Selasa, Februari 22, 2022

Tafsir nota baca 0010(0196-0198)s

Tafsir nota baca 0010(0196-0198)s

Al-Baqarah 2:186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 
Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْۖ فَٱلْـَٰٔنَ بَٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمْۚ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِۚ وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَٰكِفُونَ فِى ٱلْمَسَٰجِدِۗ تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 
Al-Baqarah 2:188
وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Ku, maka (beritahu kepada mereka)sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.²⁹⁸ Oleh itu hendaklah mereka itu menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka memperoleh kebenaran.(186)

Dihalalkan kepadamu, pada malam hari puasa, bercampur (mengadakan hubungan kelamin) dengan isteri-isterimu. Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pula adalah pakaian mereka.²⁹⁹ Allah mengetahui bahawasanya kamu
telah mengkhianati diri sendiri,³⁰⁰ lalu Dia menerima taubatmu dan memaafkan kesalahanmu.³⁰¹ Maka sekarang lakukanlah hubungan kelamin dengan mereka dan carilah apa-apa yang telah ditaqdirkan oleh Allah untukmu (berupa anak-anak, keseronokan dan lain-lain; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepadamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.³⁰² Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam(magrib)³⁰³ dan jangan kamu mengadakan hubungan kelamin dengan mereka ketika kamu sedang beri'tikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.³⁰⁴ [187]. 

Dan janganlah kamu memakan (atau mengambil) harta-harta sesamamu dengan cara yang salah, dan jangan pula kamu membawa kes-kes harta itü kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan (atau mengambil) harta-harta sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa,³⁰⁵ sedangkan kamu mengetahui (salahnya). [188].

______________________________________

²⁹⁸ Perkenan Allah akan permohonan orang yang berdoa kepadaNya itu bagaimanapun terta'luk kepada kehendakNya juga, berdasarkan firman Allah berikut:
Al-An'am 6:41
بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِن شَآءَ وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ 
Bermaksud: Bahkan Dialah (Allah) sahaja yang kamu Seru, lalü Dia menghilangkan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya (supaya dihilangkan) jika Dia kehendaki;
dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu). 

²⁹⁹ Kamu saling memerlukan kepada satu sama lain. Manusia itü tidak akan mendapat ketenangan dan kasih sayang yang sempurna tanpa adanya pasangan lelaki dan wanita yang dipanggil suami İsteri. Kerana İtulah Allah berfirman:
Ar-Rum 30:21
وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ 
Bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (adanya Allah dan kekuasaanNya) bagi orang-orang yang berfikir. 

³⁰⁰  Dengan menjauhi isteri-isterimu dan mengurangi keinginan nafsumu terhadap mereka. Allah berfirman:
 An-Nisa' 4:107
وَلَا تُجَٰدِلْ عَنِ ٱلَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنفُسَهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا 
Bermaksud: Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu berkhianat, Iagi sentiasa berdosa. 

³⁰¹  Kerana telah menyusahkan diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang tidak diwajibkan ke atasmu. Allah bahkan tidak pernah menyuruh kamu memilih cara hidup kepaderian seperti itu. Justeru Dia telah berfirman:
Al-Hadid 57:27
ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِم بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ وَءَاتَيْنَٰهُ ٱلْإِنجِيلَ وَجَعَلْنَا فِى قُلُوبِ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ٱبْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَٰهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ٱبْتِغَآءَ رِضْوَٰنِ ٱللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَاۖ فَـَٔاتَيْنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنْهُمْ أَجْرَهُمْۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَٰسِقُونَ 
Bermaksud: Kemudian Kami iringi sesudah mereka dengan rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi pula dengan Isa putera Maryam, serta Kami berikan kepadanya (Kitab) Injil; dan Kami letakkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya perasaan belas kasihan. Dan (perbuatan mereka beribadat secara)  "Rahbaniyyah", mereka sendirilah yang mengada-ngadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; lalu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang semestinya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan ramai pula di antara mereka yang derhaka. 

³⁰²  Rangkai kata من الفجر (waktu Subuh) menjelaskan maksud الخيط الأبيض (benang putih) yang tersebut sebelumnya, kerana maksud sebenarnya masih samar tanpa adanya penjelasan itu. Firman Allah s.w.t. ini menunjukkan keharusan makan, minum dan sebagainya untuk orang yang hendak berpuasa adalah sehingga ke waktu Fajar atau waktu Subuh. Tidak ada wak'tu imsak yang lain sebelum itu.

³⁰³ Daripada firman Allah sw.t. ini diketahui waktu orang berpuasa. la bermula apabila masuk waktu Subuh dan berakhir dengan masuknya waktu Maghrib.

³⁰⁴  Menjadi orang-orang yang menjunjung titah perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya.

³⁰⁵  Bahagian yang [...]ini boleh juga diterjemahkan begini:
"dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan