Usul dirayah hadis nota 01-27 0002
خص الله تعالى هذه الأمة بثلاثة أشياء لم يعطها من قبلها الإسناد والأنساب والإراب
Bermaksud: "Allah SWT telah mengistimewakan umat Muhammad s.a.w. ini dengan 3 perkara yang tidak pernah dikurniakan kepada orang-orang sebelumnya iaitu isnad, ansab dan i'raab' (Yadriibu ar-Raawi-j. 2m/s 160).
Kepentingan sistem riwayat ini juga dapat dilihat pada kata-kata 'ulama' salaf dari kalangan tabiin seperti 'Abdullah bin al-Mubaarak, Sufyan ats-Tsauri, al-Auzaa'i dan lain-lain. 'Abdullah binal-Mubaarak berkata:
الإِسْنَادُ مِنْ الدِّين وَلَوْ لَا الإِسْنَادُ لَقَلَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ
Bermaksud: "Isnad itü sebahagian daripada ugama. Jikalau tidak ada isnad nescaya akan berkata sesiapa sahaja apa yang ia mahu"- (Sahih Muslim j.1 ms 87)
Süfyan ats-Tsauri berkata:
الإِسْنَادُ سلاح المؤمن
Bermaksud :Isnad itü senjata orang mu'min".
(Tadriibu ar-Raawi-j.2 ms 160).
Al-Auna'i pula berkata:
Bermaksud: "llmu tidak akan hilang melainkan dengan hilangnya sistem isnad (riwayat)."
(Muqaddimah At Tamheed -j.1 m/s 15).
Hakikat ini diakui juga oleh musuh-musuh Islam dari kalangan orientalis barat. Guynball, penulis artikel "al-Hadits" di dalam Daairatu al-Ma'arif al- Islamiyyah (j.7 ms 335) menyatakan kekagumannya terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh 'ulama' İslam dalam memastikan kesahihan hadits-hadits Nabi mereka. Beliau juga berkata; "Sesuatu hadits itü tidak dikira sahih pada pandangan orang İslam kecuali bila silsilah isnadnya berterusan tanpa terputus. Silsilah itü pula terbentuk daripada peribadi-peribadi yang boleh dipercayai riwayat mereka.”
Kajian terhadap isnad membuatkan ulama' Islam yakin tentang perkara ini. Mereka bukan sahaja menyelidik nama-nama perawi dan latar belakangnya untuk mengetahui zaman mereka hidup, keadaan perekonomian dan persekitaran hidup mereka selain daripada perhubungan mereka dengan tokoh-tokoh yang lain. Bahkan mereka juga memastikan kualiti seseorang tokoh hadits itu dengan menguji kebenaran dan kedustaannya di samping ketelitian dan amanah mereka dalam menukilkan matan-matan (teks-teks) untuk dihukum siapakah diantara
2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan