Kecacatan('Ilal)hadis sesi 016(0048)
Perlulah diketahui bahaw para ulama' Jarh dan Ta'dil itu terdiri daripada beberapa peringkat. Ada yang kritikannya ringan sahaja. Ada pula yang kritikannya berat. Akibatnya muhaddiitsin yang datang kemudian berbeza-beza dalam menilai sesaorang perawi.
Ada perawi yang periwayatannya masih diterima kerana ia dianggap tsiqah ada yang ditolak dan tidak diterima kerana mengambil jarh yang telah dilaku oleh tokoh-tokoh terdahulu. Sesetengah yang lain muhadditsin
mengabaikannya, malah mereka tetap kira semua jarh yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu terhadapnya.
وقد.....ما رووا
Bermaksud: Sesetengzh muhadditsin mempetikaikan sekumpulan tokoh-tokoh dari kalangan ahli ilmu. Mereka mendha'ifkan tokoh-tokoh itu di sudut hafalan. Sementara golongan yang lain pula menganggap mereka tsiqah. Memandangkan kedudukan mereka yang tinggi dan kebenaran mereka. Walaupun mereka itu ada juga keliru dalam sesetengh periwayatan.⁸⁴
______________
⁸⁴Sesetengah iman Jarh dan Ta'dil amat keras dalzm penilaian perawi-perawi. Mereka tidak mengabaikan jarh ringan yang diabaikan oleh sesetengah imam yang lain biar bagaimana sekalipun jarh yang telah dilakukan terhadap seseorang perawi itu. Perawi yang ditajrihkan tidak akan diterima terus hadits-hadits riwayatnya. Sementara orang-orang mengabaikan jarh ringan pula, tetap menerima hadits-hadits perawi yang ditajrihkan jarh ringan seperti itu.
Ada juga imam Jarh dan Taidil yang pada ketika-ketika bersikap keras, maka didha'ifkanlah perawi-perawi tertentu, Pada ketika yang lain berlembut dan bertolak ansur, maka diterimanya hadits-hadits daripada perawi yang sama.
Hafiz Ibnu Hajar berkata, lmam-iman Jarh dan Ta'diI itu ada yang keras dan sederhana, Syu'bah dan ats-Tsauri terbilang sebagai orang-orang yang keras, Namun Syu'bah dianggap lebih keras berbanding ats-Tsauri, Yahya bin Sa' id al-Qatthaan dan Ibnu Mahdi terbilang sebagai orang-orang yang sedeRhana. Namun Yahya lebih keras dari pada Ibnu Mahdi.
Yahya bin Ma'in dan Ahmad bin Hambal terbilang sebagai imam-imam yang lembut.
Yahya dianggap lebih keras daripada Ahmad bin Hambal, Abu Haatim ar-Razi juga terbilang sebagai orang-orang yang lembut, namun Abu Hatim dianggap lebih keras daripada Bukhari.
48
Tiada ulasan:
Catat Ulasan