Jumaat, Februari 25, 2022

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0067-0072)s

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0067-0072)s

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0067)
Nota 8
-ada 9 nota.
-Al ilal as saghir.
-Kitab ilal ada 2 
-Satu assaghir dan al kabir.
-Terletak dihujung kitab sunan tirmizi.
-Sekarang ada diletak dihadapan isi kitab.
-Belajar sunan tirmizi kena belajar ilal 
-Ilal ialah perbincangan komentar imam tirmizi dalam sunan tirmizi.1
-Ilal saghir diambil dari syamelah.
-syarah ilal tirmizi paling ringkas oleh orang India.
-tuhfatul al main.

Perkara Ke-Sebelas:
Membaca Di Hadapan Orang Alim Sama Seperti Mendengar Daripadanya.
(Tidak ada perbedaaan di antara حدثنا dan أخبرنا)

Tradisi meriwayatkan hadits dan menerimanya telah berlangsung dengan begitu ringkas sekali di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Para sahabat yang
mendengar sesuatu hadits meriwayatkannya kepada sahabat lain yang tidak mendengarnya dan juga kepada para Tābi`īn yang menjadi murid-murid mereka. 
Minit 10

Para sahabat bukan sahaja meriwayatkan apa yang didengarnya daripada Nabi s.a.w. Mereka juga turut meriwayatkan kepada orang-orang lain apa sahaja yang disaksikan oleh mereka telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ( أفعال الرسول  ) atau diperakui (تقريرات الرسول) Baginda.
Pada umumnya apa yang diriwayatkan oleh mereka itu tidak bertulis. 
-umumnya tidak tulis.

Para sahabat dan Tabi`īn kebanyakannya semata-mata bergantung kepada apa yang diingat dan dihafal oleh mereka daripada hadits-hadits Nabi s.a.w. Zaman pembukuan hadits secara agak meluas belum lagi bermula pada masa itu.
-secara meluas belum

Di zaman Tābi`i at-Tābi`īn barulah bermula penulisan dan pembukuan kitab-kitab hadits secara meluas. Imam Malik sebagai contohnya menulis kitabnya al-Muwattha’ 
dan meriwayatkan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dan atsār para sahabat yang dikumpulnya di dalam kitab tersebut kepada murid-muridnya. 
-serata dunia datang belajar
- Yahya bin Yahya asmudi

Bersama hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dan atsar-atsar para sahabat serta atsar-atsar para Tābi`īn itu disertakan juga sanadnya.
-ini cerita imam malik yang berbeza , kumpulkan juga atsar tabiin dan pandangannya atau fikhnya.
Muawatok imam muhamad dari dua imam, imam abu hanifah dan imam malik

Apabila selesai kandungan sebuah kitab hadits disampaikan oleh seseorang penulis kitab hadits kepada murid-muridnya, ia akan mengijazahkan (membenarkan) kepada mereka untuk menyebarkannya kepada orang-orang lain dengan sanad yang tercatat di dalam kitab berkenaan.
-seperti imam bukhari.
- imam malik lebih mendahuluinya.

Pada ketika sistem penyampaian hadits dengan cara itu mula-mula diperkenalkan, ada juga `ulama’ yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun kebanyakan tokoh-tokoh muĥadditsīn membenarkannya. Mereka bukan sahaja membenarkannya malah menyebarluaskan lagi sistem itu.
-sehinggalah sampai kepada kita.

Antara alasan mereka membenarkannya ialah terdapatnya beberapa peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. menghantar sahabat-sahabatnya kepada qabilah-qabilah tertentu
untuk menyampaikan ajaran-ajaran agama Islam kepada mereka.

Setelah ajaran-ajaran utama agama Islam disampaikan kepada mereka oleh para sahabat, mereka menghantar wakil kepada Rasulullah s.a.w. di Madinah untuk
mempastikan kebenaran apa yang disampaikan oleh para sahabat itu kepada mereka.

Mereka memperdengarkan semua ajaran yang telah disampaikan oleh sahabat-sahabat yang diutuskan kepada mereka. Setelah mendengar semuanya, Nabi s.a.w. 
memperakui dan mengesahkannya.
-sama seperti kitab ini disebarkan
- ini asas penyebaran kitab hadits seterusnya sehingga samapai kepada kita.

