Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0060)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0060)

Perkara Ke-Sembilan:

Meriwayatkan Hadits Berdasarkan Ma'nanya Dan Meringkaskan Hadits Adalah Diharuskan Jika la Tidak Mengubah Ma'na Hadits.

Para 'ulama' bersepakat (ittifaq) tentang keharusan meringkaskan dan juga meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya. la terbukti telah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah S.a.W, sendiri. Mereka menceritakan sesuatu peristiwa dengan berbagai-bagai cara dan dengan menggunakan lafaz-lafaz yang berlainan.

Hujah yang paling kuat tentang keharusan meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya ialah keharusan menterjemahkannya ke dakam bahasa-bahasa bukan 'Arab. Jelas sekali bahawa terjemahan juga merupakan riwayat berdasarkan ma'na. Oleh kerana riwayat berdasarkan ma•na harus dan dibenarkan, maka harus jugalah meringkaskannya. Meringkaskan hadits juga merupakan salah satu bentuk meriwayatkannya berdasarkan ma'na. Walaupun begitu, menjaga lafaz hadits yang asal dan meriwayatkan hadits menurut lafaz asalnya tetap lebih afdhal dan dianggap cara periwayatan hadits yang paling tinggi dan istimewa.
 
Di zaman mutaqaddimin, dari kalangan sahabat dan Tabi'in, kedua-dua cara tersebut telah digunakan secara berleluasa. Namun di zaman-zaman kemudian, riwayat hadits menurut lafaz asalnya telah diberikan perhatian yang lebih berbanding zaman sebelumnya. Imam Tirmidzi mengemukakan łapan riwayat berhubung dengan perkara
ini.

Perhatian:
Perkara ke-sembilan ini sebenarnya tidak lebih daripada selingan sahaja. Imam Tirmidzi mula-mula sekali berbicara tentang perawi-perawi dha'if. Kemudian

___________
dha'if, dan banyak melakukan kesilapan.” Yahya bin Ma'in berkata, "Fikirannya bercelaru” 'Abdul Malik meninggal dunia pada tahun 136H ketika berumur seratus tiga tahun.
[18] Dan lain-lain.

¹⁰⁴ Perbuatan meringkaskan hadits dałam istilah muhadditsin dipanggil ”Kharm”, dan hadits yang diringkaskan pula dipanggil hadits makhrum dan hadits mukhtasar. Kharm dibenarkan dengan syarat ma'na hadits tetap terpelihara dan beberapa syarat lain. Imam Bukhari dan Timidzi adalah antara tokoh hadits Yang membenarkannya dan banyak menggunakannya di dalam kitab-kitab mereka...

60

Tiada ulasan:

Catat Ulasan