Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0042)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0042)

وقد......كذبه
Bermaksud: Bukan seorang imam telah meriwayatkan (hadits) daripada perawi-perawi dha'if, tetapi mereka menerangkan keadaan perawi-perawi yang lemah itu
kepada orang ramai. Ibrahim bin 'Abdillah bin al-Mundzir al-Baahili meriwayatkan kepada kami, katanya. Ya'la bin 'Ubaid meriwayatkan kepada kami, katanya, kata Sufyan ats-Tsauri: "Jauhilah al-Kalbi,” Maka ada orang berkata kepada beliau,”Kamu sendiri itu bagaimana boleh meriwayatkan daripadanya?' Jawab Sufyan,
"Aku dapat membezakan mana yang benar dari mana yang dusta.”⁷⁰

________________
dimasukkannya ke dalam hadits yang lain. Menokok tambah hadits sehingga hilang lafaz  asalnya. Menukar perawi dha'if dengan perawi yang kuat dan sebagainya. Hadits yang terdapat waham seseorang perawi dipanggil hadits mu'allal, iaitu hadits yang mengandungi kecacatan yang tersembunyi.

Maksud menyalahi perawi-perawi yang dipercayai ialah menyalahi mereka dalam 6 bentuk
berikut: 
(i)مدرج الإسناد              
(ii)مدرج المتن
(iii)مقلوب                             
(iv)مزيد في متصل الأسانيد
(v)مضطرب    
(vi)مصحف ومحرف

Maksud ingatan yang teruk ialah perawi mempunyai ingatan yang teruk. Kerananya ia lebih banyak tersalah dalam periwayatannya. Riwaytnya yang tersalah lebih banyak daripada yang betul atau kalau tidak lebih banyak pun kedua-duanya sama banyak.

⁷⁰ Maksud Sufyan ialah aku mengetahui mana riwayatnya yang sahih dan mana yang tidak sahih. Kerana itu aku dapat memilih riwayat-riwayatnya yang sahih untuk diriwayatkan. Riwayat-riwayatnya yang dha'if pula tidak ku pilih. Adapun orang ramai yang tidak dapat membezakan riwayat-riwayatnya, maka dia hendaklah menjauhinya. 
Jangan sekali-kali terpedaya dengan perawi-perawi dha'if kerana semata-mata imam-imam besar ada meriwayatkan sesuatu daripadanya. Telah diterangkan sebelum ini bahawa riwayat tiga macam perawi dha'if tidak boleh dijadikan hujah dan dalil. Akan tetapi kadang-kadang ditemui juga tokoh-tokoh hadits meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi seperti itu. Apakah pendirian mereka terhadap perawi-perawi dha'if perlulah diketahui dan difahami dengan baik.
Sepintas lalu anda mungkin merasakan seolah-olahnya seseorang imam dalam bidang hadits apabila meriwayatkan hadits daripada seseorang perawi yang dha'if dan tidak tsiqah bererti ia mengi'tirafnya dan mengangggapnya kuat dan tsiqah. Ketahuilah bahawa terdapat banyak sebab kenapa seseorang imam hadits meriwayatkan hadits daripada perawi dha'if dan tidak tsiqah. Di bawah ini dikemukakan sebab-sebabnya:
(1) Riwayat seseorang perawi yang dha'if kadang-kadang sahih pada pandangan tokoh-t0k0h hadits tertentu. Kerana itu ia menerimanya dan memasukkannya ke dalam kitabnya. Di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pun terdapat hadits-hadits yang dikritik oleh pakar-pakar hadits kerana kedudukan perawinya yang dipertikaikan. Apakah jawapan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah kedua kitab tersebut yang membelanya? Jawapan yang diberikan oleh
42

Tiada ulasan:

Catat Ulasan