Peristiwa-peristiwa seperti itulah yang dijadikan dalil oleh golongan `ulama’ yang membenarkan cara penyampaian hadits yang baru diperkenalkan pada masa itu. 
Perinciannya dapat dilihat di dalam Shaĥīĥ Bukhāri pada  باب ما  جاء في  العلم    sebagai contohnya.

Imam at-Thaĥāwi telah menulis satu risalah khusus mengenai topik ini, namanya ialah التسوية  بين حدثنا وأخبرنا  
(Tidak ada perbedaaan di antara حدثنا dan أخبرنا). 
- sama saja 

Walaupun risalah itu tidak dicetak hingga kini, tetapi Ibnu `Abdil Barr telah mengemukakan inti patinya di dalam kitab beliau     جامع  بيان  العلم وفضله  .

Minit 20
Pelajar baca muhamad kamal dari ipoh

As-Suyūthi di dalam Tadrīb ar-Rāwi mengemukakan tiga pandangan `ulama’ mengenai perkara ini:

♡(1) Imam Malik, para `ulama’ Madinah, `ulama’ Kufah dan lain-lain berpendapat kedua-dua cara penyampaian hadits menggunakan dua lafaz tersebut (حدثنا dan أخبرنا )
itu sama sahaja. Kedua-duanya boleh digunakan tanpa melebihkan salah satu daripadanya.

(2) Muĥadditsīn dari negeri-negeri sebelah timur (seperti di samarkhad) pada umumnya melebihkan cara pertama iaitu penggunaan lafaz حدثنا . Hafizh Ibnu Hajar berpendapat, cara pertama dianggap lebih apabila guru dan murid setaraf atau murid lebih afdhal daripada gurunya. Dalam keadaan guru lebih afdhal dari murid pula cara kedua (penggunaan lafaz أخبرنا) dianggap lebih afdhal.
-jika حدثنا, guru yang baca
- jika أخبرنا,pelajar yang baca

(3) Imam Abu Hanifah, Ibnu Abi Dzi`b dan lain-lain pula berpendapat cara kedua (penggunaan lafaz أخبرنا) lebih afdhal. Alasan mereka ialah kalau guru yang membaca 
dan kebetulan berlaku kesilapan, maka pada kebiasaannya murid tidak akan menegurnya. Berbeza keadaannya kalau murid yang membaca dan berlaku kesilapan dalam pembacaannya, guru tanpa berasa keberatan akan menegurnya dengan mudah.

Dalam sistem pengajian hadits hari ini, khususnya di benua kecil India,
-Termasuk Pakistan dan India serta serta Bangladesh(Pakistan timur)
Minit 42.

muridlah biasanya membaca di hadapan guru. Guru jarang sekali membaca. 

Terdapat tiga lafaz (sighah) selalunya digunakan dalam penyampaian hadits, iaitu: حدثنا ,أخبرنا dan أنبأنا . Adakah ketiga-tiganya sama sahaja atau ada perbezaan di 
antaranya?

Imam Tirmidzi akan mengemukakan tujuh riwayat nanti.

Keterangan tentang ada atau tidak perbezaan di antara tiga lafaz tersebut akan diterangkan nanti di celah-celahnya. 
- seperti imam malik sama shj,bg imam tirmizi.
- ini muqadimah perkara 11 ini yang imam tirmizi akan dibincangkan.
- intisari didalam kurungan
- perbicangan adalah sekitar perkara2 ini

Hafizudin dari kangar.
قال أبو عيسى.....مثل السماع
Bermaksud: Kata Abu `Isa, “Membaca di hadapan orang alim (muhaddits) jika ia hafal apa yang dibaca di hadapannya atau ia memegang kitabnya ketika dibaca di 
hadapannya jika ia tidak hafal, sahih (sah) di sisi Ahlul Hadits seperti mendengar daripadanya.¹⁰⁸
Minit 27
١-حدثنا.......حدثناه.
٢-حددثنا....نفرا.
قدموا.....عليكم
٣-حدثنا.....يرويه
٤-وسمعت...
٥ -حدثنا...
٦-سمعت...
٧-قال....

Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi:
1- “Ĥusain bin Mahdi al-Bashri meriwayatkan kepada kami, katanya, `Abdur Razzāq meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibnu Juraij meriwayatkan kepada kami, katanya, 
“Aku membaca di hadapan `Athā’ bin Abi Rabāĥ, lalu aku berkata kepadanya, “Bagaimana harus saya ucapkan (apabila hendak menyampaikannya kepada orang
lain)?” Jawab `Athā’, “Katakan  حدثناه  dia telah menyampaikan hadits ini kepada kami.”¹⁰⁹
-padahal tadi dia yang baca.
- ini menunjukan pelajar baca sama saja

2- Suwaid bin Nashr meriwayatkan kepada kami, katanya, `Ali bin al-Husain bin Wāqid meriwayatkan kepada kami daripada Abi `Ishmah daripada Yazid an-Naĥwi 
daripada `Ikrimah,¹¹⁰ katanya, “Sesungguhnya ada sekumpulan orang Thā’if datang menemui Ibnu `Abbaas dengan membawa salah satu kitab beliau.¹¹¹ Maka (kerana
kelemahan penglihatannya) beliau membaca kitabnya itu di hadapan mereka dengan tidak teratur. Lalu beliau (Ibnu `Abbaas) berkata, “Sebenarnya saya telah terperangkap dalam (/ telah diuji dengan) musibah ini (kelemahan penglihatan). Oleh itu, biar kamulah yang membacanya di hadapanku, kerana pengesahanku sama juga 
dengan aku membaca di hadapanmu.”¹¹²

3- Suwaid bin Nashr meriwayatkan kepada kami, katanya, `Ali bin al-Husain binWāqid meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada Manshūr bin al-Mu`tamir, kata beliau, “Apabila seseorang memberikan kitabnya kepada seseorang yang lain dan dia berkata, “Engkau riwayatkanlah apa yang ada di dalamnya daripadaku.” Maka bolehlah orang yang diberikan kitab itu kepadanya meriwayatkannya.”¹¹³
Minit 31

Fadil teluk intan perak
Catitan#ُتُجِيز
Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi:
4- Dan aku mendengar Muhammad bin Isma`il berkata, aku bertanya Abu `Aashim an-Nabīl tentang satu hadits, maka beliau berkata, “Bacalah di hadapanku.” Aku pula 
(lebih) suka kalau dia sendiri yang membaca. Ketika itu beliau berkata, “Adakah engkau tidak membenarkan (mengharuskan murid) membaca (di hadapan guru)? 
Sedangkan Sufyan ats-Tsauri dan Malik bin Anas membenarkannya.”¹¹⁴

👉Minit 34
- balik semula♡
- nota ¹⁰⁸
- nota ¹⁰⁹

Perbezaan Di Antara Istilah أخبرنا Dan حدثنا.
5- Ahmad bin Ĥusain meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sulaiman al-Ju`fi al-Mishri meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Wahab berkata: “Apa (hadits) yang aku kata: حدثنا( ketika menyampaikannya), bererti apa yang aku dengar bersama orang-orang lain. Apa (hadits) yang aku kata: حدثني( ketika menyampaikannya), bererti apa yang aku dengar seorang diri. Apa (hadits) yang aku 
kata: أخبرنا( ketika menyampaikannya), bererti apa yang dibaca di hadapan orang alim (muĥaddits) dan aku ada bersama. Dan apa (hadits) yang aku kata: أخبرني) ketika 
menyampaikannya), bererti apa yang aku (sendiri) baca di hadapan orang alim (guru muĥaddits) dalam keadaan aku seorang diri.

6- Aku mendengar Aba Musa Muhammad bin al-Mutsanna berkata, aku mendengar Yahya bin Sa`id al-Qatthān berkata: “حدثنا dan أخبرنا itu sama (sahaja)."¹¹⁵

7- Kata Abu `Isa, pernah aku berada di samping Abi Mush`ab al-Madīni, lalu dibaca di hadapannya beberapa haditsnya. Maka aku bertanya: “Bagaimana kami akan kata (apabila hendak meriwayatkannya kepada orang lain)?” Jawab beliau: “Katalah حدثناAbu Mush`ab.”¹¹⁶
Catitan # نقول
_______________

¹⁰⁸ Imam at-Tirmidzi juga berpendapat kedua-dua cara meriwayatkan hadits itu sah dan sama sahaja, sama ada dengan guru membaca di hadapan murid atau murid membaca di hadapan guru. Cuma dalam keadaan guru tidak hafal riwayatnya, apabila riwayatnya dibaca atau 
diperdengarkan kepadanya, mestilah kitab yang mengumpulkan riwayat-riwayat itu ada di hadapannya.
- kemudian dia kemuka istilah kedua2 macam itu boleh digunakan
- kedudukannya sama.ini pendapat imam tirmizi.
Istilahnya boleh dikongsi.
-zaman dulu kitab disalin kerana belum ada mesin cetak.
Contoh 1

¹⁰⁹ Riwayat ini menunjukkan bagi `Athā’ kedua-dua lafaz penyampaian hadits ( األداء صيغة) itu sama sahaja. Anda boleh saja memakai lafaz حدثنا atau أخبرنا ketika meriwayatkan hadits guru anda. Padahal kalau mengikut pandangan golongan `ulama’ yang mengatakan ada perbezaan di antara dua istilah tersebut, sepatutnya `Athā’ menyuruh Ibnu Juraij menggunakan lafaz أخبرنا, kerana Ibnu Juraij yang membacanya di hadapan beliau. Ini kerana lafaz حدثنا dipakai ketika meriwayatkan hadits yang diterima daripada guru dengan guru membacanya di hadapan murid, dan أخبرنا pula dipakai ketika meriwayatkan hadits yang diterima daripada guru dengan murid membaca di hadapannya.
- ini menunjukan boleh kedua2nya .أخبرنا lagi boleh
Minit 49

-mmay nak bawa kepada kitab contoh 1 yang tirmizi bawakan , Husin bin Mahdi al-Basri.

¹¹⁰ Atsar Ibnu `Abbaas yang dikemukakan oleh Tirmidzi daripada `Ikrimah ini tidak sahih. Di dalam isnadnya ada Abu `Ishmah al-Marwazi iaitu Nūĥ bin Abi Maryam. Dia meriwayatkan hadits daripada az-Zuhri dan orang-orang seperingkat dengannya. Bukhari berkata tentangnya, “Munkarul ĥadits.” Nūĥ bin Abi Maryam ini digelari dengan al-Jāmi` (pengumpul). Kata Ibnu Hibbaan, “Dia mengumpulkan segala benda kecuali kebenaran.” 
- inilah lafaz jarh.
Nūĥ bin Abi Maryam terkenal sebagai pendusta dan pereka hadits. (Lihat Mizān al-I`tidāl j.4 m/s 279, Tahdzīb at-Tahdzīb j.10 m/s 486).

Minit 57
Pelajar baca
¹¹¹ Riwayat ini menunjukkan Ibnu `Abbaas telah pun menulis dan mencatat hadits-hadits Nabi s.a.w. sehingga menjadi sebuah buku. Buku yang ditulis beliau itu telah pun tersebar semasa beliau masih hidup lagi. Orang-orang Thā’if kiranya telah mendapat salinan buku hadits yang
ditulis oleh Ibnu `Abbaas itu. Untuk mendapat kepastian dan pengesahan daripada Ibnu `Abbaas sendiri, di samping mahukan sanad yang lebih tinggi, mereka pergi bertemu Ibnu `Abbaas. 

Riwayat ini menunjukkan Ibnu `Abbaas pada mulanya cuba membaca sendiri buku yang dibawa oleh mereka kepadanya. Tetapi kerana kelemahan penglihatan, beliau menyuruh mereka saja membacanya. Dalam keadaan itu bacaan merekalah yang dianggap lebih baik oleh Ibnu `Abbaas. Selain dari itu, Ibnu `Abbaas juga berpendapat sama sahaja kedua-kedua cara penerimaan hadits tersebut. Kerana itulah beliau berkata, “Pengesahanku terhadap apa 
yang kamu baca di hadapanku sama juga dengan aku membaca di hadapanmu.”
-disini dalil dari Ibnu Abbas boleh dan sama.

¹¹² Riwayat ini juga menunjukkan di kalangan sahabat telah pun ada orang mempunyai kitab tersendiri yang mengumpulkan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Sama ada yang diterimanya secara langsung daripada Rasulullah atau yang diterimanya dengan perantaraan sahabat-sahabat lain. Buku-buku mereka itu bahkan telah tersebar dengan agak meluas di kalangan generasi Tabi`in.
- hanya 20 hadits Ibnu Abbas ambil dari Nabi saw secara langsung .
-sahabat2 tidak masuk jarh wa takdil.

-riwayat 3 nota ¹¹³

Pelajar lain pula, Tarmizi dari Pucung, Selangor.
¹¹³ Pemberian kitab hadits kepada seseorang di samping mengijazahkan kepadanya untuk meriwayatkan hadits-hadits yang terkandung di dalamnya daripada pemberi menurut istilah di panggil الرواية بالمناولة المقرونة باإلجازة  .  
-bagi kitab dan mengijazahkannya...berhenti disini dan sambung sesi akan datang.

-gharib biasanya dhaif tetapi lebih luas.
- zaim tanya 1jam 14 minit.syafayat nabi untuk mengumpat dan kencing.
- jawapan..untuk secara umum boleh berdoa tetapi tidak boleh dipastikan di terima. Tidak khusus 2 perkara ini shj.
Stesen pertama taharah .
-Padang mahsyar tanya tentang solat
-Hak manusia di mahsyar adalah hak darah, puncanya sebab ngumpat dan mengancum.
-Yg muqadimah ditanya pada masa mula2 dialam barzah.
-Soalan dari terengganu,ibnu Hazmin, mazhab azzahohiri.
-Moroco pakai mazhab zohiri.
-Boleh tahu bila atau masa sesuatu hadits?
-Untuk orang zaman Nabi bermimpi suatu khabar gembira atau akan jumpa nanti diakhir.
-makna jaminan akan dapat jumpa diakhirat
-juga syaitan tak boleh berupa  Nabi dalam mimpi .
 -Sesiapa yang melihat aku dlm mimpi akan jumpa dalam jaga

Ia adalah salah satu cara penerimaan hadits yang
dibenarkan dan mu`tabar dengan kesepakatan para `ulama’ hadits. Perbincangan yang lebih terperinci tentangnya akan dikemukakan di bawah perkara ke-12 nanti.


¹¹⁴ Muhammad bin Isma`il yang tersebut di dalam sanad ini ialah Imam Bukhari. Imam Bukhari bukan sekadar bertanya tentang hadits berkenaan malah beliau juga berhasrat agar Abu `Aashim an-Nabil menyampaikannya kepada beliau. Kata-kata Abu `Aashim kepada Imam Bukhari pula menunjukkan bagi Sufyan ats-Tsauri dan Malik, dua tokoh tersohor di zaman sebelum zaman Imam Bukhari, kedua-dua cara penerimaan dan penyampaian hadits 
tersebut sama sahaja.

¹¹⁵ Salah satu daripadanya boleh saja digunakan ketika menyampaikan hadits, sama ada hadits itu diterima dengan guru membacanya atau murid membacanya.
Imam Sufyan bin `Uyainah bahkan membenarkan lafaz حدثنا ,أخبرنا ,أنبأنا dan سمعت digunakan ketika menyampaikan hadits, sama ada hadits itu diterima dengan guru membacanya atau murid membacanya. Salah satu daripadanya boleh saja digunakan di tempat yang lain.
Imam bukhari berdalil dengan hadits Ibnu `Umar yang meriwayatkan tentang teka-teki Nabi s.a.w. dalam satu majlis yang dihadhirinya, ayahnya (`Umar) dan lain-lain sahabat. Nabi s.a.w. telah bertanya para hadhirin di dalam majlis itu dengan katanya: “Di antara sekian 
banyak pokok, ada satu pokok yang tidak luruh daun-daunnya, ia menyerupai orang Islam.” Lalu baginda bersabda: هي ما فحدثوني( tolong kamu ceritakan pokok apakah itu?). 
Demikianlah tersebut dalam salah satu saluran riwayat. Dalam satu saluran riwayat yang lain 
tersebut baginda bersabda: أخبروني( beritahulah kepadaku). Sementara dalam satu saluran riwayat yang lain pula baginda bersabda: أنبئوني( beritahulah kepadaku). Dengan itu dapatlah difahami bahawa lafaz taĥdīts (حدثنا ,)ikhbār (أخبرنا )dan imbā’ (أنا أنب )itu sama sahaja. Masing-
masing daripadanya boleh digunakan dan boleh ditukar-tukar tempat antara satu sama lain. 

¹¹⁶ Abu Mush`ab juga antara tokoh hadits yang mengharuskan lafaz حدثنا digunakan di tempat أخبرنا dan lafaz أخبرنا pula digunakan di tempat حدثنا ketika menyampaikan hadits. Padahal menurut orang-orang yang membezakan kedua istilah tersebut dan mengkhususkannya, penggunaan seperti itu tidak dibenarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan