Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0059)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0059)

Apabila mana-mana orang yang tersebut sebelum ini bersendirian dalam meriwayatkan sesuatu hadits dan tidak ada pula mutabi'nya (perawi yang menyokong riwayatnya), maka riwayatnya tidak boleh dijadikan hujah. Sebagaimana kata Ahmad bin Hambal: "Ibnu Abi Laila tidak boleh dijadikan hujah." Maksudnya ialah apabila ia bersendirian dalam meriwayatkan sesuatu hadits. Lebih teruk lagi apabila perawi tidak ingat isnadnya, dengan menambah atau mengurangkan perawinya, atau ia mengubah isnad hadits atau ia membawa sesuatu yang boleh berubah ma'na hadits kerananya.¹⁰³

___________
¹⁰³ Kesimpulannya ialah ke-tiga-tiga belas orang perawi yang telah disebut oleh Tirmidzi itu jika bersendirian dalam meriwayatkan sesuatu hadits dan tidak ada sesiapa pula menjadi mutabi'nya, maka riwayatnya tidak boleh dijadikan hujah. Kedudukan mereka sama seperti kedudukan Ibnu Abi Laila yang disebutkan oleh Imam Ahmad, bahawa riwayatnya tidak boleh dijadikan hujah. Lagilah tidak boleh dijadikan hujah jika didapati perawi tidak ingat sanadnya, dengan ia umpamanya menambahkan perawi atau mengurangkannya, atau ia menukar sanad, atau ia membawa sesuatu perkataan di dalam matan hadits yang menyebabkan berubah ma'nanya.

Peringatan: Tiga belas perawi yang dikemukakan oleh Tirmidzi itu hanyalah sebagai contoh sahaja. Terdapat ramai lagi perawi yang mempunyai sifat yang sama dengan mereka. Kedudukan riwayatnya juga sama dengan riwayat orang-orang yang tersebut itu.

Antara mereka ialah:
[14] Syahru bin Hausyab al-Asy'ari as-Syami. Ramai sekali tokoh-tokoh besar di kalangan Salaf mengatakan dia tsiqah. Ahmad dan Yahya bin Ma'in adalah antara tokoh yang mentautsiqkannya. Masalahnya ialah dia selalu meriwayatkan hadits-hadits yang tidak ada siapa pun meriwayatkannya. Kata Hafizh Ibnu Hajar, "Dia perawi shaduq yang banyak melakukan irsaal dan banyak waham (keliru). Daripada thabaqah ke-3. Meninggal dunia pada tahun 112H.

[15] Laits bin Abi Sulaim. Seorang perawi dha' if dan tidak kuat. Imam Ahmad berkata, "Laits seorang perawi yang tidak tetap haditsnya tetapi ramai orang meriwayatkan hadits daripadanya Ibnu Hibbaan pula berkata, "Di akhir hayatnya fikirannya bercelaru." Laits meninggal dunia pada tahun 148H.

[16] Yazid bin Abi Ziad al-Kufi. Seorang perawi shaduq yang banyak waham. Di akhir hayatnya Yazid menjadi nyanyuk, sehingga dia menerima talqin orang. Bukhari berkata, "Perawi munkarul hadits." Nasaa'i pula berkata, "Dia adalah perawi matrukul hadits (haditsnya tidak diterima). Yahya berkata, "Perawi tidak kuat dan tidak boleh dijadikan hujah." Ibnu al-Mubaarak berkata, "Buang saja haditsnya." Yazid Meninggal dunia pada tahun 136H.

[17] 'Abdul Malik bin 'Umair bin Suwaid al-Lakhmi al-Kufi. Seorang perawi tsiqah dan terkenal. Abu Haatim berkata, "Tidak hafizh, ingatannya berubah." Ahmad berkata, "Terlalu

59

Tiada ulasan:

Catat Ulasan