Isnin, Januari 31, 2022

Tafsir nota baca 0009(0183-0185)s

Tafsir nota baca 0009(0183-0185)s

Al-Baqarah 2:172
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ 
Al-Baqarah 2:173
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ ٱلْمَيْتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحْمَ ٱلْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيْرِ ٱللَّهِۖ فَمَنِ ٱضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah makanan-makanan yang baik (halal) yang telah Kami kurniakan kepadamu²⁶⁶ dan bersyukurlah kepada Allah (atas kurniaanNya itu), jika benar kamu hanya beribadat kepadaNya. [172].
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepadamu (memakan) bangkai,²⁶⁷ darah,²⁶⁸ daging babi, dan binatang yang disembelih bukan dengan nama Allah,²⁶⁹ Tetapi sesiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya), tanpa sengaja dan melampau, maka tiadalah apa-apa dosa di atasnya.²⁷⁰ Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Iagi Maha Penyayang. [173].


___________________
²⁶⁶ Jangan pula kamu mengharamkannya sesuka hatimu. Kerana Allah melarang kamu berbuat begitu menerusi firmanNya:

Al-Ma'idah 5:87
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحَرِّمُوا۟ طَيِّبَٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (87).


²⁶⁷ Perkataan bangkai pada zahirnya merangkumi semua jenis bangkai, iaitu binatang yang mati tanpa disembelih menurut syara'. Tetapi berdasarkan ayat ke-96 Surah al-Maa'idah, ada bangkai yang dikecualikan daripada pengharaman yang terdapat di dalam ayat ke-173 ini, Bangkai yang tidak diharamkan memakannya malah ia dihalalkan oleh Allah ialah bangkai binalang-binatang laut atau hidupan air, sama ada ia diburu atau tidak. Lihat ayat ke-96 Surah al-Maa'idah berkenaan di bawah ini:
Al-Ma'idah 5:96
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ ٱلْبَحْرِ وَطَعَامُهُۥ مَتَٰعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِۖ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ ٱلْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًاۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ 
Bermaksud: Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan. 


Dengan itu dapatlah difahami bahawa bangkai yang diharamkan di dalam ayat ke-173 Surah al-Baqarah ini hanyalah bangkai binatang yang hidup di daratan.


²⁶⁸ yang mengalir. Kerana pada ayat yang lain Allah telah menjelaskan tentang darah yang diharamkan itu dengan firmanNya: ; 
Al-An'am 6:145
قُل لَّآ أَجِدُ فِى مَآ أُوحِىَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُۥٓ إِلَّآ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُۥ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah." Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, Iagi Maha Penyayang. 

Darah yang mengalir yang dimaksudkan ialah darah yang keluar dari binatang apabila ia disembelih dan darah yang keluar dari binatang sebelum ia mati. Adapun sedikit sebanyak darah yang terdapat pada daging binatang halal yang telah disembelih, maka itu tidak termasuk dalam darah yang diharamkan.

²⁶⁹Sebaliknya dengan nama yang lain dari Allah, atau ia disembelih kerana selain Allah. Maksudnya ialah binatang yang disembelih seseorang untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada selain Allah. Kuih-muih atau makanan-makanan lain yang dípersembahkan kepada selain Allah juga termasuk dalam umum perkataan pada firman Allah: وما أهل به لغير الله itu. Selain Allah itu pula tidak khusus dengan berhala-berhala semata-mata, malah ia merangkumi juga apa-apa yang disembah dan diseru selain Allah, seperti api, matahari, sungai, malaikat, nabi-nabi, makam wali-wali dan lain-lain.

²⁷⁰ Demikian juga tersebut dengan perincian yang lebih sedikit di dalam Surah al  ayat 145 yang baru dikemukakan sebelum ini. Firman Allah di dalam Surah dengan lebih terperinci Iagi binatang-binatang yang selain dari yang tersebut di dalam al-Anaam. Lihat ayat berkenaan 

Al-Ma'idah 5:3
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ ٱلْمَيْتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحْمُ ٱلْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلْمُنْخَنِقَةُ وَٱلْمَوْقُوذَةُ وَٱلْمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا۟ بِٱلْأَزْلَٰمِۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌۗ ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًاۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud:Diharamkan kepadamu (memakan) bangkai
(binatang-binatang yang tidak  disembelih), darah (yang mengalir), daging babi (termasuk semuanya), ( daging binatang-binatang) yang disembelih  kerana yang lain dari Allah yang mati tercekik, yang mati kerana dipukul (atau terpukul),  yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi yang mati ditanduk dan mati kerana dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan (diharamkan kepadamu memakan binatang) yang disembelih atas nama berhala. Dan (diharamkan juga) kamu menengok nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu ni'matKu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untukmu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) tanpa sengaja hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan