Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0051)
Qatthaan) menjawab, -"Kalau Saya mahu mentalqinkannya, nescaya dia menerima talqin saya." Saya ('Ali bin al-Madini) terus bertanya, "Adakah dia menerima talqin?'⁸⁸ Jawab Yahya, "Ya". Kata 'Ali bin al-Madini lagi), "Yahya (bin Sa'id al-Qatthaan) tidak meriwayatkan hadits daripada [3] Syarik,⁸⁹ [4] Abu Bakar bin Ayyaasy,⁹⁰[5] ar-Rabi' bin Shabih⁹¹ dan juga [6] al-Mubaarak bin Fadhalah.⁹²
________
⁸⁸Maksud menerima talqin ialah perawi boleh mengubah hadits yang telah diriwayatkannya semata-mata dengan mendengar cakap orang lain tentangnya. la tidak berpendirian sehingga boleh mengatakan hadits yang telah dikatanya marfu' sebagai hadits mauquf atau maqthu' apabila ada orang berkata begitu kepadanya. Begitu juga sebaliknya hadits mauquf atau maqthu' boleh saja dia berkata marfu' apabila mendengar orang berkata begitu. Perubahan pendirian bukan sahaja boleh berlaku kepadanya berhubung dengan sesuatu sanad hadits. la juga boleh berlaku pada matan hadits. Perawi yang menerima talqin tidak memelihara hadits dengan sepatutnya, kerana itu ia dianggap perawi tidak mu'tabar.
⁸⁹ Beliau ialah Syarik bin 'Abdillah an-Nakha'i al-Kufi. Syarik adalah perawi shaduq yang banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan hadits. Setelah menjadi qadhi, ingatannya berubah teruk. Bukan sekadar itu, Ibnu Rajab bahkan berkata, setelah menjadi qadhi Syarik didapati bersifat bongkak dan sombong. Dia memperlekeh para imam dan orang-orang saleh. Ibnu Rajab seterusnya berkata, (Imam) Muslim mengemukakan haditsnya berserta perawi lain مقرونا بغيره
Imam az-Dzahabi di dalam Mizannya memperkenalkan Syarik begini:
القاضي الحافظ الصادق أحد الأئمة
(beliau adalah qadhi, hafizh, benar dan juga salah seorang imam). Ibrahim bin Sa'id al-Jauhari dilaporkan telah berkata, "Syarik telah tersalah dalam (meriwayatkan) empat ratus hadits." Ibnu Ma'in pula dinukilkan telah berkata, "Syarik adalah perawi shaduq lagi tsiqah. Tetapi kalau dia menyalahi orang lain dalam meriwayatkan sesuatu hadits, maka riwayat orang lain lebih kami suka." Imam Muslim telah waham apabila mengatakan Imam Ahmad ada mendengar riwayat daripada Syarik. Sebetulnya Imam Ahmad tidak mendengar apa-apa daripada Syarik. Apa yang tersebut di dalam Kitab al-Kuna Wa al-Asmaa' karangan Imam Muslim di bawah biografi Imam Ahmad itu sebenarnya silap. Tetapi begitulah yang terdapat di dalam semua nuskhah kitab tersebut. Berikut adalah teksnya:
(Lihat al-Kuna Wa al'Asmaa' j.1m/s 503). Syarik meninggal dunia pada tahun 177/178H.
⁹⁰ Abu Bakar bin 'Ayyaasy adalah seorang penduduk Kufah. Beliau seorang Qari yang saleh, abid lagi zahid. Abu Bakar dianggap sebagai salah seorang tokoh hadits. Setelah tua ingatannya berubah teruk. Beliau juga terkenal sebagai perawi yang banyak waham, Kitab catatannya bagaimana pun sahih. Walaupun beliau terkenal sebagai perawi yang banyak waham, Imam Bukhari ada meriwayatkan sedikit haditsnya di dalam Sahih al-Bukhari. Itulah antan sikap Bukhari yang dibantah oleh Ibnu Hibbaan. Hadits Hammaad bin Salamah tidak diterimanya, sedangkan hadits Abu Bakar bin 'Ayyaasy yang jauh lebih rendah daripadanya pula diterima. Sebenarnya riwayat-riwayat Abu Bakar bin 'Ayyaasy yang diambil oleh Bukhari itu ada mutaba'ahnya di sisi Bukhari. Riwayat-riwayatnya yang seperti itulah yang diambil oleh Bukhari menurut para ulama' yang membelanya. Abu Bakar bin 'Ayyaasy Meninggal dunia pada tahun 192H.
51
Tiada ulasan:
Catat Ulasan