Khamis, Februari 03, 2022

Usul dirayat hadis catitanss(usul 1-43/99)

Usul dirayat hadis catitanss(usul 1-43/99)
 
Usul-usul sehingga 7/2/2022
Usul 1- Usul 43


Usul Dirayah.
Panduan untuk mengenal pasti hadis-hadis Dhaif dan Maudhu' 

Usul 1
Hadits2 yg bercanggah dgn kebesaran Allah swt dan menyerupakanNya dgn makhluk seperti berjisim, berkaifiyat dan sebagainya, kecuali apa yg tersebut didlm al-quran dan tsabit didlm hadits sahih. Setelah diisbatkan, ia sama ada ditafwidhkan (diserahkan hakikat maknanya kepada Allah) atau ditakwilkan, jika ada ruang dan alasan2 yg kukuh membolehkannya ditakwil, disamping diyakini bahwa Allah tidak menyerupai sesuatu apapun daripada makhlukNya.

Usul 2
Riwayat2 yg tidak sesuai dgn kedudukan nabi kita Muhamad saw dan menga'ibkan Baginda saw.

Usul 3
Hadits2 atau riwayat2 yg tidak sesuai dan tidak layak dgn kedudukan nabi2  dan mengaibkan mereka.

Usul 4 
Hadits-hadits atau riwayat-riwayat  yg tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan malaikat dan mengaibkan mereka, seperti menampakkan mereka sebagai makhluk yang bodoh,telah tersalah dalam melaksanakan tugas, menderhakai Allah, melakukan dosa(tidak ma'shum) dan sebagainya ,semuanya palsu dan karut . Begitu juga dengan hadits-hadits atau riwayat-riwayat yang mengambarkan  para malaikat  seperti kartun-kartun dan menyatakan kejadian mereka daripada selain nur(cahaya).

Usul 5
Hadis-hadits  Yang Menggugat Kemuwatiran Al-Quran dan menampakkan alquran tidak terpelihara  dari tokok tambah, pengurangan atau pemesongan dari pihak tertentu dan penyusupan pihak tertentu , baik  dr kalangan jin atau syaitan atau manusia mesti ditolak.

Usul 6 
Semua Hadits dan riwayat  Yang Mengandungi Usul Tah'rif Ma'nawi atau Penyelewengan Makna AlQuran Mestilah Diketepikan.


Usul  7 
Hadis Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Di Dalam Al-Quran dan pahala yang diperolehi orang-orang yang membacanya  secara khusus , kebanyakan maudhu' . Paling tinggi pun ia hanya dhaif

Usul 8 - Riwayat-riwayat yang Bercanggah Dengan Kaedah Bahasa Arab .Orang-orang yang benar- benar mengert bahasa Arab akan  dapat membuat kesimpulan  bahawa hadits itu tidak mungkin  keluar daripada seorang yang terkenal dengan kefasihan dan ketepatannya dalam menggunakan bahasa Arab  fusha seperti Nabi kita Muhamad saw.

Usul  9  
Riwayat yang Bercanggah Dengan Kenyataan Dan Pengalaman Manusia seperti terung adalah penawar segala penyakit dan lain-lain.

Usul ke 10
Riwayat2 yg  bercanggah dgn ajaran alquran yg terang dan muhkam.


Usul 11 : 
Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Aqal Yang Sihat Dan Sejahtera juga tidak sahih

Usul 12 
Hadits2 yg menyebut Aisyah dgn Humaira' atau beliau r.a. diseru nabi saw sebegitu , kebanyakannya maudhuk.


Usul 13 
Riwayat Yang Bermula Dengan Seruan "Ya Ali", Hanya Satu Hadis Yang Sahih yakni  
  يَا عَلِيُّ أَنْتَ مِنِّي بِمَنْزِلةٍ هَارُونَ مِنْ مُسَى إِلا أَنَّهُ لا نَبِيَّ بَعْدِي
Maksudnya: Wahai Ali engkau kepada ku sama seperti Harun kepada Musa, tetapi ada lagi Nabi  sesudahku.(hadits riwayat at- Thabaraani didalam al- Mu'jam al-Kabit j.17m/s 394, Ahmad didalam Musnad j.6 m/s 438 dan an-Nasaa'i didalam as-Sunan al- Kubra j.7 m/s 431)

Usul  14  
Sesuatu Riwayat Adalah Palsu Jika, 
1) Orang Yang Dikatakan Ada Dalam Riwayat Itu Sebenarnya Telah Mati,
2) Orang Tersebut Belum Lahir atau 
3) Belum Layak Untuk Dikaitkan Dengan Peristiwa itu.

Usul ke 15 
Hadits-hadits atau riwayat-riwayat yang mengemukakan sesuatu peristiwa atau perkara yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah dan sekian ramai `ulama’ hadits yang mu`tabar, terutamanya apabila ada hadits sahih yang membatalkannya, semuanya sama ada maudhu` atau dhaif .

Usul 16
Riwayat-riwayat Yang Mencela Dan Memburukkan Isteri-isteri Nabi s.a.w Atau Sahabat Baginda Yang Mulia; khususnya sahabat-sahabat yang besar  yang terlibat  dalam peristiwa bersejarah.
Hadits-hadits sahih yang menyatakan kelebihan dan keutamaan mereka pula terdapat dengan banyak sekali . Tiba-tiba sahabat berkenaan  dikaitkan dengan peristiwa -peristiwa atau perlakuan-perlakuan  tertentu yang menunjukan mereka menderhakai  perintah Allah dan RasulNya. Mereka digambarkan orang yang gila kuasa , mementingkan kehidupan dunia, bersepakat  dalam melakukan ma'shiat , mengubah sunnah atau sesuatu sistem yang direstui baginda dan lain-lain. Semua hadits-hadits seperti itu samada dhaif atau maudhu'.

Usul 17
Riwayat2 yg menyatakan sahabat tertentu dihukum atau dihina dan dimalukan sama ada didunia mahupun diakhirat kerana sesuatu yg tidak jelas salahnya menurut syariat .Ia samada maudhuk atau paling tidak pun dhaif.

Usul ke18
 Sesuatu peristiwa yg disebutkan didalam sesuatu riwayat akan dikira tidak benar dan mungkar apabila bercanggah dgn yg tersebut didlm hadis2 yg sahih .


Usul 19.
Hadis2 tentang kelebihan mengadakan maulid nabi saw atau perayaan maulid Nabi saw  tidak ada satu yg sahih, bahkan tidak ada satupun dhaif . Semuanya maudhuk.

Usul 20
Hadis2 yg dianggap sebagai sandaran  dan punca bg amalan dan upacara haul tidak ada satu pun yg sahih dan sharih.Adapun hadits sahih yang sering  dikemukakan , ia tidak lebih  daripada menyatakan  Nabi saw pergi berziarah ke kubur  para syuhada'  di Uhud  semata-mata. Ia sama sekali tidak menunjukan  amalan "Haul" dengan makna yang di maklumi sekarang ini.

Usul 21
Iaitu riwayat2 yg menyatakan nur nabi Muhamad saw sebagaimana makhluk pertama dan ia merupakan punca bg  kejadian seluruh alam semesta semuanya maudhuk(palsu)

Usul 22
Riwayat2 yg memperihalkan keajaiban2 semasa kelahiran Nabi saw.
Begitu juga  riwayat2 yg menyatakan  keajaiban2 yg dialami ibunda nabi saw semasa mengandungkanya,kebanyakanya  adalah dusta.
Paling tinggi pun ia dhaif.
Tidak ada satu pun daripadanya yg sahih.

Usul 23
Riwayat2 yg menyatakan aqal sebagai kejadian pertama adalah maudhuk .
Riwayat2 yg menyatakan keutamaan aqal pula paling tinggi hanya dhaif.
Namun ini tidaklah  bererti  islam tidak menghargai orang-orang yang menggunakan aqal dan fikiran. Banyak sekalim penghargaan  dan sanjungan yang diberi Allah  kepada orang-orang yang berfikir. Orang-orang yang beraqal dan menggunakan  fikirannya jua yang dikatakan  tahu menilai kejadian Allah  dan seterusnya  ia membawa mereka mengenali Allah.

Usul 24
Hadis2 yg menyatakan kelebihan  bunga2an tertentu seperti bunga ros dan lain2 semuanya maudhuk

Usul 25
Hadis2 yg menyatakan kelebihan minyak2 tertentu semuanya maudhuk.

Usul 26
Hadis2 tentang  kelebihan dan keburukan  sayur2an semuanya maudhuk .Demikian juga yg menyatakan kelebihan sayur dalam suatu  hidangan kerana dia boleh menghalau syaitan  dan ia mengandungi khasiat khasiat2 tertentu kecuali hadis tentang kelebihan cendawan .

Usul 27
Hadis2 tentang kelebihan garam dan kelebihan memakannya sebelum dan selepas memakan makanan utama yg lain, semuanya maudhuk dan paling tinggi pun dhaif sangat.

Usul 28
Hadis2 yg menyebutkan tentang kelebihan permata2 tertentu seperti permata aqiq, zamrud, zabarjad dan seumpamanya atau kegunaan faedah atau kasiatnya semuanya maudhuk .Tidak ada satu pun drpnya sahih.

Usul 29
Hadis2 tentang  kelebihan membela burung merpati  atau ayam jantan berwarna putih. Hadis2 mengenainya tidak ada satu pun sahih  malah semuanya maudhuk dan karut.

Usul 30 
Hadis2 tentang kelebihan inai  (daun inai atau bunga inai) dan  kelebihan mewarnai rambut dan janggut serta misai  tidak ada satu pun yg sahih,semuanya maudhu atau dhaif.

Usul 31
Hadis2 tentang kelebihan berkhidab(yakni memakai inai dan pewarna rambut,janggut dan misai) serta keutamaannya yg luar biasa dan bukan alang kepalang seperti ia menghindarkan pemakainya(sebagai perhiasan) menghalang soalan para malaikat dialam barzakh dan sebagainya semua  maudhuk.

Usul 32
Hadis2 yg melarang memakai pewarna hitam (rambut ,janggut dan misai)dan mengancam orang2 yg memakainya dgn ancaman diakhirat nanti,semuanya samada dhaif atau mauduk.
Demikian juga  hadits-hadits  yang menyatakan  pewarna tertentu  sebagai alamat  orang Islam  yang membezakannya daripada  orang-orang kafir  atau fasiq.
Adapun satu dua hadits  sahih  yang menganjurkan  orang tertentu  supaya tidak berkhidhab  dengan pewarna hitam , maka  ia seharusnya  dita'wil dan dipakai  sebagai sesuatu  yang khusus  dengannya kerana sebab-sebab tertentu.

Usul 33
Hadis2 yang menyatakan kelebihan sesuatu daripada sesuatu yang lain kecuali satu hadis iaitu hadis kelebihan orang alim daripada orang abid(ahli ibadat) adalah seperti kelebihan  ku daripada orang yang paling kurang dikalangan mu.

Usul 34
Hadis2 tentang kelebihan dan faedah memotong kuku pada hari tertentu, juga hadis2  tentang  kaifiat dan tertib memotong kuku tidak ada satu pun yg sahih, semuanya dhaif dan maudhuk.

Usul 35
Tidak ada satu pun hadis sahih atau hasan tentang kelebihan  solat sunat khusus dengan kaifiat dan bacaan2 tertentu  pada tiap2 hari atau tiap2 malam dalam seminggu. Kalau adapun hadis maudhuk.

Usul 36
Riwayat2 yang menyatakan kelebihan solat pada hari atau malam bagi bulan tertentu seperti  solat raghaib pada malam bulan Rejab ,solat Asyuura dll semuanya maudhuk kecuali  solat tarawih pada malam dibulan Ramadan.

Usul 37
Riwayat2 yg menyatakan kelebihan bulan rejab serta kelebihan berpuasa dan beribadat  padanya secara khusus ,tidak satu pun yg sahih . Ia berkisar disekitar dhaif dan maudhu sahaja.

Usul 38
Hadis2 yang menyatakan kelebihan Malam nisfu syaban, kelebihan amalan2 tertentu pada malam itu dan kelebihan  berpuasa pada keesukan harinya, secara khusus, tiada yg sahih, semuanya sama ada maudhuk atau sangat  sangat.

Usul 39
Riwayat2 yang menyatakan kelebihan ibadat2 khusus pada malam dua hari raya dan maqbul doa pada dua malam itu, tidak ada satu pun yang sahih. Jika adapun sangat  dhaif dan banyak juga yg maudhuk.

Usul 40
Hadis2 yg menyebutkan bulan2 atau hari2 tertentu seperti hari selasa atau hari rabu dan lain2 bulan safar,bulan itu ,bulan ini, sebagai bulan atau hari nahas atau hari tidak baik atau hari malang ,hari sial dan hari bertuah atau hari baik atau hari nahas boleh dikatakan kesemuanya palsu.
Paling baik pun sangat dhaif jika dilihat dari sudut sanad.
Tetapi sebenarnya tidak ,jika  kita tengok pada kandungannya yg bercanggah dengan ajaran Islam ia sebenarnya maudhuk.Cuma ada kadang2 riwayat dari segi sanadnya sangat dhaif.

Usul 41: Mana-mana riwayat yang menyatakan pada abad sekian-sekian, pada tahun sekian-sekian, pada bulan sekian-sekian atau pada hari sekian-sekian akan berlaku 
peristiwa-peristiwa tertentu dengan tepat dan jelas semuanya maudhu`. 

Usul 42: Hadits-hadits yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya 
karut. Tidak ada satu pun daripadanya sahih.

Mukasurat 

usul 1......6

usul 2......11

Usul 3.....18

Usul 4......55

Usul 5.....87

Usul 6.....112

Usul 7...  146

Usul 8 ....161

Usul 9.....166

Usul 10.....168

Usul 11......174

Usul 12.....179

Usul 13.....185

Usul 14....188

Usul 15....209

Usul 16....229

Usul 17....260

Usul 18.....288

Usul 19......307

Usul 20......324

Usul 21......329

Usul 22.......338

Usul 23.......348

Usul 24......351

Usul 25......354

Usul 26.......358

Usul 27.......363

Usul 28.....369

Usul 29.......372

Usul 30......375

Usul 31.......379

Usul 32.......382

Usul 33.......387

Usul 34........391

Usul 35.......396

Usul 36......400

Usul 37.......408

Usul 38.......411

Usul 39......430

Usul 40......436





Usul 36
Riwayat2 yang menyatakan kelebihan solat pada hari atau malam bagi bulan tertentu seperti  solat raghaib pada malam bulan Rejab ,solat Asyuura dll semuanya maudhuk kecuali  solat tarawih pada malam dibulan Ramadan.

Usul 37
Riwayat2 yg menyatakan kelebihan bulan rejab serta kelebihan berpuasa dan beribadat  padanya secara khusus ,tidak satu pun yg sahih . Ia berkisar disekitar dhaif dan maudhu sahaja.

Usul 38
Hadis2 yang menyatakan kelebihan Malam nisfu syaban, kelebihan amalan2 tertentu pada malam itu dan kelebihan  berpuasa pada keesukan harinya, secara khusus, tiada yg sahih, semuanya sama ada maudhuk atau sangat  sangat.

Usul 39
Riwayat2 yang menyatakan kelebihan ibadat2 khusus pada malam dua hari raya dan maqbul doa pada dua malam itu,tidak  ada satu pun yang sahih.Kebanyakannya dhaif dan banyak juga yg maudhuk.

Usul 40
Hadis2 yg menyebutkan bulan2 atau hari2 tertentu seperti hari selasa atau hari rabu dan lain2 bulan safar,bulan itu ,bulan ini, sebagai bulan atau hari nahas atau hari tidak baik atau hari malang ,hari sial dan hari bertuah atau hari baik atau hari saad boleh dikatakan kesemuanya palsu.
Paling baik pun sangat dhaif jika dilihat dari sudut sanad.
Tetapi sebenarnya tidak ,jika  kita tengok pada kandungannya yg bercanggah dengan ajaran Islam ia sebenarnya maudhuk.Cuma ada kadang2 riwayat dari segi sanadnya sangat dhaif.

Usul 41
Mana-mana riwayat yang menyatakan pada abad sekian-sekian, pada tahun sekian-sekian, pada bulan sekian-sekian atau pada hari sekian-sekian akan berlaku peristiwa-peristiwa tertentu dengan tepat dan jelas semuanya maudhu`. 

Usul 42
Hadits-hadits yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya 
karut. Tidak ada satu pun daripadanya sahih.


Usul (43): Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang kelebihan hidup dalam keadaan miskin dan papa kedana maudhu` semuanya. Tidak ada satu pun sahih. Demikian juga riwayat-riwayat yang memuji kemiskinan dan kepapaan, menyatakan kemuliaan orang-orang miskin di akhirat dan kehinaan orang-orang yang berharta secara mutlaq.Riwayat-riwayat seperti ini sebenarnya banyak. Penulis hanya mengemukakan beberapa sahaja daripadanya sebagai contoh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan