Isnin, Januari 31, 2022

K999.Ajar Anak Teknik Berdiplomasi / Musyawarah Sesama Mereka.

K999.Ajar Anak Teknik Berdiplomasi / Musyawarah Sesama Mereka
.

Sejak Khairunnisa' @KN usia dekat 2 tahun masa dia masuk fasa autonomi (nak ikut cara dia), kami train dia untuk bernafas 'breath in', dan asertif : tanya dan minta sendiri dengan abangnya, apa apa dia mahu. Bukan menangis sahaja mengadu. 

Contohnya dalam giliran duduk di kerusi kecil selamat di belakang basikal besar yang ayahnya kayuh, 
.

Macam biasa Fateh yang tegas akan men dominasi, dia saja menang. KN juga keras, dan ada hasrat.  KN cuba minta dengan suara halusnya, tak berjaya, meledak menangis terus dia. 😅

Latihan demi latihan diberi semasa setiap situasi berlaku. 

Ajarkan skrip "Abang, Adik nak minta xxyyzz, BOLEH?" 

Juga ajar skrip sama pada si Abang. "Adik, BOLEH tak abang nak xyz dan adik aabbcc". (pandai dia 'exchange' sebab nak dapat apa dia mahu) 😆
.

Biasanya bila ayat asertif bermula dengan perminta "BOLEH"  atau "MINTA", pihak satu lagi akan terus kata "Boleh!". 

Ini teknik 'leading'. Kita halakan atau tentukan fokus kepada perkara yang kita mahu. 
.

Semalam lepas Maghrib, Fateh tak jadi ikut ayahnya keluar 'meeting', Fateh dah kebuntuan tak ada teman, ayah beri idea ke Fateh untuk 'bincang' / 'negotiate' dengan Mummy, nak tengok cerita 'movie' kartun apa. Jenis Fateh Te (Thinking ekstrovert dalam STIFIn) ni tak boleh seorang, kena ada orang teman 'together gather' dengan dia. 
.

Saya nak tidurkan si Adik. 
Saya kata tak boleh la Fateh sebab Mummy kena tidurkan Adik, gosok gosok adik ni gatal, ekzema, kecuali Adik pun tengok sama. 
.

Tetiba Adik segar dan nak tengok sekali. 

Kelihatannya dua-dua nak tengok cerita lain pula. 
.

Saya tinggalkan mereka berdua.  Saya kata : "Fateh BINCANG dengan Adik". Saya berlalu pergi buat kerja lain.

*Satu lagi 'keyword' kami selalu guna ialah 'bincang' atau 'sembang' (discuss).
.

Tak lama kemudian mereka berdua keluar dari bilik tidur dan Fateh beritahu, Adik nak tengok cerita Boss Baby. 

Saya kata Fateh okay ke, dia kata dia tak berapa suka, boring, tapi tak apa lah (asal dia ada teman tengok😂). 

Jauh di sudut hati, syukur, mereka boleh berbincang berdua, bernegosiasi, dan 'give in', walau keduanya Thinking, keras tegas belaka. 
.

Beza satu perempuan, kecil sedikit usia, boleh dibentuk lagi, makan saman untuk dipengaruhi si abang.  Si besar lebih dominasi namun boleh turun ke 'level' lebih rendah. Seorang ekstrovert memang nak berteman 'sparing partner' sokmo, seorang lagi tak kisah boleh seorang diri (introvert). 

Alhamdulillah. 

* NOTA *:

1⃣ Dah tahu semua anak / adik beradik akan ada sahaja 'conflict of interest', saya persiapkan, 'bonding'kan mereka sejak KN dalam kandungan: Ebook Adik Beradik Ngam : PERCUMA (https://ebook.maznahibrahim.com/ngam). 

2⃣ Sebaik adik pandai bercakap / tiru percakapan kita,  saya ajarkan teknik negosiasi, asertif, bertoleransi. Biar mereka 'settle' sesama mereka untuk belajar kendali konflik perhubungan. 

3⃣ Sentiasa ajarkan skrip meminta ('request') bukan mengarah. Orang tak suka diarah. Tapi fitrah suka memberi sebenarnya. Mereka tidak tahu ayat apa, bagaimana nak diucapkan. Kerap modelkan dan ajarkan cara guna keyword 'terima kasih', 'maaf', 'tolong', 'boleh xyz'  atau 'minta xyz'. 
.

4⃣ Sentiasa mendengar keduanya, yang salah tetap ditegur teknik kesalahan walau anak kecil/besar (jika si abang, usaha tegur secara berasingan pada waktu lain untuk jaga maruah dia di depan adik). 
.

5⃣ Teknik Nabi : Teknik Menegur Kesalahan: Nyatakan apa tak boleh / tegahan, disusuli apa boleh : Adik tak boleh pukul abang bila marah, tapi beritahu aja baik-baik: "Boleh abang bangun ini kerusi adik, adik nak duduk" (tambah skrip toleransi). 
.

6⃣ Anak-anak sentiasa perlukan model yang positif, dari ibubapanya, bertindak adil saksama dan bijak berhemah kepada mereka. 


Refleksi, 
Maznah Ibrahim
5 Mac 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan