Jami' Al-Tirmizi 0011
enam bab. Kitab asy-Syama’il ini disyarah oleh ramai `ulama’ yang datang kemudian. Antara syarahnya ialah:
(1) Kitab Jam`ul Wasa’il oleh Mulla `Ali al-Qari.
(2) Al-Mawaahib Al-Ladunniyyah oleh Syaikh Ibrahim al-Mishri al-Baajuri.
(3) Duraru al-Fadhaa’il Fi Syarhi asy-Syamaa’il oleh `Alimuddin al-Qinnauji.
(4) Bahjatu al-Mahaafil oleh as-Syeikh Abu al-Imdaad Ibrahim al-Laqqani al-Maliki.
(5) Asyrafu al-Wasaa’il oleh Hafiz Syihabuddin Ahmad bin Hajar al-Makki.
(6) Syarh asy-Syamaa’il (dalam bahasa `Arab dan Farsi) oleh Syeikh Muslihuddin Muhammad bin Salah bin Jalaal.
(7) Syarh asy-Syamaa’il oleh `Ishaamuddin Ibrahim bin Muhammad al-Isfiraaini.
(8) Syarh asy-Syamaa’il oleh Syeikh `Abdur Rauf al-Munaawi.
(9) Zahru al-Hamaa’il `Ala asy-Syamaa’il oleh Imam Jalaluddin as-Suyuthi.
(10) Hasyiah Maulana Ahmad `Ali Saharanpuri.
(11) Khasha’il Nabawi (terjemahan dan hasyiah asy-Syamaa’il dalam bahasa Urdu) oleh Maulana Muhammad Zakariya al-Kandhlawi dan lain-lain lagi.
Pengenalan Kitab Jaami` Atau Sunan At-Tirmizi
Kitab yang telah melonjakkan Imam Tirmizi ke puncak kemasyhuran ialah kitab hadits susunan beliau yang dikenali dengan beberapa nama.
(1) Jaami` at-Tirmizi.
(2) Sunan at-Tirmizi.
(3) Al-Jaami` al-Kabir.
(4) Al-Jaami` as-Sahih.
(5) Sahih at-Tirmizi.
Antara lima nama ini nama yang pertamalah yang paling popular dan paling tepat untuknya. Nama kedua iaitu Sunan at-Tirmizi sering juga diguna para `ulama’. Ia diterima mereka berdasarkan penggunaan qaedah ال ال وذرادة الجاهء ذتاالا . Kewajaran kitab itu dinamakan dengan Sunan ialah kerana ia dimulakan dengan perbahasan-perbahasan fiqh dan sebahagian besar kandungannya menyerupai susunan kitab Feqah. Namun ia tidaklah setepat nama pertama tadi. Justeru kitab jaami` bererti kitab hadits yang menghimpunkan lapan topik utama kandungan hadits-hadits Rasulullah s.a.w, iaitu Sirah, Adab, Tafsir, Aqidah, Fitan, Ahkam, Asyratus Sa`ah (tanda-tanda
kiamat) dan Manaqib (kelebihan dan keutamaan para nabi dan para sahabat).⁸
Dilihat dari sudut ini nama Jaami` adalah nama yang paling tepat untuk kitab Tirmizi itu. Kata as-Suyuthi, Al-Hakim menggunakan nama Al-Jaami` as-Sahih untuk Sunan
_____________
8 Pada hemat penulis, kitab Jaami` itu bukan sekadar mengandungi lapan topik utama yang dikemukakan di atas itu sahaja. Ia bahkan mengandungi juga topik-topik lain yang tidak kurang pentingnya daripada topik-topik tersebut itu. Seperti Kitab at-Thib, Kitab al-Imaarah dan lain-lain lagi.
11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan