Khamis, April 07, 2022

Jami' Al-Tirmizi 0009

Jami' Al-Tirmizi 0009

Rasulullah s.a.w. dan bukan juga beliau menganggapnya haram, tetapi sekadar mengesyorkan langkah terbaik untuk Mughirah. 
(4) Imam Tirmizi berpendapat larangan yang terdapat di dalam hadits tadi adalah untuk suatu tempoh atau keadaan tertentu sahaja di permulaan Islam. Ia bukan untuk selama-lamanya. Larangan itu sebenarnya ada kaitan dengan `aqidah orang-orang Kristian yang mempercayai Nabi `Isa mempunyai bapa. Oleh itu apabila panggilan Abu `Isa digunakan, perhatian orang ramai akan tertarik kepada (kewujudan) bapa Nabi `Isa. Keadaan ini seolah-olahnya 
menghidupkan kepercayaan mereka di samping menentang taqdir dan kekuasaan Allah s.w.t. Jadi, larangan Nabi menggunakan panggilan tersebut adalah untuk 
menghapuskan kepercayaan bahawa Nabi `Isa mempunyai bapa dan agar tidak terlintas langsung di benak umat Islam bahawa Nabi `Isa mempunyai bapa. Setelah kepercayaan ini berjaya dihapuskan daripada pemikiran umat Islam dan teguh pula kepercayaan bahawa Nabi `Isa tidak mempunyai bapa, larangan tadi tidak perlu dipakai lagi. 
(5) Sesetengah `ulama’ mengatakan, hadits yang dikemukakan oleh Ibnu Abi Syaibah itu tidak jelas melarang penggunaan nama panggilan Abu `Isa oleh 
seseorang. Sabda Rasulullah s.a.w. إن عِيسِى لَا أَب لَه
Sesungguhnya `Isa tidak mempunyai bapa itu selain menyatakan hakikat sebenar Nabi `Isa, ia juga mengandungi unsur gurauan benar Baginda. Keadaannya tak ubah seperti kata-kata Baginda s.a.w. kepada orang yang hendak menumpang unta Baginda s.a.w., bahawa saya akan menumpangkan awak menaiki anak unta. Orang itu lantas bertanya: 
“Bagaimana saya nak naik anak unta wahai Rasulallah? Baginda s.a.w. membalas pertanyaan orang itu (secara bergurau tetapi benar) dengan bertanya kembali: 
“Bukankah unta-unta yang ada ini juga anak unta?
 (Lihat Jaami` at-Tirmizi di bawah Bab Gurauan). 
Mungkin sekali Saiyyidina `Umar telah salah faham terhadap gurauan Rasulullah s.a.w. Disangkanya dengan bersabda begitu, Rasulullah mahu melarang orang daripada menggunakan nama panggilan Abu `Isa! 
(6) Imam Tirmizi sebenarnya mengetahui bahawa tidak ada satu pun hadits marfu`, muttashil, sahih dan terang 
tentang larangan mengguna nama panggilan Abu `Isa. Hadits pertama yang dikemukakan oleh Ibnu Abi Syaibah tadi mursal. Hadits mursal seperti ini adalah dha`if. Sementara yang kedua pula adalah mauquf. Hadits mauquf seperti ini tidak termasuk dalam mauquf fi hukmi al-marfu`. Hakikatnya diketahui oleh setiap orang yang mempelajari ilmu hadits. Selain itu di dalam isnadnya terdapat `Abdullah bin `Umar bin Hafsh al-`Umari, seorang perawi dha`if. Seorang pakar hadits seperti Tirmizi tidak akan terpengaruh dengannya. Maka perbuatan beliau memakai nama

9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan