Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0053)
هريرة.....الكثير
Bermaksud: Kata Abu 'Isa, "Demikian juga sesetengah ahli hadits mempertikaikan[7] Suhail bin Abi Saleh,⁹⁴ [8] Muhammad bin Ishaq,⁹⁵ [9] Hammaad bin Muhammad bin 'Ajlaan⁹⁷ dan tokoh-tokoh lain seumpama mereka.
________
⁹⁴Suhail bin Abi Saleh adalah orang Madinah. Nama sebenar ayahnya Dzakwan. Beliau digelarkan dengan as-Sammaan (penjual / pebuat minyak sapi). Kuniahnya Abu Yazid. Seorang petawi shaduq (baik), tetapi fikirannya bercelaru dengan teruk sekali di akhir hayatnya. Sekumpulan imam hadits mempertikaikan kedudukannya dalam meriwayatkan hadits. Ibnu Abi Khaitsamah berkata, aku mendengar Yahya bin Ma'in berkata, "Ahlul hadits sentiasa memelihara diri daripada hadits Suhail." Pada kali yang lain pula apabila beliau ditanya tentang Suhail beliau berkata, "Suhail (tidak kuat)". Pada kali yang lain pula apabila beliau ditanya, beliau menjawab, "Suhail dha'if." 'Abbaas ad-Duri meriwayatkan, katanya, Yahya bin Ma'in pernah ditanya tentang hadits Suhail dan al-'Alaa' bin 'Abdir Rahmam maka Yahya menjawab, "Hadits kedua mereka lebih kurang sama. Tidak boleh dijadikan hujah." Orang-orang yang menta'dilkannya hanyalah menta'dilkannya dengan lafaz-lafaz ta'dil yang rendah sahaja. Imam Bukhari hanya meriwayatkan daripadanya berserta orang lain atau secara ta'liq sahaja. Demikian juga Imam Muslim. Suhail bin Abi Saleh meninggal dunia di zaman pemerintahan al-Manshur.
⁹⁵ Muhammad bin Ishaq adalah penduduk Madinah. Beliau perawi shaduq yang melakukan banyak sekali tadlis. Tadlis bererti menyembunyikan nama perawi lemah dan menggunakan lafaz yang membayangkan kemungkinan seseorang perawi mendengar daripada perawi di atasnya. Ibnu Ishaq dianggap sesetengah orang sebagai imam dalam bidang Maghazi. Ada ulama' menta'dilkannya dan ada juga yang mentajrihkannya. Malah segolongan muhadditsin seperti Malik, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Hisyam bin 'Urwah, A'masy dan lain-lain mentajrihkannya dengan lafaz-lafaz jarh yang teruk, seperti mereka mengatakan dia pendusta besar, dajjal dan lain-lain. Bukhari hanya meriwayatkan daripadanya secara ta'liq atau sebagai mutabasah, Muslim pula hanya meriwayatkan daripadanya secara mutaba'ah. Muhammad bin Ishaq meninggal dunia pada tahun 150H.
⁹⁶ Hammaad bin Salamah bin Dinar adalah orang Bashrah. Beliau seorang perawi abid lagi ahid. Imam Baihaqi membilangnya sebagai salah seorang imam besar omng-orang Islam. Setelah tua ingatannya tergugat. Itulah sebabnya Imam Bukhari tidak menerima haditshaditsnya.
Ibnu Rajab berkata, "Kedudukan Hammaad bin Salamah lebih tinggi daripada semua orang yang disebut oleh Tirmidzi di sini. Beliau adalah al-lmam ar-Rabbaani yang alim tentang Allah dan alim tentang perintah Allah, Hammaad bin Salamah al-Bashri. Seorang faqih yang zahid lagi abid," Imam-imam besar seperti Yahya al-Qatthaan, Ibnu Mahdi, Ibnu alMubaarak, Malik dan ats-Tsauri meriwayatkan hadits daripadanya. Malik dan ats-Tsauri adalah dua orang tokoh yang sebaya dengannya. Syu'bah pula lebih tua daripadanya. Hammaad bin Salamah adalah seorang perawi yang dikatakan tsiqah tsiqah. Beliau juga seorang yang kuat berpegang dengan sunnah. Kerana itu Ibnu Ma'in berkata tentangnya,
53
Tiada ulasan:
Catat Ulasan