Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0054)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0054)

Orang-orang ni dipertikaikan hanya disudut hafalan pada sesetengah riwayat yang dikemukakan oleh mereka sahaja. Imam-imam pun ada meriwayatkan hadits daripada mereka ini.
___________
"Raguilah keislaman orang yang menyebut Hammaad bin Salamah dengan sebutan yang tidak baik.Orang lain sangat memujinya.
Pandangan para 'ulama' hadits tentang riwayat-riwayatnya ialah dia seorang yang paling kuat dan teguh dalam meriwayatkan hadits-hadits daripada beberapa orang guru yang dia lama bersama mereka, seperti Tsabit al-Bunaani, 'Ali bin Zaid dan lain-lain. Dalam meriwayatkan hadits-hadits daripada guru-guru yang tidak lama dia bersama mereka seperti Qataadah, Ayyub dan lain-lain pula dia lemah. Muslim mengambil agak banyak riwayat-riwayatnya. Bukhari juga mengambil riwayatnya, tetapi sebagai syahid sahaja. Sesetengah 'ulama' berpendapat, Bukhari ada mengambil satu sahaja haditsnya dalam bab Riqaaq.

Ibnu Hibbaan tidak berpuas hati dengan sikap Bukhari terhadap Hammaad bin Salamah dan beliau membantahnya kerana itu dengan katanya: "Imam Bukhari tidak berlaku adil terhadap hadits Hammaad bin Salamah apabila beliau berhujah dengan hadits Abu Bakar bin 'Ayyaasy, anak saudara az-Zuhri dan 'Abdur Rahman bin *Abdillah bin Dinar dan memasukkan hadits-hadits mereka ke dalam Kitab Sahihnya. Sekiranya Bukhari tidak mengambil hadits-hadits Hammaad bin Salamah kerana dia ada tersalah, maka orang-orang lain yang sebaya dan sezaman dengannya seperti ats-Tsauri, Syu'bah dan lain-lain juga ada tersalah. Dan sekiranya Bukhari mengira kesalahannya banyak kerana ingatannya telah berubah (di akhir hayatnya), maka begitu juga keadaan Abu Bakar bin 'Ayyaasy. Abu Bakar jauh lagi daripada mencapai tahap Hammaad bin Salamah dalam semua segi, baik dalam keteguhan dan kemantapan ilmu, kerapian catitan atau banyak mengumpul dan ingat hadits. Malah tidak ada di Bashrah pada masa itu orang seperti Hammaad dari kalangan orang-omng yang segenerasi dengannya. Baik daripada segi kelebihan, keugamaan, ibadat, ilmu, tulisan, berpegang teguh dengan sunnah mahupun dalam kehebatan menentang ahli-ahli bid'ah. Di zaman itu tidak ada yang mencela dan memusuhi Hammaad bin Salamah melainkan golongan Mu'tazilah dan Qadariyyah atau golongan ahli bid'ah dan golongan Jahmiyyah. Semua itu tidak kerana lain melainkan kerana Hammaad bin Salamah menyatakan (kebenaran) hadits-hadits sahih yang dibantah dan ditolak oleh golongan-golongan tersebut. Hammaad bin Salamah meninggal dunia pada tahun 167H.

⁹⁷ Imam az.Dzahabi berkata tentang Muhammad bin 'Ajlaan, "Beliau adalah seorang imam yang terkenal." Al-Haakim pula berkata, "Muslim mengemukakan tiga belas haditsnya didalam Kitab Sahihnya. Semuanya sebagai riwayat syawahid. Golongan muta'akkhirun dari kalangan imam-imam kita mempertikaikannya di sudut keterukan ingatannya." Imam Bukhari pula hanya mengambil riwayatnya secara ta'liq. Kesimpulannya Muhammad bin 'Ajlaan adalah perawi shaduq, cuma dia banyak terkeliru dalam meriwayatkan hadits Abu Hurairah. Kebanyakan 'ulama' hadits mengatakan dia seorang tsiqah. Kata Ibnu Ma' in, "Dia seorang tsiqah, lebih tsiqah lagi daripada Muhammad bin 'Amar. Tiada siapa pun ragu tentang perkara ini." Kerana itu bolehlah dikatakan dia seorang perawi hadits hasan, kecuali riwayat-riwayatnya daripada Abi Hurairah. Muhammad bin 'Ajiaan meninggal dunia pada tahun 148H.
54

Tiada ulasan:

Catat Ulasan