Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0047)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0047)

saudara Abi Muqatil, "Wahai Pak cik! Janganlah Pak cik berkata, ""Aun meriwayatkan kepada kami. Kerana Pak cik tidak mendengar benda-benda ini (daripadanya)." Abu Muqatil pun berkata, "Wahai anakku! la adalah cerita yang bagus ⁸³

(Kata Imam Tirmidzi lagi) Aku mendengar al-Jaarud berkata, "Pernah kami di samping Abi Mu'aawiah, lalu disebutkan kepadanya hadits Abi Muqatil daripada Sufyan ats-Tsauri daripada al-A'masy daripada Abi Zhabyaan, kata beliau, 'Ali pernah ditanya tentang sarang tebuan. Jawab beliau, "Tidak mengapa denganya. la sama seperti perburuan laut." Maka berkata Abu Mu'aawiah: "Sesungguhnya aku tidak berkata sahabatmu pendusta, tetapi hadits ini dusta."

Perkara Ke-Lapan:

Perbincangan Tentang Perawi-Perawi Yang Dipertikaikan.

Setelah selesai membicarakan tentang perawi-perawi dha'if, Imam Tirmidzi mula membincangkan pula tentang perawi-perawi yang dipertikaikan . متكلم فيه

Siapakah Perawi-Perawi Yang Dipertikaikan?
Yang dimaksudkan dengan perawi-perawi yang dipertikaikan ialah perawi-perawi yang merupakan tokoh-tokoh besar seperti Imam al-Maghazi Muhammad bin Ishaq, Qadhi Mesir 'Abdullah bin Lahi'ah dan lain-lain. Mereka adalah orang-orang besar, tetapi hadits mereka dipertikaikan. Kerana kritikan dan pertikaian para 'ulama' Rijaal terhadapnya, 'adalahnya juga terjejas. Status dan kedudukannya dalam bidang periwayatan hadits menurun. Dia tidak dipandang tinggi dalam bidang ini. Perawi-perawi seperti ini dipanggil mutakallam متكلم فيه. Imam Tirmidzi akan mengemukakan 13 orang perawi dari kategori ini sebagai contoh. Perawi-perawi yang kritikan dan pertikaian para 'ulama' terhadapnya tidak menjejaskan 'adalahnya pula dinamakan mukhtalaf fih متكلم فيه. Imam Tirmidzi akan mengemukakan tiga contoh perawi-perawi dari kategori ini nanti.

_______
⁸³ Baginya asalkan cerita bagus, maka bolehlah ia dikaitkan. dengan seseorang seperti 'Aun bin Abi Syaddaad dan lain-lain.

47


Tiada ulasan:

Catat Ulasan