Isnin, Januari 03, 2022

K999.6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah :

K999.6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah :
.
1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang sebarang tingkahlaku anak yang kita nampak kurang betul, kurang elok, tantrum, melawannya dan sebagainya yang tidak ikut spec kita, sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi anak. 

TINGKAHLAKU = BAHASA, ada mesej yang nak disampaikan, terutama anak kecil yang belum mampu mengucapkan atau meluahkan, apatah lagi anak yang sudah besar namun sudah tahu bila dia cakap, pasti tidak dapat, atau tidak disokong, atau mungkin akan dimarahi, Maka berlakulah missbehaviour... 

Missbehave = Mesej Sesuatu Nak Disampaikan kepada sekeliling dia
.

2. Anak-anak ada usahanya, kepada apa jua permintaan kita atau kita tak minta pun dia ada fitrah nak cuba melakukan sesuatu yang baik. Maka sahkah ia (validate ia) atau pastikan anak tahu yang kita terima, kita nampak, dan kita hargai usaha kecil dia. 

Contoh anak kecil yang berusaha nak cuba buatkan kopi untuk mak dia (macam Yumna saya - sebenarnya dia suka nak tuang dari teko kaca tu ke mug mak dia :sweat_smile:) masyaAllah rajinnya, tak perlu disuruh, atau baru sebut aja dia sibuk-sibuk nak buatkan. Tunjukkan yang kita 'perasan', akan niatnya yang baik itu. Puji 'noticed' usaha dia yang belum berlaku pun dan kesanggupan dia itu. Hmm memang anak kecil ni sesuatu yang kita belajar ialah mereka ni super duper yakin diri tau. 

Apatah lagi anak besar, remaja yang cuba membantu urusan rumah apabila ada konflik ibu ayahnya dengan memasakkan nasi untuk adik-adiknya atau membelikan sayur dengan menaiki motosikalnya. Pujilah usahanya itu.
Puji, nyatakan secara jelas (Tangki Emosi: Perkataan: Words of Affirmation)
.

3. Luahkan KEYAKINAN kita kepada keupayaan anak, di saat anak ada rasa 'down feeling'nya, momen emosi konflik diri, rasa tak yakin dirinya melanda... (ni biasanya anak sudah sekolah mula akan rasa inferioriti vs. yakin diri sesuai dengan tugas perkembangan usia 6-12 kanak-kanak). 
Bukan berbahasa basi, namun tunjukkan, luahkan, persepsi anda yang positif. 

"Ya, Mama YAKIN abang boleh buat, hari tu Mama tengok abang usaha berjaga malam siapkan kerja Matematik Tambahan tu. Bila kita usaha, insyaAllah adalah hasilnya berbanding kita tak buat apa-apa...".

"Mama YAKIN kakak boleh present atas pentas dengan baik, berani, relaks dan fokus. Kami semua doakan. Lagipun kakak kan dah practice". 
.

4. Hormatilah anak, berikan HORMAT kepada mereka seperti mana kita mahu mereka hormati kita. 

Cara paling basic ialah pandang wajah mereka (beri full face - muka penuh) bila mereka mahu bercakap dengan kita, tinggalkanlah semua kerja yang sedang dilakukan, barang sebentar 10 saat pun amat bermakna untuk si anak sewaktu terujanya mereka mahu berbicara dengan kita.

Apatah lagi anak remaja yang ada pandangan sendiri, keputusan sendiri, dan tindakan sendiri, hormatilah keputusan mereka, bawalah kepada berbincang dan negosiasi bila kita tidak setuju, dengan cara bermusyawwarah ya.
.

5. Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu.

Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke - No, isunya mereka sedang rasa. Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif.

"Mama tengok tadi bila cousin datang, kakak macam serba tak kena, apa sebenarnya yang kakak rasa"(walau sebenarnya nak marah kenapa tergedik sangat anak Mama nih ya). (Berikan feedback dan dapatkan clarification dari dia).

"Tadi Ayah tertinggi suara sikit aja, apa sebab abang meraung raung menangis macam tu, hmmm Ayah rasa malu, juga pelik sebab apa abang jadi macam tu. Cuba abang bagitahu ayah, ayah nak faham". (ni waktu tenang-tenang kemudian masa - usaha fahami si anak).
.

6. Akhir, INGATLAH yang bila tingkahlaku anak Tak OK, sebenarnya ia reflek kepada perasaan Tak OK mereka juga. 

Jadi sebenarnya dalam keibubapaan ini, kita sentiasa nak bawa kepada anak memahami perasaan dia sendiri (mulakan dengan kita pun perlu fahami perasaan mereka dulu), anak perlu berasa ok dengan perasaan dan pemikiran dia, maka stabillah tingkahlaku dia ya. Biasanya mereka pun tidak faham akan diri mereka sendiri kenapa bertindak begitu.

Contohnya anak yang dimarahi teruk di rumah, akan sangat buat hal di sekolahnya.

Anak yang rasa dirinya teruk, tak pandai dsb, juga akan bertingkahlaku sesuai dengan perasaannya terhadap dirinya sendiri, jadi tidak mahu membaca, tidak mahu terlibat dengan aktiviti akademik, benci sekolah/teacher dsb.

Jadi nak baiki tingkahlaku anak, hanya perlu kenalpasti perasaan dia terhadap diri dan dunianya, bantu dia, dan kelak tingkahlaku mereka akan berubah jadi lebih baik, ok 🙂

CARE ❤,
Maznah Ibrahim
......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan