Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0006)
قَالَ جَمِيْعُ مَا فِي هَذَا الْكتاب من الحَدِيث فَهُوَ مَعْمُول بِهِ وَقد أَخذ بِهِ بعضُ أهل الْعلم مَا حَلا حديثين حَدِيثَ بْنِ عَبَّاسٍ أَن النَّبب صلى الله عَلَيْه وسلم جمع بين الطُّهْر والْعصر بِالْمِدِينة والمغْرب وابْعشِاء من غير خوف وَلا سفر وَلا مطر وَحَدِيثِ النَّبي صلى الله عليه وسلم أنه إذا شَرِبَ الخَمْرِ فَاجْلِدوْهُ فَإِنْ عِادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْت؟لُوْهُ وَقَدْ بَيَّنَّا عِلَّةَ الْحَدِيْثَيْنِ جَمِيعًا فِي الْكتاب
Bermaksud: Kata beliau (Imam Abu 'Isa at-Tinnidzi): "Semua hadits yang terdapat di dalam Kitab ini (Sunan at-Timidzi) dipakai orang. Ada saja ahli ilmu (imam mujtahid) yang mengamalkannya, kecuali dua hadits. (Pertamanya) Hadits Ibnu Abbaas, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menjama'kan shalat Zohor dan 'Ashar di Madinah, demikian juga Maghrib dan lsyaa' dalam keadaan tiada ketakutan, tidak bermusafir dan tidak juga hujan. (Keduanya) Hadits Nabi s.a.w bahawa Baginda bersabda: "Jika seseorang minum arak, sebatlah dia. Jika dia mengulangi meminum arak buat kali ke-empat, maka bunuhlah dia.”⁹ Kami telah terangkan 'illat ¹⁰ kedua-dua hadits itu di dalam Kitab as-Sunan.
________________________
⁹ Menurut Imam Tirmidzi, hadits-hadits yang tersebut di dalam Sunan atau Jaami'nya tidak ada yang ditolak oleh semua ahli fiqh. Pasti ada faqih yang menerima pakainya, kecuali dua hadits sahaja, iaitu:
(a) Hadits tentang menjama'kan dua sembahyang tanpa sebarang keuzuran. Hadits itu dikemukakan oleh Tirmidzi di bawah ini: باب ما جاء في الجمع بين الصلوتين
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَبَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ قَالَ فَقِيلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ مَا أَرَادَ بِذَلِكَ قَالَ أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
Maksudnya: Kata Ibnu 'Abbaas: "Rasulullah s.a.w. telah menjama'kan sembahyang Zohor dan Ashar dan juga sembahyang Maghrib dan 'Isyaa' di Madinah dałam keadaan tidak ada sebarang ketakutan dan hujan.” Kata perawi, maka ada orang bertanya Ibnu 'Abbaas, kenapa Baginda s.a.w. berbuat begitu? Jawab Ibnu SAbbaas: Baginda s.a.w. berbuat begitu supaya tidak menyusahkan umatnya. (Jaamiâ Tirmidzi j.l m/s 3 14),
(b) Hadits tentang hukum bunuh terhadap peminum arak.
Hadits ini tersebut dibawah باب ما جاء من شرب الخمر فاجلدوه فإن عاد في الرابعة فاقتلوه
حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ
Maksudnya: Rasulullah s.a,w. bersabda: Sebatlah orang yang minum arak. Jika dia mengulangi lagi meminumnya buat kali keempat, bunuhlah dia. (Jaami' Tirmidzi j.5 m/s 355).
Menurut Tirmidzi daripada sekian banyak hadits-hadits yang dikemukakan oleh beliau di dalam Kitab Sunannya hanya dua hadits iłu sahaja yang tidak diterima pakai oleh mana-mana fuqahas atau mana-mana imam mujtahid, Ulama'-ulama' Hanafiyyah tidak bersetuju dengan
6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan