segala pecahan-pecahannya.
Sistem Dirayat, Usul dan keistimewaannya.
Sistem dirayat mempunyai pertalian yang rapat dengan sistem riwayat, namun begitu tidak semestinya apa yang diterima dalam sistem riwayat itü akan diterima terus dalam dirayat. Begitu juga sebaliknya, tidak semestinya sesuatu yang diterima menurut sistem dirayat akan bertepatan pula dengan sistem riwayat.
Bagaimanapun pada kebiasaannya dan kebanyakannya apa yang diterima melalui sanad yang sahih menurut sistem riwayat akan sampai kepada matan yang sahih juga menurut sistem dirayat. Begitulah sebaliknya matan yang bertepatan dengan sistem dirayat kebanyakannya datang melalui sanad yang sahih mengikut sistem riwayat.(lihat Dr.Subhi as-Saleh - Uloomu al- Hadits Wa Mushfalahuhu
m/s 283).
Sistem dirayat yang dimaksudkan di sini ialah sistem yang termasuk di bawah tasrif istilah khusus dalam ilmu hadits. Antara ta'rif yang diberikan berhubung dengan sistem dirayat ini ialah seperti yang telah dikemukakan oleh Nawab Siddiq Hasan Khan bahawa;
علم دراية الحدية وهو علم باحث عن المفهوم من الفاظ الحديث وعن المراد منها مبنيا على قواعد العربية وضوابط الشريعة ومطابقا لأحوال النبي صلى الله علية وسلم
difahami daripada lafaz-lafaz hadits. Begitu juga maksud-maksudnya berdasarkan kaedah-kaedah bahasa Arab dan peraturan-peraturan syariat di samping bersesuaian pula dengan keadaan Nabi s.a.w. (Nawab Siddiq Hassan Khan -Abjadu al-Uloom, j.2 m/s 220),
Tasrif ini dikemukakan juga oleh Hj. Khalifah di dalam "Kasyfu Az-Zunun" dan Tosy Kübra zadeh di dalam "Miftah as-Sa'adah Wa Mishbah as-Siadah". Ketika membincangkan topik dirayat ini Hj Khalifah berkata:
4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan