Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0041)
_____
perkara. Lima daripadanya berkaitan dengan 'Adaalah (العدالة) dan lima lagi berkenaan dengan 'Adaalah adalah suatu sifat yang apabila ada pada seseorang, ia akan dianggap sebagai seorang yang baik dan berugama. la terhasil daripada sikap seseorang yang mengelak diri daripada dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan sentiasa menjaga maruah diri. Ad-Dabth (الضبط) bererti menjaga dan mengingati dengan baik apa yang diterima daripada guru, sama ada melalui catatan atau hafalan. Dhabth terbahagi kepada dua; ضبط الصدر dan ضبط الكتابة. Mengingati dengan baik apa yang diterima daripada guru dipanggil ضبط dan mencatit serta menyimpan dengan baik apa yang diterima daripada guru pula dipanggil ضبط الكتابة
'Adaalah seseorang perawi tercedera dengan adanya salah satu daripada lima perkara berikut:
(1) Berdusta.
(2) Tertuduh berdusta.
(3) Kefasiqan.
(4) Keadaan tidak dikenali atau diketahui.
(5) Terbabit dengan biďah.
Maksud berdusta di sini ialah perawi telah terbukti sengaja berdusta atas nama Nabi s.a.w. Sama ada dengan sengaja mengatakan atau meriwayatkan apa yang tidak dikata atau dibuat oleh Nabi s.a.w. Termasuk dalam maksud berdusta juga mengaitkan sesuatu yang bukan sebenar dengan Rasulullah s.a.w. Riwayat atau hadits pendusta dihukum sebagai maudhu' .Maksud tertuduh berdusta ialah perawi yang tidak terbukti dengan jelas telah berdusta dalam meriwayatkan hadits, tetapi terdapat sedikit tanda-tanda yang menimbulkan keraguan ia telah berdusta. Antaranya ialah:
(1) Ia ada meriwayatkan hadits yang bercanggah dengan qaedah-qaedah syari'at yang diketahui dan diterima oleh semua pihak.
(2) Perawi terbukti telah berdusta dalam perkara lain selain hadits. Maka timbul keraguan bahawa boleh jadi dia ada berdusta juga dalam hadits. Riwayat perawi yang dikatakan tertuduh berdusta dihukum matruk (tidak diterima riwayatnya).
Maksud kefasiqan ialah suatu sifat yang mendatang pada perawi apabila ia:
(1) Melakukan dosa besar, sama ada dengan kata-katanya atau dengan perbuatannya.
(2) Mengucapkan sesuatu ucapan yang membayangkan kekufuran atau membawa kepada kekufuran.
(3) Suka memaki hamun orang atau
(4) Melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan.
Maksud keadaan tidak dikenali atau diketahui ialah perawi yang tidak diketahui keadaannya, sama ada ia seorang tsiqah atau tidak tsiqah.
Maksud terbabit dengan biďah ialah perawi terbabit dengan biďah i'tiqadi yang menyesatkan. Orang yang terbabit dengan biďah i'tiqadi dianggap sesat atau ahli biďah yang menyeleweng. Demikianlah bid'ah menurut istilah Usul Hadits. Adapun bidăah menurut istilah syari'at, maka ia adalah apa saja perkara baharu yang tidak ada asalnya di dalam alQur'an atau as-Sunnah. Dan ia tidak terdapat di zaman as-Salaf as-Saleh yang diakui Rasulullah s.a.w. sebagai sebaik-baik kurun.
Dhabth seseorang perawi pula tercedera dengan adanya salah satu daripada lima perkara berikut:
(1) Kesilapan yang teruk فُحّش الغَلَطِ
(2) Terlalu alpa كَثْرَة الغَفَةُ
(3) Keliru وَهْمٌ
(4) Menyalahi perawi-perawi yang dipercayai مُخَالَفَةُ الثِّفَاتِ
(5) Ingatan yang teruk سُوْءُ الحِفّظَ
Maksud kesilapan yang teruk ialah perawi banyak sekali melakukan kesilapan yang teruk. Hadits-hadits yang diriwayatkannya banyak mengandungi kesilapan yang teruk. Yang salah lebih banyak daripada yang betul.
Maksud terlalu alpa ialah perawi terlalu alpa dalam mengingati hadits. Ia juga alpa dalam mencatat hadits. Akibatnya ia tersalah apabila meriwayatkan hadits.
Maksud Waham ialah kesilapan perawi kerana terlupa atau terkeliru. Perawi yang banyak waham ialah perawi yang banyak tersalah akibat terlupa atau terkeliru. Kerana terlupa dan terkeliru perawi mengubah sanad dan matan sesuatu hadits. Hadits mursal atau munqathi' diriwayatkannya secara muttashil. Sepotong ayat yang terdapat di dalam satu hadits
41
Tiada ulasan:
Catat Ulasan