Biodata Abu Nu' man(Muhamad bin Al-Fadhl)
أبو النعمن(محمد بن الفضل السدوسي البصري )
Beliau ialah Muhamad bin al-Fadhl as-Sadusi Bashri. Abu an-Nu'man itu ialah kuniah Muhamad bin al-Fadhl as-Sadusi Bashri.Laqad atau gelarannya pula ialah Aarim. Beliau lebih popular dengan kuniahnya itu(Abu Nu'man)
Abu Nu'man meriwayatkan hadits daripadaTsabit bin Yazid al-ahwal, Jarir bin Hazim. Hammad bin Salamah,Abdullah bin al- Mubarak,Abdul Aziz bin Muhamad ad-Darawardi, Abdul Wahid bin Ziyad, Mu'tamir bin Sulaiman, Mahdi bin Maimun ,Abu Awanah Waddhah bin Abdillah dan lain-lain.
Imam Bukhari , Ibrahim bin Harb al-Askari, Ahmad bin Hambal,Hajaj bin asy-Syair, Abdullah bin Muhamad al-Musnadi, Abd bin Humaid,Abu Zur'ah Ubaidullah bin Abdil Karim ar-Razi,Abu Hatim ar-Razi, Muhamad bin al-Mutsanna. Muhamad bin Yahya adz-Dzuhli, Ya'kub bin Syaibah as-Sadusi lain-lain orang-orang yang meriwayatkan hadits daripada beliau.
Abu Hatim berkata, Bila Aarim meriwayatkan hadits kepadamu, maka engkau cap sajalah diatasnya
Muhamad bin Yahya adz-Dzuhli berkata :Abu Nu' man seorang perawi tsiqah dan sahih kitab catitannya
Muhamad bin Muslim bin Warah berkata: Aarim bin al-Fadhl perawi shaduq lagi ma'min (perawi yang terpelihara riwayatnya)
Al-Ijli berkata: Abu Nu' man perawi Bashrah yang tsiqah, orang baik
Beliau juga berkata ,Hafizh ,teguh, imam
Abu Hatim bin Hibban berkata, Ingatan Abu Nu' man telah bercelaru diakhir hayatnya dan aqalnya telah hilang. Sesiapa yang telah mendengar sebelum bercelaru ingatan dan aqalnya , maka sama' sahih.Aku telah mulai menulis hadits daripadanya pada tahun 214 hijrah sebelum berlaku kecelaruan ingatan dan fikirannya.
Ditempat yang lain beliau berkata, Abu Nu' man perawi yang tsiqah. Orang yang mendengar hadits daripadanya sebelum tahun 220, maka sama'nya bagus.
An-nasa'i berkata Abu Nu' man memang perawi tsiqah sebelum fikiranya celaru.
Hafizh Ibnu Jajar berkata Abu Nu' man perawi tsiqah.Ingatan berubah diakhir umurnya.
AlIjli berkata, Setahun atau dua tahun sebelum meninggal fikiran Abu Nu' man telah bercelaru.
Daripada keterangan yang lalu dapat disimpulkan bahawa sebagai seorang perawi tsiqah dan teguh, cuma ingatan dan fikirannya celaru beberapa tahun sebelum meninggal. Dan beliau telah meninggal pada tahun 224 Hijrah.
Hafizh Ibnu Hajar berkata Imam Bukhari telah mendengar
Abu Nu' man pada tahun 213 hijrah, lama sebelum berlaku kecelaruan fikirannya.
Daripada pengarang kutub Sittah hanya Bukhari mengambi daripadanya secara langsung. Adapun yang lain-lain semuanya dengan perantaraan seseorang perawi yang lain.
Abu Nu' man meninggal dunia di Bashrah pada tahun 224 hijrah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan