Jumaat, Mac 11, 2022

Tafsir nota 0010(0207)

Tafsir nota 0010(0207)

korban atau tidak mampu), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap di (sekitar) Masjid Al-Haraam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah sangat berat siksaanNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). [196]
(Musim) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum.³²⁹ Oleh yang demikian, sesiapa yang telah menetapkan niatnya hendak mengerjakan haji dalam bulan-bulan itu, maka tidak boleh mencampuri isteri,³³⁰ tidak boleh membuat ma'shiat,³³¹ dan tidak boleh bertengkar³³² dalam masa mengerjakan 'ibadat

______________________
Allah juga berfirman:
Al-Anbiya 21:13
لَا تَرْكُضُوا۟ وَٱرْجِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَآ أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَٰكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْـَٔلُونَ 
Bermaksud: (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepadamu, dan ke tempat -tempat tinggalmu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku.”

³²⁹   Berdasarkan Sunnah Nabi s.a.w., bulan-bulan haji itu ialah Syawwaal, Dzulqa'dah dan sepuluh hari di permulaan bulan Dzulhijjah.

³³⁰  Maksudnya ialah ia tidak boleh melakukan hubungan kelamin atau hubungan seks dengan isterinya. Kerana Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ .....
Bermaksud: Dihalalkan kepadamu, pada malam hari puasa, bercampur (mengadakan hubungan kelamin) dengan isteri-isterimu. (al-Baqarah: 187). 

³³¹ Apa-apa ma'shiat sekalipun. Kerana Allah berfirman:

Al-Baqarah 2:282
 وَلَا يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌۚ وَإِن تَفْعَلُوا۟ فَإِنَّهُۥ فُسُوقٌۢ بِكُمْۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan jika kamu lakukannya, maka sesungguhnya itulah perbuatan fasik (ma' shiat) yang ada padamu. (al-Baqarah:282).

³³² Allah berfirman di dalam Surah al-%Ankabuut ayat ke-46:
Al-'Ankabut 29:46
وَلَا تُجَٰدِلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنْهُمْۖ وَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا بِٱلَّذِىٓ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَأُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمْ وَٰحِدٌ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ 
Bermaksud: Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah (kepada mereka): "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan hanya kepadaNya kami berserah diri.” (al-'Ankabuut:46).

207

Tiada ulasan:

Catat Ulasan