Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0043)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0043)

قال.....شيئا
Bermaksud: Muhammad bin Ismail meriwayatkan kepadaku, katanya: Yahya bin Ma'in meriwayatkan kepadaku, katanya: 'Affaan meriwayatkan kepada kami daripada Abi 'Awaanah, katanya: "Apabila Hasan al-Bashri meninggal dunia, aku teringinkan kata-katanya. Maka aku mencarinya daripada murid-murid Hasan. Aku membawanya pergi kepada Abaan bin Abi 'Ayyaasy. Dia terus membaca semuanya 

_______________
mereka ialah kerana riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh perawi-perawi dha'if itü sahih pada pandangan pengarangnya.

(2) imam-imam hadits mampu membezakan antara riwayat-riwayat sahih dan dha'if yang dikemukakan oleh perawi-perawi dha'if. Mereka hanya memilih yang sahih sahaja untuk diterima dan diriwayatkan. İnilah sikap Sufyan ats-Tsauri seperti tergambar daripada riwayat yang dikemukakan oleh Timidzi di ataş.

(3) Tujuan meriwayatkan hadits daripada perawi dha'if ialah untuk menyatakan kedha'ifannya. Dengan mengemukakan riwayatnya yang dha'if itulah para pelajar dapat mengetahui sebab-sebab kedha'ifannya. 

(4) Riwayat perawi yang dha'if diterima kerana ada riwayat mutabi'nya atau riwayat syahidnya yang kuat dan sahih.

(5)Riwayat dha'if dikemukakan untuk memperkenalkan perawinya. Jikalau riwayatnya tidak dikemukakan, niscaya tidak adalah peluang untuk memperkenalkan perawi-perawinya.

(6)Riwayat pemwi yang dha'if kerana bid'ahnya kadang-kadang dikemukakan bukanlah bertujuan membenarkan fahamannya, sebaliknya kerana ia menyokong fahaman Sunnah yang betul.

(7)Kadang-kadang seseorang perawi dianggap dha'if oleh sesetengah ahli hadits, sedangkan ia pada pandangan sesetengah yang lain tidak dha'if.

(8) Kadang-kadang seorang perawi hanya dianggap dha'if apabila ia meriwayatkan daripada orang tertentu sahaja. Adapun riwayatnya daripada orang-orang lain tidak pula dianggap dha'if.

(9)Sesetengah perawi hanya dianggap dha'if setelah tahun tertentu sahaja. Adapun riwayatnya sebelum tahun tertentu itu, maka tidak pula dianggap dha'if.

(10)Selalu juga riwayat perawi dha'if diketengahkan, semata-mata untuk mendedahkan keganjilannya dan kecenderungan fahamannya.

Bagaimanapun apa yang disebutkan oleh Tirmidzi sebelum ini tetap terpakai, iaitu "Semua orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya dari kalangan orang-orang yang tertuduh atau dikatakan dha'if kerana kecuaiannya dan banyak kesilapannya, di samping tidak pula diketahui hadiis itü melainkan daripada haditsnya, tidaklah boleh dijadikan hujah.

43

Tiada ulasan:

Catat Ulasan