Rabu, Mac 30, 2022

Tafsir nota baca 0011(0214-0215)

Tafsir nota baca 0011(0214-0215)

Tafsir nota 0011(0214)

Al-Baqarah 2:206
وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتْهُ ٱلْعِزَّةُ بِٱلْإِثْمِۚ فَحَسْبُهُۥ جَهَنَّمُۚ وَلَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ 

Al-Baqarah 2:207
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشْرِى نَفْسَهُ ٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ رَءُوفٌۢ بِٱلْعِبَادِ 

Al-Baqarah 2:208
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 
Al-Baqarah 2:209
فَإِن زَلَلْتُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْكُمُ ٱلْبَيِّنَٰتُ فَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 

Al-Baqarah 2:210
هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن يَأْتِيَهُمُ ٱللَّهُ فِى ظُلَلٍ مِّنَ ٱلْغَمَامِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَقُضِىَ ٱلْأَمْرُۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرْجَعُ ٱلْأُمُورُ 
Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbullah kesombongannya untuk (terus) melakukan dosa (yang dilakukannya).³⁴⁴ Oleh itü padanlah baginya (balasan) neraka jahannam, dan demi sesungguhnya, ia (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. [206].
Dan ada di antara manusia orang yang sanggup mengorbankan dirinya (dengan mentaati Allah) kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas kasihan akan hamba-hambaNya. [207].
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam semua sekali;³⁴⁵ dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan (dengan menderhakai Tuhan ar-Rahman); sesungguhnya Syaitan itü adalah musuhmu yang amat nyata.³⁴⁶ [208].
Oleh itu jika kamu tergelincir juga (dengan melakukan ma' shiat) setelah datang kepadamu keterangan-keterangan yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. [209].
Tiada yang mereka (orang-orang yang ingkar itu) nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan,³⁴⁷ dan diselesaikan terus perkara (yang diperselisihkan di dunia ini juga)! Padahal hanya kepada Allah dikembalikan segala perkara.³⁴⁸ [210].

______________
³⁴⁴ Ia memandang orang-orang İslam yang menasihatinya begitu sebagai orang-orang yang hina, lekeh dan tidak setaraf dengannya. Bagaimana ia akan menerima nasihat mereka?! Jiwa mereka yang sombong itü digambarkan oleh Allah melalui firmanNya ini:
Al-An'am 6:53
وَكَذَٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لِّيَقُولُوٓا۟ أَهَٰٓؤُلَآءِ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنۢ بَيْنِنَآۗ أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَعْلَمَ بِٱلشَّٰكِرِينَ 
Bermaksud: Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya-raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalü mereka (orang-orang yang kaya itu) berkata (terhadap orang-orang fakir miskin yang beriman). Inikah orangnya yang telah dikurniakan ni'mat oleh Allah kepada mereka  di antara orang-kita?”(Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?"

³⁴⁵ dengan mematuhi segala hükum dan ajarannya. Jangan pula kamu hanya mengambil daripadanya mana yang dirasakan sesuai dengan kepentingan dan hawa nafsümu. Kerana dengan begitu bererti kamu telah menurut jejak langkah Syaitan yang merupakan musuhmu yang amat nyata. 

³⁴⁴  Untuk mengingatkan manusia bahawa Syaitan itü adalah musuhnya yang amat nyata, Allah telah menyebutkan perkataan  عَدُوٌّ مُّبِينٌ (musuh yang amat nyata) sebanyak tujuh kali di dalam al-Qur'an. Dan pada setiap tempat itu kenyataan tersebut diperkuatkan dengan perkataan (sesungguhnya). Oleh kerana Syaitan itu musuh ketat manusia, maka Allah selalu berpesan supaya manusia tidak menurut jejak langkalmya. Mereka sebaliknya diperintah supaya menjadikan Syaitan itu sebagai musuh juga. Allah berfirman:
Fatir 35:6
إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا يَدْعُوا۟ حِزْبَهُۥ لِيَكُونُوا۟ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ 
Bermaksud: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh kpdmu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Faathir:6).

³⁴⁷Demikianlah cabaran dan tuntutan orang-orang kafir terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Mereka tidak mahu beriman selagi tidak dapat Tuhan dan malaikat sendiri turun kepada mereka, seperti dinyatakan oleh Allah menerusi firmanNya ini: 
Al-Furqan 25:21
وَقَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا لَوْلَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ أَوْ نَرَىٰ رَبَّنَاۗ لَقَدِ ٱسْتَكْبَرُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ وَعَتَوْ عُتُوًّا كَبِيرًا 
Bermaksud: Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau (mengapa) kita (tidak) dapat melihat Tuhan kita?" Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas (dalam melakukan) kezaliman. (al-Furqaan:21).

³⁴⁷  Orang-orang kafir mencabar Nabi Muhammad s.a.w. dengan berkata: "Kalau benar da'waanmu, kenapa Tuhan dan para malaikatNya sendiri tidak datang kepada kami dan menyuruh kami supaya beriman? Kenapa tidak diselesaikan di dunia ini saja segala perselisihan yang telah berlaku di antara mereka dan orang-orang Islam? Kenapa tidak dihukum terus mereka di dunia ini dan orang-orang Islam pula terus diberikan ganjaran di Sini?" Ayat ke-210 ini sebenarnya menjawab cabaran mereka itu, bahawa taqdir Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat ujian dan cubaan. Kunci sebenar kejayaan manusia dalam menghadapi ujian dan cubaan semasa hidup mereka di dunia ialah percaya kepada perkara ghaib (إيمان بالغيب). Jika Allah, para malaikat dan perkara-perkara ghaib yang Iain dapat disaksikan dengan mata kepala di dunia ini, maka tiada erti lagi ujian itu. Keadaan seperti itu hanya akan berlaku pada hari pembalasan setelah tamatnya riwayat kehidupan di dunia. Hanya pada hari itulah segala perkara dikembalikan kepada Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan