Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0049)
وقد..قلت.
Bermaksud: Yahya bin Sa'id al-Qatthaan telah mempertikaikan Muhammad bin 'Amar, ⁸⁵ kemudian beliau meriwayatkan pula daripadanya:
(Kata Tirmidzi) Abu Bakar 'Abdul Quddus bin Muhammad al-'Atthaar al-Bashri meriwayatkan kepada kami, katanya: 'Ali bin al-Madini meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku bertanya Yahya bin Sa'id tentang Muhammad bin 'Amar bin 'Alqamah (Apakah kedudukannya dalam periwayatan hadits?). Beliau kembali bertanya aku,"Engkau mahu yang lembutkah atau yang keras?" Aku menjawab, "Yang keras." Kata beliau, "Dia bukanlah orang yang engkau kehendaki. Dia selalu berkata: "Guru-guru kami iaitu Abu Salamah dan Yahya bin 'Abdir Rahman bin Haathib meriwayatkan kepada kami. Kata Yahya, "Aku pernah bertanya Malik tentang Muhammad bin 'Amar. Beliau (Malik) berkata tentangnya seperti yang telah aku katakan kepadamu."
____________
⁸⁵ Inilah contoh pertama bagi perawi yang dipertikaikan. Muhammad bin 'Amar bin 'Alqamah bin Waqqaash al-Laitsi al-Madani. Beliau adalah perawi shaduq, akan tetapi ada berlaku waham (kekeliruan) kepadanya. Beliau adalah salah seorang perawi enam kitab utama hadits. meninggal dunia pada tahun 145 Hijrah. Ketika bersikap keras Yahya bin Sa'id al-Qatthaan mengesyorkan agar riwayatnya tidak diterima. Ketika bersikap lembut pula, beliau sendiri meriwayatkan hadits daripadanya. Tentu sekalilah ada maksud dan tujuan atau maslahat di sebalik sikap lembutnya terhadap riwayat Muhammad bin 'Amar itu. Sebagaimana sedia dima'lumi, tokoh-tokoh muhaddiitsin itu kadang-kadang ada juga meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi yang tidak tsiqah kerana sebab-sebab tertentu.
⁸⁶ Bagi Yahya bin Sa' id, tidak mungkin semua riwayat diterima Muhammad bin 'Amar daripada dua orang guru itu sahaja. Bagi beliau, kata-kata perawi seperti itu menunjukkan ketidaktelitiannya.
49
Tiada ulasan:
Catat Ulasan