Ahad, Mac 27, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0062)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0062)

Bermaksud: Adapun orang yang (dapat) mengemukakan sanad dengan betul dan ingat akan apa yang diriwayatkannya, maka menurut ahli ilmu (hadits), tidak mengapa ia mengubah lafaz hadits yang diriwayatkannyajika tidak berubah dan lari ma'nanya.¹⁰⁵

(1) Imam Tirmidzi dengan sanadya meriwayatkan daripada Waatsilah bin al-Asqa, bahawa beliau berkata: ”Apabila kami meriwayatkan hadits kepadamu berdasarkan  ma'nanya, maka itu sudah pun cukup (memadai) untukmu.¹⁰⁶


____________________
Adapun jika riwayat berdasarkan ma'na mengubah ma'na sebenar hadits, maka itu tidak diharuskan oleh sesiapa pun. Contohnya hadits berikut: إذا قرأ الأمام فأنصتوا Bermaksud: "Apabila ia (imam) membaca, maka kamu hendaklah diam.” (Hadits riwayat Abu Daud, anNasaa'i dan Ibnu Majah). Ia diriwayatkan orang sesetengah orang berdasarkan ma'na yang difahaminya begini:إذا قرأ الإمام ولا الضالين فأنصتوا Bermaksud: ”Apabila ia imam membaca  ولا الضالين , maka kamu hendaklah diam.” Riwayat ini memberi erti perintah supaya diam itu adalah setelah imam selesai membaca bukan ketika imam mula membaca Surah al-Fatihah. Padahal maksud sebenarnya ialah apabila imam sedang membaca Surah al-Fatihah, bukan setelah membacanya.

¹⁰⁶Imam Timidzi mengemukakan kata-kata Waatsilah bin al-Asqaî dengan terlalu ringkas di sini. Ia telah dikemukakan oleh al-Baihaqi dengan lengkap. Di bawah ini dikemukakan riwayat Baihaqi berkenaan sebagaimana dipetik oleh As-Suyuthi dan dimasukkannya ke dalam kitabnya yang bernama Tadrib ar-Raawi:
وروى....المعنى
Bermaksud : Baihaqi  meriwayatkan daripada Makhul, katanys:Aku dan Abu al- Azhar masuk menemui Waatsilah bin al-Asqa'. Kata kami kepadanya: Wzhsi Aba al-Asqa' ceritalah  sesuatu hadits  yang telah engkau  dengar daripada Nabi saw iaitu hadits yang engkau tidak  terkeliru, tidak tambah dan tidak lupa. Maka kata beliau kepada kami,Adakah  kamu  ada membaca (menghafal ) al-Quran?.Kami menjawab  Ada, tetapi tidaklah kami ingat sangat . Kadang-kadang kami ada tambah wau atau alif dan kadang-kadang  pula terkurang. Kata WAtsilah, Nah ! Ini al-quran  yang tertulis dihadapan mu pun kamu tidak ingat dengan  baik, kamu kata , kadang-kadang ada terlebih  dan kadang- kadang ada terkurang. Nagaimanalah dengan hadits-hadits yang kami hanya dengar dari Nabi saw . Mungkin kami mendengarnya hanya sekali sahaja. Memadailah kepada mu, apabils kami meriwayaykan  hadits kepadamu berdasarkan maknanya (Tadrib ar-Raawi j.1 m/s 534- 535)
Riwayat maukuf Waatsilah bin al-Aqsa' yanb dikemukakan oleh Tirmidzi itu dikemukakan  juga oleh Bukhari didalam Tarikhnya. Bukhari menyebutkan bahawa Abu Nu'aim an- Nakha'i meriwayatkannya daripada al- 'Alaa' bin Katsir daripada Makhul daripada Waatsilah secara marfu'.  Kata beliau, hadits itu tidak sahih. Al- 'Alaa' bin Katsir  adalah perawi ' munkarul hadits' (perawi dha'if yang riwayatnya menyalahi riwayat perawi- perawi tsiqaat)


62

Tiada ulasan:

Catat Ulasan