Rabu, Mac 30, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 020(0047-0060)p8s

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 020(0047-0060)p8s

Perkara Ke-Lapan:
Perbincangan Tentang Perawi-Perawi Yang Dipertikaikan.

Setelah selesai membicarakan tentang perawi-perawi dha'if, Imam Tirmidzi mula membincangkan pula tentang perawi-perawi yang dipertikaikan مُتَكَلَّم فِيه

Siapakah Perawi-Perawi Yang Dipertikaikan?
Yang dimaksudkan dengan perawi-perawi yang dipertikaikan ialah perawi-perawi yang merupakan tokoh-tokoh besar seperti Imam al-Maghazi Muhammad bin Ishaq, Qadhi Mesir 'Abdullah bin Lahi'ah dan lain-lain. Mereka adalah orang-orang besar, tetapi hadits mereka dipertikaikan. 

Kerana kritikan dan pertikaian para 'ulama' Rijaal terhadapnya, 'adalahnya juga terjejas. Status dan kedudukannya dalam bidang periwayatan hadits menurun. Dia tidak dipandang tinggi dalam bidang ini. 
Minit5

Perawi-perawi seperti ini dipanggil mutakallam fih متَكَلَّم فيه. Imam Tirmidzi akan mengemukakan 13 orang perawi dari kategori ini sebagai contoh. Perawi-perawi yang kritikan dan pertikaian para 'ulama' terhadapnya tidak menjejaskan 'adalahnya pula dinamakan mukhtalaf fih مُخْتَلَفٌ فيه. Imam Tirmidzi akan mengemukakan tiga contoh perawi-perawi dari kategori ini nanti.

Perlulah diketahui bahawa para ulama' Jarh dan Ta'dil itu terdiri daripada beberapa peringkat. Ada yang kritikannya ringan sahaja. Ada pula yang kritikannya berat. Akibatnya   muhaddiitsin yang datang kemudian berbeza-beza dalam menilai sesaorang perawi.

Ada perawi yang periwayatannya masih diterima kerana ia dianggap tsiqah ada yang ditolak dan tidak diterima kerana mengambil jarh yang telah dilaku oleh tokoh-tokoh terdahulu. Sesetengah yang lain muhadditsin
mengabaikannya, malah mereka tetap kira  semua jarh yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu terhadapnya.
وقد.....ما رووا
Bermaksud: Sesetengah muhadditsin mempetikaikan sekumpulan tokoh-tokoh dari kalangan ahli ilmu. Mereka mendha'ifkan tokoh-tokoh itu di sudut hafalan. Sementara golongan yang lain pula menganggap mereka tsiqah. Memandangkan kedudukan mereka yang tinggi dan kebenaran  mereka. Walaupun mereka itu ada juga keliru dalam sesetengh periwayatan.⁸⁴

وقد..قلت.
Bermaksud: Yahya bin Sa'id al-Qatthaan telah mempertikaikan Muhammad bin 'Amar, ⁸⁵ kemudian beliau meriwayatkan pula daripadanya:

(Kata Tirmidzi) Abu Bakar 'Abdul Quddus bin Muhammad al-'Atthaar al-Bashri meriwayatkan kepada kami, katanya: 'Ali bin al-Madini meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku bertanya Yahya bin Sa'id tentang [1] Muhammad bin 'Amar bin 'Alqamah (Apakah kedudukannya dalam periwayatan hadits?). Beliau kembali bertanya aku,"Engkau mahu yang lembutkah atau yang keras?" Aku menjawab, "Yang keras." Kata beliau, "Dia bukanlah orang yang engkau kehendaki. Dia selalu berkata: "Guru-guru kami iaitu Abu Salamah dan Yahya bin 'Abdir Rahman bin Haathib meriwayatkan kepada kami.⁸⁶ Kata Yahya, "Aku pernah bertanya Malik tentang Muhammad bin 'Amar. Beliau (Malik) berkata tentangnya seperti yang telah aku katakan kepadamu."

قال....الأئمة
Bermaksud: (Imam Tirmidzi meriwayatkan) Kata 'Ali (bin al-Madini), Yahya (bin Sa'id al-Qatthaan) berkata: "Muhammad bin 'Amar lebih tinggi (kedudukannya) daripada Suhail bin Abi Saleh. Dia bagi saya (bahkan) lebih tinggi lagi daripada 

[2]'Abdur Rahman bin Harmalah."⁸⁷ 'Ali (bin al-Madini) berkata (lagi), saya bertanya Yahya: "Apa yang anda lihat pada Abdur Rahman bin Harmalah (sehingga anda melebihkan Muhammad bin daripadanya)?" Beliau (Yahya bin Sa'id al-Qatthaan) menjawab, -"Kalau Saya mahu mentalqinkannya, nescaya dia menerima talqin saya." Saya ('Ali bin al-Madini) terus bertanya, "Adakah dia menerima talqin?'⁸⁸ Jawab Yahya, "Ya". Kata 'Ali bin al-Madini lagi), "Yahya (bin Sa'id al-Qatthaan) tidak meriwayatkan hadits daripada 

[3] Syarik,⁸⁹ 
[4] Abu Bakar bin Ayyaasy,⁹⁰
[5] ar-Rabi' bin Shabih⁹¹ dan juga 
[6] al-Mubaarak bin Fadhalah.⁹²

Kata Abu 'Isa, "Waiaupun Yahya bin Said al-Qatthaan tidak menerima riwayat mereka ini, tidaklah kerana beliau menganggap mereka berdusta. Tetapi ingatan mereka yang kurang baik."
Ada disebutkan tentang Yahya bahawa beliau tidak akan menerima riwayat perawi, jika dilihatnya perawi itu meriwayatkan hadits berdasarkan ingatannya begini, sekali lagi pula begini, tidak tetap di atas satu bcntuk riwayat Bagaimanapun 'Abdullah bin al-Mubaarak, Waki' bin al-Jarraah, 'Abdur Rahman bin Mahdi dan lain-lain imam hadits tetap meriwayatkan hadits daripada mereka itu,⁹³

قال......أبي
هريرة.....الكثير

Bermaksud: Kata Abu 'Isa, "Demikian juga sesetengah ahli hadits mempertikaikan


[7] Suhail bin Abi Saleh,⁹⁴ 
[8] Muhammad bin Ishaq,⁹⁵ 
[9] Hammaad bin Salamah,⁹⁶
[10] Muhammad bin 'Ajlaan⁹⁷ dan tokoh-tokoh lain seumpama mereka.

Orang-orang ni dipertikaikan hanya disudut hafalan pada sesetengah riwayat yang dikemukakan oleh mereka sahaja. Imam-imam pun ada meriwayatkan hadits daripada mereka ini.

1- Al-Hasan bin 'Ali al-Hulwani meriwayatkan kepada kami, katanya: 'Ali bin alMadini meriwayatkan kepada kami, katanya: "Sufyan bin 'Uyainah pernah berkata,
"Kami menganggap Suhail bin Abi Saleh seorang yang teguh dalam hadits."

2- Ibnu Abi 'Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: "Sufyan bin 'Uyainah pernah berkata, "Muhammad bin 'Ajlaan tsiqah lagi dipercayai dalam hadits."
Kata Abu 'Isa, "Bagi kami, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan hanya mempertikaikan riwayat Muhammad bin 'Ajlaan daripada Sa'id al-Maqburi sahaja.
Abu Bakar meriwayatkan kepada kami daripada 'Ali bin s Abdillah, katanya: Kata Yahya bin Sa'id: Muhammad bin 'Ajlaan pernah berkata: "Hadits-hadits Sa'id al-Maqburi sebahagiannya adalah daripada Abi Hurairah. Sementara sebahagian yang lain pula adalah daripada Sa'id daripada seseorang daripada Abi Hurairah. Riwayat-riwayat itu telah bercampur-baur sehingga mengelirukan dalam catitanku. Kerananya aku katakan kepada semua riwayat itu daripada Sa'id al-Maqburi daripada Abi Hurairah.⁹⁸
Kata Tirmidzi, "Ini sahaja bagi saya sebabnya kenapa Yahya bin Sa'id mempertikaikan riwayat-riwayat Ibnu 'Ajlaan. Padahal banyak juga riwayat Ibnu 'Ajlaan yang (diterima dan) dinukilkan oleh beliau daripada Ibnu 'Ajlaan."


وهكذا.......به
Bermaksud: Demikian juga orang yang mempertikaikan ([11] Ibnu Abi Laila.⁹⁹ dia sebenarnya mempertikaikan sudut hafalan dan ingatannya. Kata 'Ali, kata Yahya bin Sa'id: "Syu'bah meriwayatkan daripada Ibnu Abi Laila daripada saudaranya 'Isa daripada (ayahnya) 'Abdir Rahman bin Abi Laila daripada Abi Ayyub (al-Anshaari r.a.) daripada Nabi s.a.w. berkenaan dengan bersin."¹⁰⁰ Kata Yahya: "Kemudian aku bertemu Ibnu Abi Laila, lalu dia meriwayatkan kepada kami daripada saudaranya 'Isa daripada (ayahnya) 'Abdir Rahman bin Abi Laila daripada sAli daripada Nabi s.a.w."

Kata Abu 'Isa, bukan sedikit perkara seperti ini diriwayatkan daripada Ibnu Abi Laila. Dia meriwayatkan sesuatu sekali begini, pada kali yang lain pula begini, diubahubahnya isnad. Semua ini berlaku sebenamya disebabkan ingatannya yang teruk. Ini kerana kebanyakan ahli ilmu (hadits) di masa yang lalu tidak menulis (mereka lebih banyak bergantung kepada hafalan dan ingatan). Yang menulis antara mereka pun, menulis setelah mereka mendengar (sesuatu riwayat). Aku mendengar Ahmad bin al-Hasan berkata, aku mendengar Ahmad bin Hambal berkata: "Ibnu Abi Laila tidak boleh dijadikan hujah."
وكذالك.......المعنى
Bermaksud: Demikian juga ahli ilmu yang mempertikaikan [12] Mujaalid bin Sa' id, ¹⁰¹ 
[13] 'Abdullah bin Lahi'ah ¹⁰² dan selain mereka berdua yang dipertikaikan 



Sebenarnya adalah sudut hafalan dan ingatan serta banyaknya kesilapan mereką kerana bukan seorang dua imam meriwayatkan hadits daripada mereka.

Apabila mana-mana orang yang tersebut sebelum ini bersendirian dalam meriwayatkan sesuatu hadits dan tidak ada pula mutabi'nya (perawi yang menyokong riwayatnya), maka riwayatnya tidak boleh dijadikan hujah. Sebagaimana kata Ahmad bin Hambal: "Ibnu Abi Laila tidak boleh dijadikan hujah." Maksudnya ialah apabila ia bersendirian dalam meriwayatkan sesuatu hadits. Lebih teruk lagi apabila perawi tidak ingat isnadnya, dengan menambah atau mengurangkan perawinya, atau ia mengubah isnad hadits atau ia membawa sesuatu yang boleh berubah ma'na hadits kerananya.¹⁰³


_______
⁸³ Baginya asalkan cerita bagus, maka bolehlah ia dikaitkan. dengan seseorang seperti 'Aun bin Abi Syaddaad dan lain-lain.


⁸⁴Sesetengah iman  Jarh dan Ta'dil amat keras dalam penilaian perawi-perawi. Mereka tidak mengabaikan jarh ringan yang diabaikan oleh sesetengah imam yang lain biar bagaimana sekalipun jarh yang telah dilakukan terhadap seseorang perawi itu. Perawi yang ditajrihkan tidak akan diterima terus hadits-hadits riwayatnya. Sementara orang-orang mengabaikan jarh ringan pula, tetap menerima hadits-hadits perawi yang ditajrihkan jarh ringan seperti itu.

Ada juga imam Jarh dan Taidil yang pada ketika-ketika bersikap keras, maka didha'ifkanlah perawi-perawi tertentu, Pada ketika yang lain berlembut dan bertolak ansur, maka diterimanya hadits-hadits daripada perawi yang sama.

Hafiz Ibnu Hajar berkata, lmam-iman Jarh dan Ta'diI itu ada yang keras dan sederhana, Syu'bah dan ats-Tsauri terbilang sebagai orang-orang yang keras, Namun Syu'bah dianggap lebih keras berbanding ats-Tsauri, Yahya bin Sa' id al-Qatthaan dan Ibnu Mahdi terbilang sebagai orang-orang yang sedeRhana. Namun Yahya lebih keras dari pada Ibnu Mahdi.
Yahya bin Ma'in dan Ahmad bin Hambal terbilang sebagai imam-imam yang lembut.
Yahya dianggap lebih keras daripada Ahmad bin Hambal, Abu Haatim ar-Razi juga terbilang sebagai orang-orang yang lembut, namun Abu Hatim dianggap lebih keras daripada Bukhari.


⁸⁵ Inilah contoh pertama bagi perawi yang dipertikaikan. Muhammad bin 'Amar bin 'Alqamah bin Waqqaash al-Laitsi al-Madani. Beliau adalah perawi shaduq, akan tetapi ada berlaku waham (kekeliruan) kepadanya. Beliau adalah salah seorang perawi enam kitab utama hadits. meninggal dunia pada tahun 145 Hijrah. Ketika bersikap keras Yahya bin Sa'id al-Qatthaan mengesyorkan agar riwayatnya tidak diterima. Ketika bersikap lembut pula, beliau sendiri meriwayatkan hadits daripadanya. Tentu sekalilah ada maksud dan tujuan atau maslahat di sebalik sikap lembutnya terhadap riwayat Muhammad bin 'Amar itu. Sebagaimana sedia dima'lumi, tokoh-tokoh muhaddiitsin itu kadang-kadang ada juga meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi yang tidak tsiqah kerana sebab-sebab tertentu.

⁸⁶ Bagi Yahya bin Sa' id, tidak mungkin semua riwayat diterima Muhammad bin 'Amar daripada dua orang guru itu sahaja. Bagi beliau, kata-kata perawi seperti itu menunjukkan ketidaktelitiannya.

⁸⁷ 'Abdur Rahman bin Harmalah adalah seorang perawi daripada qabilah Aslam. Dia tinggal di Madinah. Seorang perawi shaduq (yang benar) tetapi kadang-kadang melakukan kesilapan. Muslim dan keempat-empat pengarang kitab sunan yang utama (Abu Daud, Nasaa'i, Tirmidzi dan Ibnu Majah) meriwayatkan haditsnya. Tetapi Muslim mengambil hanya satu saja haditsnya sebagai riwayat mutaba'ah berhubung dengan qunut. 'Abdur Rahman bin Harmalah adalah contoh ke-dua bagi perawi yang dipertikaikan. Beliau meninggal dunia pada tahun 195H. Yahya bin Sa'id al-Qatthaan sebenarnya mendha'ifkan (menganggap dha'if) 'Abdur Rahman bin Harmalah dan beliau tidak berpuas hati dengannya. Imam Ahmad bin Hambal juga mendha' ifkan 'Abdur Rahman bin Harmalah. Hafizh Ibnu Rajab menukilkan kata-kata Ahmad tentangnya: IIS dengan maksud mendha'ifkannya. Yahya bin Ma'in pernah berkata, (tidak mengapa dengannya, riwayatnya boleh diterima) tentang 'Abdur Rahman bin Hamalah, lalu ada orang berkata kepada beliau, 'Orang-orang ada bercakap tentang ia sempat mendengar sesuatu daripada Sa'id bin al-Musaiyyab ketika kecil (adakah itu benar?)." Jawab Ibnu Ma'in, "Tidak". Ibnu Abi Khaitsamah meriwayatkan daripada Ibnu Ma' in daripada Yahya daripada 'Abdur Rahman bin Harmalah, katanya: "Dulu ingatanku teruk, lalu aku meminta kebenaran daripada Sa'id bin al-Musaiyyab untuk mencatat (riwayat), maka beliau membenarkan aku mencatat.'

⁸⁸Maksud menerima talqin ialah perawi boleh mengubah hadits yang telah diriwayatkannya semata-mata dengan mendengar cakap orang lain tentangnya. la tidak berpendirian sehingga boleh mengatakan hadits yang telah dikatanya marfu' sebagai hadits mauquf atau maqthu' apabila ada orang berkata begitu kepadanya. Begitu juga sebaliknya hadits mauquf atau maqthu' boleh saja dia berkata marfu' apabila mendengar orang berkata begitu. Perubahan pendirian bukan sahaja boleh berlaku kepadanya berhubung dengan sesuatu sanad hadits. la juga boleh berlaku pada matan hadits. Perawi yang menerima talqin tidak memelihara hadits dengan sepatutnya, kerana itu ia dianggap perawi tidak mu'tabar.

⁸⁹ Beliau ialah Syarik bin 'Abdillah an-Nakha'i al-Kufi. Syarik adalah perawi shaduq yang banyak melakukan kesilapan dalam periwayatan hadits. Setelah menjadi qadhi, ingatannya berubah teruk. Bukan sekadar itu, Ibnu Rajab bahkan berkata, setelah menjadi qadhi Syarik didapati bersifat bongkak dan sombong. Dia memperlekeh para imam dan orang-orang saleh. Ibnu Rajab seterusnya berkata, (Imam) Muslim mengemukakan haditsnya berserta perawi lain مقرونا بغيره
Imam az-Dzahabi di dalam Mizannya memperkenalkan Syarik begini:
القاضي الحافظ الصادق أحد الأئمة
(beliau adalah qadhi, hafizh, benar dan juga salah seorang imam). Ibrahim bin Sa'id al-Jauhari dilaporkan telah berkata, "Syarik telah tersalah dalam (meriwayatkan) empat ratus hadits." Ibnu Ma'in pula dinukilkan telah berkata, "Syarik adalah perawi shaduq lagi tsiqah. Tetapi kalau dia menyalahi orang lain dalam meriwayatkan sesuatu hadits, maka riwayat orang lain lebih kami suka." Imam Muslim telah waham apabila mengatakan Imam Ahmad ada mendengar riwayat daripada Syarik. Sebetulnya Imam Ahmad tidak mendengar apa-apa daripada Syarik. Apa yang tersebut di dalam Kitab al-Kuna Wa al-Asmaa' karangan Imam Muslim di bawah biografi Imam Ahmad itu sebenarnya silap. Tetapi begitulah yang terdapat di dalam semua nuskhah kitab tersebut. Berikut adalah teksnya:
(Lihat al-Kuna Wa al'Asmaa' j.1m/s 503). Syarik meninggal dunia pada tahun 177/178H.

⁹⁰  Abu Bakar bin 'Ayyaasy adalah seorang penduduk Kufah. Beliau seorang Qari yang saleh, abid lagi zahid. Abu Bakar dianggap sebagai salah seorang tokoh hadits. Setelah tua ingatannya berubah teruk. Beliau juga terkenal sebagai perawi yang banyak waham, Kitab catatannya bagaimana pun sahih. Walaupun beliau terkenal sebagai perawi yang banyak waham, Imam Bukhari ada meriwayatkan sedikit haditsnya di dalam Sahih al-Bukhari. Itulah antan sikap Bukhari yang dibantah oleh Ibnu Hibbaan. Hadits Hammaad bin Salamah tidak diterimanya, sedangkan hadits Abu Bakar bin 'Ayyaasy yang jauh lebih rendah daripadanya pula diterima. Sebenarnya riwayat-riwayat Abu Bakar bin 'Ayyaasy yang diambil oleh Bukhari itu ada mutaba'ahnya di sisi Bukhari. Riwayat-riwayatnya yang seperti itulah yang diambil oleh Bukhari menurut para ulama' yang membelanya. Abu Bakar bin 'Ayyaasy Meninggal dunia pada tahun 192H.

⁹¹ As-Sa'di al-Bashri. Seorang perawi shaduq yang sangat buruk ingatannyæ Beliau seorang yang saleh dan kuat beribadat. Bukhari meriwayatkan hadits ar-Rabi' bin Shabih di dalam Sahihnya secara ta'liq. Tirmidzi dan Ibnu Majah adalah antara tokoh hadits yang mengemukakan riwayatnya di dalam kitab masing-masing. As-Saaji mengatakan ar-Rabü bin Shabih adalah seorang perawi dha'if yang banyak waham. Ar-Rabi' bin Shabih meninggal dunia di Bashrah pada tahun 160H.

⁹² Seorang penduduk Bashrah. Beliau perawi shaduq yang sering melakukan tadlis taswiyah. Untuk menampakkan sanadnya tinggi beliau membuang nama gurunya yang dha'if atau nama-nama perawi lain yang dha'if di atasnya. Kemudian meletakkan satu perkataan yang membayangkan kemungkinan mendengarnya daripada perawi di atasnya. Bukhari hanya mengemukakan riwayatnya secara ta'liq. Pengarang-pengarang tiga kitab Sunan selain Nasaa'i juga turut mengambil riwayatnya. Syu'bah berkata, dia lebih saya suka daripada ar-Rabi' bin Shabih. Ibnu Ma'in pula mengatakan kedua-dua mereka sama-sama dha'if. Al-Mubaarak bin Fadhalah meninggal dunia pada tahun 166H.

⁹³ Kerana bagi mereka perawi-perawi itu masih mu'tabar, walaupun ingatan mereka agak lemah.

⁹⁴Suhail bin Abi Saleh adalah orang Madinah. Nama sebenar ayahnya Dzakwan. Beliau digelarkan dengan as-Sammaan (penjual / pebuat minyak sapi). Kuniahnya Abu Yazid. Seorang petawi shaduq (baik), tetapi fikirannya bercelaru dengan teruk sekali di akhir hayatnya. Sekumpulan imam hadits mempertikaikan kedudukannya dalam meriwayatkan hadits. Ibnu Abi Khaitsamah berkata, aku mendengar Yahya bin Ma'in berkata, "Ahlul hadits sentiasa memelihara diri daripada hadits Suhail." Pada kali yang lain pula apabila beliau ditanya tentang Suhail beliau berkata, "Suhail (tidak kuat)". Pada kali yang lain pula apabila beliau ditanya, beliau menjawab, "Suhail dha'if." 'Abbaas ad-Duri meriwayatkan, katanya, Yahya bin Ma'in pernah ditanya tentang hadits Suhail dan al-'Alaa' bin 'Abdir Rahmam maka Yahya menjawab, "Hadits kedua mereka lebih kurang sama. Tidak boleh dijadikan hujah." Orang-orang yang menta'dilkannya hanyalah menta'dilkannya dengan lafaz-lafaz ta'dil yang rendah sahaja. Imam Bukhari hanya meriwayatkan daripadanya berserta orang lain atau secara ta'liq sahaja. Demikian juga Imam Muslim. Suhail bin Abi Saleh meninggal dunia di zaman pemerintahan al-Manshur.

⁹⁵ Muhammad bin Ishaq adalah penduduk Madinah. Beliau perawi shaduq yang melakukan banyak sekali tadlis. Tadlis bererti menyembunyikan nama perawi lemah dan menggunakan lafaz yang membayangkan kemungkinan seseorang perawi mendengar daripada perawi di atasnya. Ibnu Ishaq dianggap sesetengah orang sebagai imam dalam bidang Maghazi. Ada ulama' menta'dilkannya dan ada juga yang mentajrihkannya. Malah segolongan muhadditsin seperti Malik, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Hisyam bin 'Urwah, A'masy dan lain-lain mentajrihkannya dengan lafaz-lafaz jarh yang teruk, seperti mereka mengatakan dia pendusta besar, dajjal dan lain-lain. Bukhari hanya meriwayatkan daripadanya secara ta'liq atau sebagai mutabasah, Muslim pula hanya meriwayatkan daripadanya secara mutaba'ah. Muhammad bin Ishaq meninggal dunia pada tahun 150H.

⁹⁶ Hammaad bin Salamah bin Dinar adalah orang Bashrah. Beliau seorang perawi abid lagi zahid. Imam Baihaqi membilangnya sebagai salah seorang imam besar omng-orang Islam. Setelah tua ingatannya tergugat. Itulah sebabnya Imam Bukhari tidak menerima haditshaditsnya.
Ibnu Rajab berkata, "Kedudukan Hammaad bin Salamah lebih tinggi daripada semua orang yang disebut oleh Tirmidzi di sini. Beliau adalah al-lmam ar-Rabbaani yang alim tentang Allah dan alim tentang perintah Allah, Hammaad bin Salamah al-Bashri. Seorang faqih yang zahid lagi abid," Imam-imam besar seperti Yahya al-Qatthaan, Ibnu Mahdi, Ibnu alMubaarak, Malik dan ats-Tsauri meriwayatkan hadits daripadanya. Malik dan ats-Tsauri adalah dua orang tokoh yang sebaya dengannya. Syu'bah pula lebih tua daripadanya. Hammaad bin Salamah adalah seorang perawi yang dikatakan tsiqah tsiqah. Beliau juga seorang yang kuat berpegang dengan sunnah. Kerana itu Ibnu Ma'in berkata tentangnya,

"Raguilah keislaman orang yang menyebut Hammaad bin Salamah dengan sebutan yang tidak baik.Orang lain sangat memujinya.
Pandangan para 'ulama' hadits tentang riwayat-riwayatnya ialah dia seorang yang paling kuat dan teguh dalam meriwayatkan hadits-hadits daripada beberapa orang guru yang dia lama bersama mereka, seperti Tsabit al-Bunaani, 'Ali bin Zaid dan lain-lain. Dalam meriwayatkan hadits-hadits daripada guru-guru yang tidak lama dia bersama mereka seperti Qataadah, Ayyub dan lain-lain pula dia lemah. Muslim mengambil agak banyak riwayat-riwayatnya. Bukhari juga mengambil riwayatnya, tetapi sebagai syahid sahaja. Sesetengah 'ulama' berpendapat, Bukhari ada mengambil satu sahaja haditsnya dalam bab Riqaaq.

Ibnu Hibbaan tidak berpuas hati dengan sikap Bukhari terhadap Hammaad bin Salamah dan beliau membantahnya kerana itu dengan katanya: "Imam Bukhari tidak berlaku adil terhadap hadits Hammaad bin Salamah apabila beliau berhujah dengan hadits Abu Bakar bin 'Ayyaasy, anak saudara az-Zuhri dan 'Abdur Rahman bin 'Abdillah bin Dinar dan memasukkan hadits-hadits mereka ke dalam Kitab Sahihnya. Sekiranya Bukhari tidak mengambil hadits-hadits Hammaad bin Salamah kerana dia ada tersalah, maka orang-orang lain yang sebaya dan sezaman dengannya seperti ats-Tsauri, Syu'bah dan lain-lain juga ada tersalah. Dan sekiranya Bukhari mengira kesalahannya banyak kerana ingatannya telah berubah (di akhir hayatnya), maka begitu juga keadaan Abu Bakar bin 'Ayyaasy. Abu Bakar jauh lagi daripada mencapai tahap Hammaad bin Salamah dalam semua segi, baik dalam keteguhan dan kemantapan ilmu, kerapian catitan atau banyak mengumpul dan ingat hadits. Malah tidak ada di Bashrah pada masa itu orang seperti Hammaad dari kalangan orang-omng yang segenerasi dengannya. Baik daripada segi kelebihan, keugamaan, ibadat, ilmu, tulisan, berpegang teguh dengan sunnah mahupun dalam kehebatan menentang ahli-ahli bid'ah. Di zaman itu tidak ada yang mencela dan memusuhi Hammaad bin Salamah melainkan golongan Mu'tazilah dan Qadariyyah atau golongan ahli bid'ah dan golongan Jahmiyyah. Semua itu tidak kerana lain melainkan kerana Hammaad bin Salamah menyatakan (kebenaran) hadits-hadits sahih yang dibantah dan ditolak oleh golongan-golongan tersebut. Hammaad bin Salamah meninggal dunia pada tahun 167H.

⁹⁷ Imam az.Dzahabi berkata tentang Muhammad bin 'Ajlaan, "Beliau adalah seorang imam yang terkenal." Al-Haakim pula berkata, "Muslim mengemukakan tiga belas haditsnya didalam Kitab Sahihnya. Semuanya sebagai riwayat syawahid. Golongan muta'akkhirun dari kalangan imam-imam kita mempertikaikannya di sudut keterukan ingatannya." Imam Bukhari pula hanya mengambil riwayatnya secara ta'liq. Kesimpulannya Muhammad bin 'Ajlaan adalah perawi shaduq, cuma dia banyak terkeliru dalam meriwayatkan hadits Abu Hurairah. Kebanyakan 'ulama' hadits mengatakan dia seorang tsiqah. Kata Ibnu Ma' in, "Dia seorang tsiqah, lebih tsiqah lagi daripada Muhammad bin 'Amar. Tiada siapa pun ragu tentang perkara ini." Kerana itu bolehlah dikatakan dia seorang perawi hadits hasan, kecuali riwayat-riwayatnya daripada Abi Hurairah. Muhammad bin 'Ajiaan meninggal dunia pada tahun 148H.

⁹⁸ Orang-orang yang membela Muhammad bin 'Ajlaan berkata, "Muhammad bin 'Ajlaan tidak menyebut nama perantara di antara Sa'id al-Maqburi dan Abu Hurairah kerana menganggap ia tidak memudharatkan isnadnya. Sanad sesuatu hadits memang akan terjejas teruk apabila ditambah perawi di dalamnya. Adapun dengan membuang seseorang perawi daripada sanad, maka paling tinggi pun menjadikan hadits itu mursal dan munqathi'. Sedangkan hadits mursal menurut mutaqaddimin adalah mu'tabar. Apa yang dikemukakan oleh Muhammad bin 'Ajlaan daripada Sa'id daripada seseorang daripada Abi Hurairah itu tidak seharusnya difahami bahawa ada seseorang perawi majhul di dalam isnad itu. Sebaliknya hendaklah difahami bahawa orang tengah di antara Sa'id dan Abu Hurairah adalah beberapa orang yang berlainan tetapi semuanya perawi mu'tabar. Beliau cuma tidak ingat secara pasti namanya. Untuk memudahkan beliau sebut saja daripada Sa'id daripada Abi Hurairah. Begitulah cerita sebenarnya menurut mereka. Orang-orang yang mempertikaikannya pula berpendapat, keadaan itu bagaimanapun tetap mengandungi keraguan. Kalau dia tidak ingat secara pasti namanya, maka ada kemungkinan juga dia tidak ingat tentang sifat orang tengah itu, sama ada ia perawi mu'tabar atau tidak!

⁹⁹Apabila disebut Ibnu Abi Laila, maka empat orang berikut berkemungkinan dimaksudkan dengannya: 
(1) Muhammad bin 'Abdir Rahman bin Abi Laila. Beliau adalah qadhi di Kufah. Dalam bidang fiqh, kedudukannya amat tinggi. Pendapat beliau banyak sekali dinukilkan di dalam kitab-kitab fiqh. Dalam bidang hadits pula dia seorang perawi shaduq, dan tidak dianggap berdusta. Banyak hadits riwayatnya. Tetapi ingatannya sangat teruk. Itulah sebabnya riwayat-riwayat beliau bermasalah. Beliau dikenali dengan Ibnu Abi Laila kecil. Beliaulah yang dimaksudkan di sini. Kata Abu Daud at-Thayaalisi, Syu'bah berkata: "Tidak pernah ku Iihat orang yang lebih teruk ingatannya daripada Ibnu Abi Laila." Yahya bin Ma'in, Ahmad bin Hambal, an-Nasaa'i dan lain-lain adalah antara tokoh hadits yang mengatakan Ibnu Abi Laila ini seorang perawi dha'if. Di dalam ke-empat-empat kitab Sunan  yang utama terdapat riwayat-riwayatnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 148H. 
(2) Ayah bagi Ibnu Abi Laila kecil, 'Abdur Rahman juga dipanggil Ibnu Abi Laila. Tetapi beliau dipanggil Ibnu Abi Laila besar, Ibnu Abi Laila ini adalah perawi tsiqah. 
(3) Saudara bagi Ibnu Abi Laila kecil, namanya 'Isa bin 'AMir Rahman. Beliau juga dipanggil Ibnu Abi Laila. 'Isa bin 'Abdir Rahman Frawi tsiqah, 
(4) Anak saudara Ibnu Abi Laila kecil, namanya 'Abdullah bin 'Isa. Dia juga dipanggil Ibnu Abi Laila. Dia juga perawi tsiqah.

¹⁰⁰ Hadits Ibnu Abi Laila berkenaan dengan bersin yang dikemukakan oleh Tirmidzi sebagai bukti idhthirab sanadnya disebabkan ingatan Ibnu Abi Laila yang teruk ialah dikemukakan oleh Timidzi sendiri di dalam Sunannya. Di dalam Kitab al-Adab di bawah tajuk: باب ما جاء كيف تشميت العاطس  Mula-mula Tirmidzi mengemukakannya melalui saluran riwayat .lbnu Abi Laila daripada Abi Ayyub, kemudian Tirmidzi mengemukakannya Pilla -melalui saluran Ibnu Abi Laila daripada 'Ali, Dengan mengemukakan dua saluran Ibnu Abi Laila itu Imam Tirmidzi menjelaskan betapa idhthirabnya sanad riwayat Ibnu Abi

Laila dalam meriwayatkan hadits berkenaan. Teks hadits riwayat Ibnu Abi Laila itu adalah seperti berikut:
حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي لَيْلَى عَنْ أَخِيهِ عِيسَى بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ أَبِي أَيُّوبَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَلْيَقُلْ الَّذِي يَرُدُّ عَلَيْهِ يَرْحَمُكَ اللَّهُ وَلْيَقُلْ هُوَ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu bersin, dia hendaklah mengucapkan: Orang yang hendak membalas ucapannya itu hendaklah berkata: الحمد لله على كل حال. Setelah itu orang yang bersin pula mengucapkan:يرحمك الله. (Hadits riwayat at-Tirmidzi). Ad-Daarimi turut meriwayatkan hadits ini melalui saluran yang sama daripada Abi Ayyub, Hadits yang hampir sama dengan lafaz hadits ini telah dikemukakan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanad yang lain daripada Abu Hurairah. (Lihat Tuhfatu al-Ahwadzij.4 m/s 4). 

Abu 'Amar Mujaalid bin Sa'id al-Hamdaani, daripada qabilah Hamdaan. Mujaalid tinggal Kufah dan tidak terbilang sebagai perawi terpilih. Selain menerima talqin, ingatan Mujaalid juga banyak terjejas di akhir hayatnya. Bukan seorang dua 'ulama' hadits yang telah mendha'ifkannya. Imam Ahmad, Yahya bin Ma'in, an-Nasaa'i, ad-Daaraquthni dan Yahya bin Sa'id al-Qatthaan adalah antara tokoh-tokoh hadits yang mendha'itkannya. Ibnu 'Adi
berkata, "Kebanyakan riwayatnya tidak mahfuz.” Imam Muslim hanya meriwaŔ haditsnya berserta perawi lain Mujaalid meninggal dunia pada tahun 144H.

¹⁰²Abu 'Abdir Rahman 'Abdullah bin Lahi'ah al-Hadhrami adalah seorang qadhi (hakim) Mesir, dan negerinya yang sebenar ialah Mesir. Ibnu Lahi'ah adalah perawi shaduq. kitab-kitabnya terbakar bersama-sama rumahnya, Ibnu Lahi'ah hanya meriwayatkan hadits berdasarkan ingatannya semata-mata. Pada ketika itu banyaklah berlaku dalam riwayat-riwayatnya.

Para 'ulama' berbeda pendapat tentang dirinya dan hadits-hadits yang diriwayatkan olehnya.

Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama berpendapat, hadits-haditsnya di peringkat awal, sebelum kitab-kitabnya terbakar lebih sahih. Antara orang yang sempat mendengar hadits daripadanya sebelum kitab-kitabnya terbakar ialah Ibnu al-Mubaarak dan al-Muqri'. Demikian kata al-Fallaas dan lain-lain. Kumpulan kedua berpendapat, hadits-haditsnya di sepanjang hayatnya sama saja. Dia seorang dha'if. Inilah pendapat yang dinukilkan daripada Yahya bin Ma' in. Ibnu Ma'in tidak menerima kitab-kitabnya telah terbakar. Beliau berkata, ”Ibnu Lahi'ah tidak boleh dijadikan hujah.” Kumpulan ketiga pula berpendapat, ”Orang-orang yang mendengar hadits daripadanya di peringkat awal dan akhir hidupnya sama saja, kecuali Ibnu Wahab dan Ibnu al-Mubaarak, kerana mereka berdua mengikut catitan kitab asalnya. Bagaimanapun dia bukanlah seorang yang boleh dijadikan hujah.” Demikianlah kata Abu Zur'ah.
Al-Jazajaani berkata, "Riwayatnya tidak layak dijadikan hujah dan diambil kira.” Kata Ibnu Hibbaan, "Aku telah memeriksa hadits-hadits Ibnu Lahi'ah, aku dapati dia melakukan tadlis daripada perawi-perawi lemah dengan mengatasnamakan orang-orang tsiqaat yang pernah dilihatnya. Dia pula tidak peduli, akan membaca apa saja yang dikemukakan kepadanya sama ada daripada haditsnya atau bukan haditsnya. Oleh sebab itu, riwayat orang-orang terdahulu (mutaqaddimin) daripadanya, sebelum kitab-kitabnya terbakar wajib dijauhi, kerana di dalamnya ada hadits-hadits yang ditadliskannya daripada perawi-perawi yang tidak diterima oleh 'ulama' Rijaal periwayatannya (المتروكين). Dan wajib juga mengelak diri daripada berhujah dengan riwayat-riwayat muta'akkhirin daripadanya selepas kitab-kitab terbakar, kerana ada di dalamnya hadits-hadits yang bukan hadits-haditsnya.”

Imam Ahmad diriwayatkan ada berkata, ”Apa yang didengar oleh tiga 'Abdul (daripada riwayatnya) bagi saya elok, iaitu Abdullah bin Wahab, 'Abdullah bin Yazid al-Muqri' dan 'Abdullah bin al-Mubaarak.”

Ibnu Wahab pula selalu berkata, "Demi Allah, orang yang benar dan baik iaitu Abdullah bin Lahi'ah telah meriwayatkan kepadaku." Antara perawi tsiqaat yang meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Lahi'ah ialah ats-Tsauri, Syu'bah, Malik, 'Amar bin al-Haarits dan Laits bin Sa'ad. Ibnu 'Adi pula berkata, "Dia seorang yang hasan (elok) haditsnya, boleh ditulis haditsnya.” Muslim bagaimanapun hanya mengemukakan haditsnya sebagai mutaabl bagi 'Amar bin al-Haarits. Bukhari dan an-Nasaa'i pula apabila menyebut isnad yang terdapat di dalamnya Ibnu Lahi'ah dan perawi-perawi lain, akan menyebut dengan terang nama orang lain tetapi nama Ibnu Lahi' ah tidak disebut mereka secara terang.
Abdullah bin Lahi'ah meninggal dunia pada tahun 174H ketika berumur lebih lapan tahun.


¹⁰³ Kesimpulannya ialah ke-tiga-tiga belas orang perawi yang telah disebut oleh Tirmidzi itu jika bersendirian dalam meriwayatkan sesuatu hadits dan tidak ada sesiapa pula menjadi mutabi'nya, maka riwayatnya tidak boleh dijadikan hujah. Kedudukan mereka sama seperti kedudukan Ibnu Abi Laila yang disebutkan oleh Imam Ahmad, bahawa riwayatnya tidak boleh dijadikan hujah. Lagilah tidak boleh dijadikan hujah jika didapati perawi tidak ingat sanadnya, dengan ia umpamanya menambahkan perawi atau mengurangkannya, atau ia menukar sanad, atau ia membawa sesuatu perkataan di dalam matan hadits yang menyebabkan berubah ma'nanya.

Peringatan: Tiga belas perawi yang dikemukakan oleh Tirmidzi itu hanyalah sebagai contoh sahaja. Terdapat ramai lagi perawi yang mempunyai sifat yang sama dengan mereka. Kedudukan riwayatnya juga sama dengan riwayat orang-orang yang tersebut itu.

Antara mereka ialah:
[14] Syahru bin Hausyab al-Asy'ari as-Syami. Ramai sekali tokoh-tokoh besar di kalangan Salaf mengatakan dia tsiqah. Ahmad dan Yahya bin Ma'in adalah antara tokoh yang mentautsiqkannya. Masalahnya ialah dia selalu meriwayatkan hadits-hadits yang tidak ada siapa pun meriwayatkannya. Kata Hafizh Ibnu Hajar, "Dia perawi shaduq yang banyak melakukan irsaal dan banyak waham (keliru). Daripada thabaqah ke-3. Meninggal dunia pada tahun 112H.

[15] Laits bin Abi Sulaim. Seorang perawi dha' if dan tidak kuat. Imam Ahmad berkata, "Laits seorang perawi yang tidak tetap haditsnya tetapi ramai orang meriwayatkan hadits daripadanya Ibnu Hibbaan pula berkata, "Di akhir hayatnya fikirannya bercelaru." Laits meninggal dunia pada tahun 148H.

[16] Yazid bin Abi Ziad al-Kufi. Seorang perawi shaduq yang banyak waham. Di akhir hayatnya Yazid menjadi nyanyuk, sehingga dia menerima talqin orang. Bukhari berkata, "Perawi munkarul hadits." Nasaa'i pula berkata, "Dia adalah perawi matrukul hadits (haditsnya tidak diterima). Yahya berkata, "Perawi tidak kuat dan tidak boleh dijadikan hujah." Ibnu al-Mubaarak berkata, "Buang saja haditsnya." Yazid Meninggal dunia pada tahun 136H.

[17] 'Abdul Malik bin 'Umair bin Suwaid al-Lakhmi al-Kufi. Seorang perawi tsiqah dan terkenal. Abu Haatim berkata, "Tidak hafizh, ingatannya berubah." Ahmad berkata, "Terlalu
dha'if, dan banyak melakukan kesilapan.” Yahya bin Ma'in berkata, "Fikirannya bercelaru” 'Abdul Malik meninggal dunia pada tahun 136H ketika berumur seratus tiga tahun.
[18] Dan lain-lain.

¹⁰⁴ Perbuatan meringkaskan hadits dalam istilah muhadditsin dipanggil ”Kharm”, dan hadits yang diringkaskan pula dipanggil hadits makhrum dan hadits mukhtasar. Kharm dibenarkan dengan syarat ma'na hadits tetap terpelihara dan beberapa syarat lain. Imam Bukhari dan Timidzi adalah antara tokoh hadits Yang membenarkannya dan banyak menggunakannya di dalam kitab-kitab mereka.



***
Imam Tirmidzi akan mengemukakan 13 orang perawi mutakallam fih متكلم فيه.
[1] Muhammad bin 'Amar
[2]'Abdur Rahman bin Harmalah.
[3] Syarik,⁸⁹ 
[4] Abu Bakar bin Ayyaasy,⁹⁰
[5] ar-Rabi' bin Shabih⁹¹ dan juga 
[6] al-Mubaarak bin Fadhalah.⁹²
[7] Suhail bin Abi Saleh,⁹⁴ 
[8] Muhammad bin Ishaq,⁹⁵ 
[9] Hammaad bin Salamah,⁹⁶
[10] Muhammad bin 'Ajlaan⁹⁷
[11] Ibnu Abi Laila.⁹⁹
[12] Mujaalid bin Sa' id, ¹⁰¹ 
[13] 'Abdullah bin Lahi'ah ¹⁰²

Tiada ulasan:

Catat Ulasan