Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0046)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0046)

yang kuat ingatannyn. Ada juga orang, walaupun saleh, tetapi ia tidak dapat memberikan kesaksiannya dengan betul, la tidak ingat betul-betul apa yang hendak
disaksikannya.⁸⁰ Oleh itu orang yang tertuduh berdusta dalam meriwayatkan hadits atau ia seorang yang Ieka dan banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan, menurut apa yang dipilih oleh kebanyakan imam-imam hadits ialah riwayatnya tidak boleh diterima. Tidakkah engkau lihat bagaimana 'Abdullah bin al-Mubarak meriwayatkan daripada sekumpulan ahli ilmu (perawi-perawi hadits), tetapi setelah mengetahui keadaan mereka yang sebenarnya, beliau tidak lagi mahu meriwayatkan daripada mereka?
أخبرني......كذب
Bermaksud: (Imam at-Tirmidzi berkata)⁸¹ Musa bin Hizaam meriwayatkan kepadaku, katanya: Aku mendengar Saleh bin 'Abdillah berkata; "Pernah kami berada di samping Abi Muqatil as-Samarqandi.⁸² Dia mula meriwayatkan daripada 'Aun bin Abi Syaddaad hadits-hadits panjang yang diriwayatkan tentang wasiat Luqman dan pembunuhan Saüd bin Jubair dan cerita-cerita seumpamanya. Maka berkatalah anak 

_______
dalam keadaan alpa sehingga kira-kira 1,500 hadits diriwayatkannya dengan cara itu. Padahal kebanyakannya tidak berasas sama sekali.

⁸⁰ Begitulah keadaan perawi-perawi lemah seperti Abaan bin Abi 'Ayyaasy.

⁸¹ Perenggan ini hanya terdapat di dalam nuskhah cetakan Mesir sahaja. la pada asalnya tidak terdapat dalam cetakan India.

⁸² Abu Muqatil adalah seorang perawi yang sangat dha'if, Nama sebenarnya ia!ah Hafsh bin Salm, Dia meriwayatkan daripada Ayyub as-Sakhtiani, 'Ubaidullah bin 'Umar. Ibnu Abi Rawwaad dan 'Aun bin Abi Syaddand banyak sekali riwayat-riwayat munkar. Qutaibah bin Sa'id mengatakan dia seorang perawi yang sangat dha'if. Ibbu Hibbaan berkata, 'Dia meriwayatkan banyak riwiyat munkar yang langsung tidak berasas." Ibnu 'Adi berkata, "Riwayat-riwayatnya tidak boleh dìpercayai." Ibnu Mahdi dan Waki pula mengatakan dia pendusta. Umurnya panjang, Dia telah hidup hingga ke tahun 208 Hijrah.

46

Tiada ulasan:

Catat Ulasan