Khamis, Mac 10, 2022

Daurah tafsir 2022

Daurah tafsir 2022

20 Usul tafsir (maulana hadi)
1. Lafaz Qosamun. 
2. Amalan ‘tiga serangkai’. 
3. Tiga cara yang Allah datangkan untuk kita islahkan pihak lawan. 
4. Asbabun Nuzul. 
5. Lafaz ‘al-Kitab’.
6. Perbezaan antara Al-Kitab dan Al-Quran.
7. Perbezaan lafaz ‘hakim’ dan ‘mubin’
8. Lafaz ‘الرُّوح‘ dalam Quran. Berbagai makna yang boleh diberi kepada lafaz الرُّوح dalam   Quran. Bukan satu macam yang orang kita faham sahaja.
9. Lafaz sighah fi’il madhi (past tense).
Dalam Quran, ada lafaz fi’il madhi yang digunakan kepada sesuatu yang belum berlaku 
lagi, tapi baru nak berlaku. Ini dipanggil fi’il syuru’.
10. Lafaz sighah fi’il amri – amri adalah kata suruh, arah, perintah.Ianya adalah arahan juga, tapi ianya kepada perbuatan yang dia memang sedang buat, dan kita suruh dia ‘teruskan’ perbuatan itu.
11. Lafaz ‘Ma Mubham’.ما yang tidak jelas maknanya, melainkan dijelaskan maksudnya.
12. Lafaz  ثم Dalam bahasa Arab, ia bermaksud ‘kemudian’. Tapi dalam Quran, ia ada beberapa makna, mengikut keadaan.
13. Lafaz بَعْدَ.Iaitu bermaksud ‘selepas’. Iaitu sesuatu yang berlaku kemudian.
14. Lafaz إِنَّمَا .Ada dua makna lafaz ini digunakan dalam Quran – satu membawa maknanya yang asal dan satu lagi membawa makna tahkik yang biasa. 
15. Lafaz إذ .Lafaz ini selalunya dalam bentuk dzarfiah (ruang) – ruang masa dan tempat. Jumlah yang datang selepasnya akan jadi mudaf ilaih. Oleh itu, banyak cara untuk menterjemahkannya. Kena ada ‘taqdir’ yang dimaksudkan. Ulama memasukkan taqdir أذكر kepadanya – ‘ingatlah’ sebelum perkataan إذ itu. Ini adalah perkara biasa memasukkan sesuatu taqdir dalam menyampaikan maksud.Sesetengah ulama tafsir lain, berpendapat lafaz إذ ini tidak terkait dengan dzarfiah. أذكر itu bermaksud قد yang bermaksud ‘Sesungguhnya’.
16. Lafaz كَذَالِكَ  yang bermaksud ‘seperti demikian’. Ianya adalah kalimah tashbih – kalimah bandingan. Tapi bandingkan dengan apa? Kalau banding, mesti banding A dengan B. Kena ada mushabbab dan mushabbab bihi.
17. Lafaz benda yang telah diketahui. Kalau sebut juga, akan jadi panjang dan itu akan merendahkan nilai bahasa. Dengan tidak sebut perkataan itu, lagi elok. Macam kita sebut ‘terima kasih’ sahaja sudah cukup dan orang lain pun sudah faham. Sebagai contoh, tidak perlu sebut penuh ‘saya ucapkan terima kasih kepada tuan’. Kalau sebut panjang dan lengkap pula yang jadi pelik, bukan?
Lihat contoh pada ayat 6:13
وَلَهُۥ مَا سَكَنَ فِى ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ 
Dan bagi Allah jualah apa yang berhenti gerak pada waktu malam dan siang;
18. Kajian kalimah  قل yang bermaksud ‘katakanlah’ yang selalu berada di permulaan ayat Quran dan di bahagian-bahagian lain. Kenapa ianya diletakkan sebegitu?
19. Permulaan surah dalam Quran.
20. Ayat-ayat mutashabihah. Iaitu ayat yang tak jelas maknanya.


 20 USUL TAFSIR AL-QURAN mmay
1. Tafsir Al-Qur’an dengan Al-Quran تفسير القرآن بالقرآن

2. Tafsir Al-Qur’an dengan Hadits-hadits Sahih 
تفسر القرآن بالأحاديث الصحيحة

3. Tafsir A-Qur’an Dengan Pendapat-Pendapat Sahabat
تفسير القرآن بأقوال الصحابة

4. Tafsir A-Qur’an Dengan Pendapat-Pendapat Tabi’in 
تفسير القرآن بأقوال التابعين

5. Tafsir Al-Qur’an Berdasarkan Pendapat-Pendapat Yang Bersesuaian Dengan Qaedah-Qaedah Bahasa ‘Arab 
تفسير القرآن بما يوافق قواعد الغة العية

6. Tafsir Al-Qur’an Menggunakan Fikiran 
تفسير القرآن بالرأي

7. Tafsir Al-Qur’an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas 
تفسير القرآن بما سبق وما لحق منالآيات

8. Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat 
فهم القرآن على ضوء  الترتيب النزولي

9. Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Yang Ada 
فهم القرآن على   ضوء  الترتيب الكتابي

10. Mengetahui Struktur Makro (Topik Umum) Setiap Surah 
معرفة النطم الجلي لكل  سورة

11. Mengetahui Tajuk Perbincangan Khusus Setiap Surah 
معرفة الموضوع الخاص لكب سورة

12. Mengetahui Struktur Mikro Dalam Setiap Ayat Al-Qur’an 
معفرفة النظم الخفيف في كل آية

13. Mengetahui Kata Kunci Di Dalam Setiap Surah 
معفرفة كلمات دليلية في كل سورة

14. Mengetahui Kesinambungan Antara Dalil Dan Madlul Dalam Sumpah-Sumpah 
معفرفة النسبة بين الدليل والمدلول في أقسام القرآن

15. Mengelak Diri Daripada Menta’wilkan Ayat-Ayat Mutasyabihat 
الاجتناب عن تأويل المتشابهات

16. Mengetahui Sebab Turun Ayat Dan Apa-Apa Yang Bersesuaian Dengannya 
معفرفة أسباب النزول وما ينطبق عليها

17. Mengetahui Ayat-Ayat Yang Menasakhkan Dan Ayat-Ayat Yang Dimansukhkan 
معفرفة الناسخ والمنسوخ 


18. Mengelak Diri Daripada Tafsir Golongan-Golongan Yang Sesat 
الاجتناب عن تفسير الفرق الضالة

19. Mengelak Diri Daripada Riwayat-Riwayat Israiliyat Dalam Penafsiran Al-Qur’an 
الاجتناب عن الروايات الإسرائليات في تفسير القرآن


20. Bercermat Dalam Tafsir Al-Qur’an Menggunakan Sains Moden 
الاحتياط في تفسر القرآن عل  ضوء الجديد


Tiada ulasan:

Catat Ulasan