Usul dirayah hadis nota 01-27 (1)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
99 USUL DIRAYAT HADITS
(Satü Panduan Müdah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dha'if Dan Maudhu')
Sistem Riwayat Dan Dirayat Dalam Pengajian Al-Hadits.
Secara kasar dapat dikatakan bahawa seluruh pengajian dan pengkajian hadits itü tersimpan di dalam dua sistem yang unik pernah dipersembahkan oleh manusia dalam dunia ilmu pengetahuan iaitu:
(i)Sistem Riwayat
(ii)Sistem Dirayat
Sistem Riwayat
Sebenarnya pemakaian sistem riwayat dalam penilaian sesuatu fakta adalah khususiyyah umat Islam.
Ibnu Hazm berkata:
نقل الثقة عن الققة يبلغ النبي صلى الله وسلم مع التصال خص الله بهالمسلمين .
دون سائر الملل وأما مع الإرسال والإعضال فيوجد في كثير من اليهود لكن لا يقربون فيه من موسى قربنا من هحمد صلى الله عليه وسلم بل يقفون بحيث يكون بينهم وبين موسى أكثر من ثلاثين عصرا
Bermaksud: "Nukilan orang yang dipercayai daripada orang yang dipercayai juga dengan bersambung-sambung sampai kepada Nabi s.a.w. adalah suatu keistimewaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada orang-orang İslam sahaja tidak kepada penganut-penganut agama lain.
Nukilan dengan "irsal” dan "l'dhal" boleh didapati dengan banyak sekali di kalangan Yahudi dan Nashara. Cuma tidak hampir kepada Nabi Musa (a.s) sehampirnya kita kepada Nabi Muhammad s.a.w., kerana jarak nukilan mereka daripada Nabi Musa (a.s) ialah lebih daripada 30 abad".(Tadarih ar-Raawi -j. 2 ms 159),
Hafidz Abu 'Ali al- Jayyaani berkata:
1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan