Jami' Al-Tirmizi 0014
pasti identitinya. Ini kerana seringkali didapati beberapa orang perawi mempunyai nama yang sama. Dengan menyebutkan kuniah (nama panggilannya) dan laqab (nama gelaran) masing-masinglah, mereka dapat dibezakan.
(5) Melalui kitab ini keupayaan dan kedudukan perawi-perawi dapat dikenal pasti, sama ada ia boleh dipercayai atau tidak. Kelebihan dan kekurangan mereka juga dapat diketahui apabila Imam Tirmizi mengemukakan pendapat tokoh-tokoh Rijaal hadits yang mengkredit dan
mendiskreditkan mereka.
Ibnu as-Shalah, an-Nawawi dan as-Suyuthi berpendapat, Jaami` at-Tirmizi adalah kitab yang amat berfaedah kerana ia merupakan kitab asas untuk mengetahui dan
mengenali hadits-hadits hasan. Tirmizilah orang yang mula-mula memperkenalkan hadits hasan dengan ma`na yang berbeza daripada yang pernah diperkenalkan oleh
tokoh-tokoh hadits yang lain. (Lihat as-Suyuthi - Tadrib ar-Raawi j.1 m/s 166, al-Qaasimi - Qawaa`idu at-Tahdits j.1 m/s 56, al-Munaawi - al-Yawaqit Wa ad-Durar j.1 m/s 409).
Hafiz Muhammad bin Thahir al-Maqdisi mengisahkan bahawa pernah disebut kitab Jaami` at-Tirmizi di hadapan Imam Abu Ismail Abdullah bin Muhammad al-Anshari ketika beliau di Hirat. Kata beliau, bagi saya Jaami` Tirmizi lebih berguna daripada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kerana kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim itu hanya dapat difahami dan diambil manfa`at daripadanya oleh orang yang betul-betul `alim. Sedangkan kitab Abu `Isa (Jaami` Tirmizi) itu pula mampu difahami dan dicapai ilmunya oleh semua lapisan masyarakat.
(Lihat Maulana Dr. Taqiyuddin Nadwi - Muhadditsin Izaam m/s 219).
Tujuan Kitab Jaami` At-Tirmizi Ditulis.
Boleh dikatakan setiap pengarang kitab hadits mempunyai maksud dan tujuan tersendiri bilamana mereka membuat keputusan menghasilkan sesebuah karya.
Begitulah juga dengan Imam Tirmizi. Beliau juga tidak terkecuali mempunyai motif dan sebab yang mendorongnya mengarang kitab ini. Untuk menghasilkan sesebuah karya yang cukup istimewa, karya itu perlulah ada kelainan. Ia semestinya unik dan tidak berkumpul dalam suatu lingkaran yang sama. Malah jika keunikan dan
keistimewaan itu belum pernah diketahui dihasilkan sepanjang sejarah atau tidak
14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan