Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0045)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0045)

الله......عنهم
Bermaksud: Kata Abu 'Isa, "Ramai orang telah meriwayatkan daripada Ibrahim bahawa 'Abdullah bin Masud berqunut dalam witirnya sebelum ruku'.⁷⁵ Abaan bin Abi 'Ayyaasy pula meriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakha'i daripada 'Alqamah daripada 'Abdillah bin Masud bahawa Nabi s.a.w. berqunut dałam witirnya sebelum rukuk. ⁷⁶  Demikianlah Sufyan ats-Tsauri meriwayatkan daripada Abaan bin Abi 'Ayyaasy.⁷⁷  Sesetengah perawi (seperti Yazid bin Zurai') meriwayatkan daripada Abaan bin Abi 'Ayyaasy dengan sanad ini sama seperti ma'na hadits sebelum ini, tetapi dengan tambahan berikut: "Kata 'Abdullah bin Masud, "Ibuku menceritakan kepadaku bahawa sesungguhnya ia telah bermalam di rumah Nabi s.a.w. la melihat Nabi s.a.w berqunut di da,am witirnya sebelum ruku . ⁷⁸
Kata Abu 'Isa, Abaan bin Abi 'Ayyaasy walaupun diketahui kuat beribadat, tetapi inilah keadaannya dałam hadits.⁷⁹ Para muhadditsin (sejati) pula adalah orang-orang


______
⁷⁵ Riwayat ini adalah mauqufdan munqathi'. la hanya bercerita tentang amalan Ibnu Masud, bukan amalan Nabi s.a.w. la dikatakan munqathi' (terputus) kerana Ibrahim tidak sempat dengan zaman Ibnu Mas'ud. Riwayat ini dikemukakan oleh Imam Muhammad bin al-Hasan di dalam kitabnya yang bernama Kitab al-Aatsaar.

⁷⁶Apa yang dilakukan oleh Abaan dalam riwayatnya ini ialah ia memerfu'kannya. Dikatanya Nabi s.a.w. yang berqunut sebelum rukuk itu. la juga memaushukannya dengan menambahkan 'Alqamah di antara Ibrahim dan 'Abdullah bin Masud. Padahal tidak ada pun perantaraan iłu.

⁷⁷ Riwayat Sufyan ini terdapat di dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah.

⁷⁸ Hadits ini juga terdapat di dalam Mushannaf Ibnu Abi Syaibah. Kesimpulannya ialah Abaan telah melakukan beberapa perkara apabila meriwayatkan hadits 'Abdullah bin Masud itu. 
Pertamanya ialah dia telah memarfu'kan hadits mauquf. Keduanya ialah dia telah menambahkan hadits ibu Ibnu Masud. Dan 
ketiganya ialah dia telah memaushulkan hadits yang munqathi'. 
Dua perkara terakhir ini bukanlah suatu perkara yang mustahil, tetapi oleh kerana Abaan bersendirian dałam meriwayatkannya begitu dan tidak ada perawi lain yang tsiqah menjadi mutabi înya, maka dia tertuduh dałam periwayatannya.
Kata Ibnu Hibbaan, "Abaan selalu menghadhiri majlis Hasan Bahsri. Apa yang didengarinya daripada Hasan, dikaitkan secara marfu' dengan Anas r.a. Dia melakukan begitu

45

Tiada ulasan:

Catat Ulasan