Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0007)
kenyataan Imam Tirmidzi itu. Bagi mereka, kedua hadits berkenaan juga dipakai oleh fuqaha' Hanafiyyah. Dalam fiqh mazhab Hanafi, hadits pertama dipakai sebagai "Jama' Shuri". Hadits kedua pula dipakai sebagai hukum berdasarkan "Siasah dan Ta'zir , bukan berdasarkan hukum had.
Bagi al-lmam al-Hafiz Ibnu Rajab, kata-kata Tirmidzi itu hanya berkenaan dengan hadits-hadits tentang hukum-hakam. Hafiz Ibnu Rajab telah mengemukakan beberapa pandangan 'ulama' tentang kedua-dua hadits itu.
Ada yang berpendapat, kedua-duanya telah dimansukhkan. Ada juga yang berpendapat kedua-duanya masih diamalkan oleh segolongan 'ulama'.
¹⁰ Sebab kenapa kedua-dua hadits itu tidak dipakai orang. Setelah mengemukakan hadits
(a) di bawah باب ما جاءفي الجمع بين الصلوتين Imam Tirmidzi mengomentarinya begini:
وقدروى....الصلاتين.
Bermaksud: Ada juga diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas selain hadits ini, iaitu:
....Daripada Ibnu 'Abbaas daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: "Sesiapa menjama'kan dua sembahyang (fardhu) tanpa sebarang keuzuran, bererti dia telah memasuki satu pintu daripada pintu-pintu dosa besar."
Kata Abu 'Isa, "Hanasy (yang terdapat di dalam isnad hadits) ini ialah Abu 'Ali ar-Rahabi, iaitu Husain bin Qais. Dia seorang yang dha'if di sisi Ahli Hadits. Ahmad dan lain-lain mendha'ifkannya. Bagaimanapun menurut Ahli ilmu, amalan adalah berdasarkan hadits ini, iaitu tidak boleh dijama'kan dua sembahyang (fardhu) kecuali dalam perjalanan atau ketika di'Arafah.
Sesetengah Ahli ilmu dari kalangan Tabi'in membenarkan (membolehkan) jama' di antara dua sembahyang (fardhu) untuk orang sakit. Itulah pendapat Ahmad dan Ishaq. Sesetengah Ahli ilmu pula berpendapat, boleh dijama' di antara dua sembahyang (fardhu) ketika hujan. Ini adalah pendapat Syaffe, Ahmad dan juga Ishaq. Syafi'e berpendapat orang sakit tidak boleb menjamakan di antara dua sembahyang."
Demikianlah komentar Tirmidzi tentang hadits
(a). Hadits Ibnu 'Abbaas itu kalau dengan lafaz: ...أن النبي صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر بالمدينة maka ia adalah riwayat muttafaq 'alaih tanpa lafaz: من غير خوف ولا مطر .
Lihat
Sahih al-Bukhari dalam al-Mawaaqit j.l m/s 110, dan dalam bab at-Tathawwu' من لم يتوع بعد المكتوبه j.2 m/s 58,
Sahih Muslim j.2 m/s 151-152. Di dalam satu riwayat Muslim terdapat lafaz: من غير خوف ولا سفر .
Demikian juga lafaz hadits Muwatthha'. Lihat al-Muwattha' j.1 m/s 123.
Di dalam riwayat Abu Daud j.2 m/s 6 terdapat lafaz: في غير مطر.
Di dalam riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Nasaa'i sememangnya hadits Ibnu 'Abbaas itu terdapat dengan lafaz: من غير خوف ولا مطر.
Imam Tirmidzi bagaimanapun tidak menyatakan 'illat yang mencacatkan hadits Ibnu 'Abbaas tersebut. Apa yang dilakukannya hanyalah mengemukakan hadits riwayat Hanasy daripada Ibnu 'Abbaas yang bercanggah dengannya. Kemudian beliau mendha'ifkan hadits Hanasy itu kerana ia diriwayatkan oleh Hanasy yang dianggap dha'if oleh Ahmad dan lain-lain. Sedangkan hadits Hanasy yang dha'if itu tentu sekali tidak dapat mengalahkan hadits sahih daripada Ibnu Abbaas yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh hadits seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud,Nasaa'i dan Tirmidzi yang tersebut tadi. Imam Tirmidzi pada zahirnya tidak berhujah
7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan