Khamis, Januari 27, 2022

Tafsir nota baca 0009(0179-0183)s

Tafsir nota baca 0009(0179-0183)s

Tafsir nota 9(186-171)

Al-Baqarah 2:168
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 
Al-Baqarah 2:169
إِنَّمَا يَأْمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلْفَحْشَآءِ وَأَن تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ 
Al-Baqarah 2:170

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱتَّبِعُوا۟ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُوا۟ بَلْ نَتَّبِعُ مَآ أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَآۗ أَوَلَوْ كَانَ ءَابَآؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْـًٔا وَلَا يَهْتَدُونَ 
Al-Baqarah 2:171
وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ كَمَثَلِ ٱلَّذِى يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ إِلَّا دُعَآءً وَنِدَآءًۚ صُمٌّۢ بُكْمٌ عُمْىٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ 
Wahai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan,²⁶⁰ kerana sesungguhnya ia adalah musuhmu yang nyata.²⁶¹ [168].
Sesungguhnya syaitan itu hanya (tahu) menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perbuatan yang keji,²⁶² dan (menyuruh kamu) membuat pembohongan
terhadap Allah dalam perkara-perkara yang kamu tidak mengetahui (bahawa ia dari ajaran Allah).²⁶³ [169].
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah", mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati nenek moyang kami melakukannya". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka tidak mengerti suatu apapun (tentang perkara-perkara ugama), dan tidak (pula) mendapat petunjuk (dari Allah)?" [171].

Bandingan orang-orang yang kafir (dan musyrik yang menyeru dan berdoa kepada selain Allah) sama seperti orang (penggembala) yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan sahaja.²⁶⁴ Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti.²⁶⁵ [171].



_________________

²⁶⁰dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Kerana Allah berfirman:

Al-Ma'idah 5:87
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحَرِّمُوا۟ طَيِّبَٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ 
Al-Ma'idah 5:88
وَكُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَٰلًا طَيِّبًاۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (87).
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (88). (al-Maa'idah:87-88).

²⁶¹Apa yang dapat difahami daripada ayat ini ialah syaitan itu suka makan makanan-makanan yang tidak halal dan tidak baik. Syaitan juga suka sangat kalau manusia mengikutinya dalam perkara ini. Sedangkan manusia tidak sepatutnya mengikut syaitan dalam perkara apa sekalipun, kerana ia perlu sedar bahawa syaitan itu adalah musuhnya yang nyata. Apa yang disukai syaitan untuk manusia tentunya tidak baik akibatnya kepada manusia.

²⁶² Makna perkataan الفحشاء (perbuatan yang keji) juga sememangnya telah termasuk dalam erti umum perkataan السوء (kejahatan kerana menyalahi ketetapan syariat) yang tersebut sebelumnya. Tetapi oleh kerana perkataan الفحشاء itu lebih menunjukkan kejahatan dan penyelewengan di sudut seks dan ia merupakan cabaran dan ujian yang amat dahsyat kepada manusia, maka ia disebutkan pula secara berasingan. Cara penggunaan yang sama dapat dilihat umpamanya pada firman Allah berikut:

Yusuf 12:24
وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِۦۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَآ أَن رَّءَا بُرْهَٰنَ رَبِّهِۦۚ كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ ٱلسُّوٓءَ وَٱلْفَحْشَآءَۚ إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُخْلَصِينَ 
Bermaksud: Sesungguhnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan dia (Yusuf) pun berkeinginan juga kepadanya (perempuan itu), jika dia tidak melihat keterangan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan darinya kejahatan dan perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang tulus ikhlas.

Ayat 169 ini menyatakan sebab dan alasan bagi larangan Allah terhadap manusia daripada mengikut jejak langkah syaitan. Selain syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia, ia juga hanya akan menyuruh manusia melakukan kejahatan dan perbuatan yang keji, dan membuat pembohongan terhadap Allah dalam perkara-perkara yang tidak diketahuinya. Di dalam Surah an-Nuur juga Allah menyebutkan sebab dan alasan yang sama. Lihat firmanNya di dalam Surah an-Nuur itu:
An-Nur 24:21
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَإِنَّهُۥ يَأْمُرُ بِٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۚ وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يُزَكِّى مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesiapa yang mengikut jejak langkah Syaitan. maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Iagi Maha Mengetahui.

Bagaimanakah cara manusia membuat pembohongan terhadap Allah dalam perkara-perkara yang tidak diketahuinya? Di dalam ayat ini tidak dijelaskan, tetapi ia dijelaskan di dalam sekian banyak ayat-ayat yang lain. Antaranya ayat-ayat di bawah ini:
Al-Ma'idah 5:103
مَا جَعَلَ ٱللَّهُ مِنۢ بَحِيرَةٍ وَلَا سَآئِبَةٍ وَلَا وَصِيلَةٍ وَلَا حَامٍۙ وَلَٰكِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَۖ وَأَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ 
Bermaksud: Allah tidak pernah sekali-kali mensyariatkan adanya Bahirah, Saa'ibah, Washilah dan Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya. 

Al-An'am 6:140
قَدْ خَسِرَ ٱلَّذِينَ قَتَلُوٓا۟ أَوْلَٰدَهُمْ سَفَهًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍ وَحَرَّمُوا۟ مَا رَزَقَهُمُ ٱللَّهُ ٱفْتِرَآءً عَلَى ٱللَّهِۚ قَدْ ضَلُّوا۟ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ 
Bermaksud: Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, Iagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya) dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk. 

Yunus 10:59
قُلْ أَرَءَيْتُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلَٰلًا قُلْ ءَآللَّهُ أَذِنَ لَكُمْۖ أَمْ عَلَى ٱللَّهِ تَفْتَرُونَ 
Bermaksud: Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan Allah kepadamu lalü kamu jadikan sebahagiannya haram dan (sebahagiannya) halal". Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah telah mengizinkan kepadamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara duşta terhadap Allah." 

An-Nahl 16:116
وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ ٱلْكَذِبَ هَٰذَا حَلَٰلٌ وَهَٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ 
Bermaksud: Dan janganlah kamu berduşta dengan şebab apa yang disifatkan oleh lidahmu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan berjaya. (an-Nahl:116).

Syirik dan mengatakan Allah mempunyai anak juga termasuk dalam pembohongan yang telah dibuat oleh manusia terhadap Allah. Kerana itü Allah pada sekian banyak tempat di dalam Al-Quran menyucikan DiriNya daripada sebarang bentuk kesyirikan. Antaranya pada dua firmanNya seperti di bawah ini:
Yunus 10:18
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَٰٓؤُلَآءِ شُفَعَٰٓؤُنَا عِندَ ٱللَّهِۚ قُلْ أَتُنَبِّـُٔونَ ٱللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَلَا فِى ٱلْأَرْضِۚ سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ 

Bernmaksud: Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudharat kepada mereka dan tidak (pula) manfa'at, dan mereka berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Dia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)'? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan. (Yunus: 18).

Al-Baqarah 2:116

وَقَالُوا۟ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدًاۗ سُبْحَٰنَهُۥۖ بَل لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ كُلٌّ لَّهُۥ قَٰنِتُونَ 

Bermaksud: Mereka (orang-orang kafir) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari anak), bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; senıua tunduk kepadaNya. (al-Baqarah:116).


Syirik adalah sesuatu yang tidak pernah ada dalam ajaran agama Allah. Syirik adalah sesuatu yang tidak pernah direstui Allah. la sememangnya ajaran syaitan. Mana boleh ajaran syaitan diikuti? Andaikata kedua ibu bapa seseorang menghendaki, malah mendesaknya melakukan syirik, ia tetap tidak dibenar mensyirikkan Allah. Lihat firman Allah ini sebagai bukti
Luqman 31:15
وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَاۖ وَصَاحِبْهُمَا فِى ٱلدُّنْيَا مَعْرُوفًاۖ وَٱتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَىَّۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Dan jika mereka berdua (ibu bapa) mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan Daku apa yang engkau tiada ketahui, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang saleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu (semuanya), lalu Aku akan menerangkan kepadamu tentang apa yang telah kamu kerjakan (semasa di dunia dahulu), (Luqman:15).

²⁶⁴ Kerana pada hakikatnya mereka menyeru dan berdoa kepada sesuatu yang tidak dapat menerima dan menyempurnakan apa-apa permohonannya. Firman Allah berikut menerangkan lagi maksudnya:

Ar-Ra'd 13:14
لَهُۥ دَعْوَةُ ٱلْحَقِّۖ وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦ لَا يَسْتَجِيبُونَ لَهُم بِشَىْءٍ إِلَّا كَبَٰسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى ٱلْمَآءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَٰلِغِهِۦۚ وَمَا دُعَآءُ ٱلْكَٰفِرِينَ إِلَّا فِى ضَلَٰلٍ 
Bermaksud: Hanya Allah sahaja dapat mengabulkan doa yang benar. Dan berhalaberhala yang mereka sembah dan seru selain Allah tidak dapat menyahut dan memperkenankan sesuatu apapun permohonan mereka, melainkan seperti orang Yang membentangkan kedua telapak tangannya kepada air supaya ia sampai ke mulutnytl' padahal air itu sudah tentu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka. (ar-Ra'd:14).

²⁶⁵   Itu keadaan orang-orang atau sesuatu yang diseru dan dipersembahkan doa kepadanya selain Allah. Ini pula keadaan orang-orang yang menyeru dan berdoa kepada selain Allah. Mereka dikatakan tuli kerana tidak dapat mendengar seruan kebenaran. Mereka dikatakan bisu kerana tidak dapat berkata benar dan mereka juga dikatakan buta kerana tidak nampak kebenaran. Di dalam ayat yang Iain Allah menyatakan keadaan orang-orang seperti itu begini:
 Al-A'raf 7:179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam ramai dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan