1.Mereka perlu rasa cukup selamat untuk berkongsi apa jua dengan anda termasuk perkara yang dia dia buat silap atau perkara sensitif.
Berikan ayat pengesahan selalu, agar mereka bebas berkongsi apa jua dengan anda sejak kecil.
2.mereka perlu perhatian yang penuh, tidak berbelah bahagi .
Sebab tu anak akan buat hal bila lihat ibuayah sibuk lihat habdphone sambil menjawab soalanys. Dan anak juga kalau boleh mahu menjadi hp agar dirinya dilihat ibuayah sepenuh perhatian.
3.Mereka perlu model bagaimana seorang dewasa yang sihat berperlakuan terutama sewaktu cabaran mendatang.
Sebab tu apa jua dilihat mereka, akan jadi sop dalam minda bawah sedar untuk bagaimana perlkuan yang baik baik dan betul dilakukan.
4.Mereka perlu ditanya pendapat, berpeluang memberikan idea akan apa jua perkara yang melibatkan diri mereka.
Semoga henerasi atau pelapis kita terus positif dan sihat membesar dengan jayanya dan seimbang fizikal ,iq,eq dan sqnya.
Maznah Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan