Khamis, April 07, 2022

Jami' Al-Tirmizi 0016

Jami' Al-Tirmizi 0016

tetapi diriwayatkan oleh perawi yang berlainan. Tujuan Imam Tirmizi hampir sama dengan tujuan Imam Muslim dalam hal ini, akan tetapi caranya berbeza sekali. Pada 
ketika Imam Muslim bertungkus-lumus mengemukakan sesuatu hadits dengan perawi-perawinya yang berlainan, menjadikan sesuatu topik perbincangan panjang 
lebar dan berjela-jela, Imam Tirmizi pula mengemukakan hanya satu hadits dan kemudian menggunakan satu istilah yang mengisyaratkan kepada wujudnya hadits 
yang sama atau hampir sama ma`nanya, tetapi melalui tariq (saluran riwayat) yang berlainan. Istilah yang digunakannya ialah “وفي الباب.“ 

Misalnya selepas mengemukakan satu hadits di bawah sesuatu bab yang diadakan, Imam Tirmizi  berkata 
وفي الباب عن أَبِي سَعِبدٍ وَجَبِرٍ
“Dengan kata fil bab itu beliau sebenarnya mengisyaratkan kepada wujudnya hadits-hadits lain yang juga ada kaitan dengan bab yang sedang dibicarakan. Hadits-hadits itu mungkin boleh ditemui di dalam kitab beliau sendiri atau di dalam kitab-kitab hadits yang lain. 

Menerusi pendekatan ini keistimewaan khusus yang terdapat di dalam kitab Sahih Muslim juga boleh 
diperolehi di dalam Jaami` Tirmizi, tetapi dengan cara yang cukup ringkas. 

Keistimewaan dan kelebihan yang ada di dalam kitab ini lebih menonjol bilamana Imam Tirmizi menarafkan setiap hadits yang dikemukakannya. Tidak dapat dinafikan 
usaha ini adalah sesuatu yang cukup bermanfa`at kepada para penuntut dan pengkaji hadits. Bukan sekadar itu sahaja, apabila sesuatu hadits itu tidak sahih maka Imam 
Tirmizi akan menerangkan punca kenapa ia dikatakan tidak sahih. 

Contohnya Imam Tirmizi akan melabelkan sesuatu hadits dengan gharib kerana di dalam sanad hadits itu terdapat seseorang perawi yang dianggap dha`if oleh beliau. Kaedah yang diguna pakai oleh Imam Tirmizi ini secara tidak langsung melatih dan membiasakan mereka yang baru menceburkan diri di lapangan pengajian hadits dengan taraf dan kedudukan seseorang perawi. 

Antara ciri khusus yang menjadikan kitab ini lebih istimewa ialah adanya pendedahan oleh Imam Tirmizi tentang mazahib fuqaha’ dari kalangan sahabat, tabi`in dan tab`i at-tabi`in. Lebih dari itu, mazhab-mazhab `ulama’ di negeri-negeri tertentu bahkan di kawasan-kawasan tertentu juga ada disenaraikan. 

Faedah yang diperolehi daripada pendedahan seperti itu ialah kita dapat mengenal pasti dan mengetahui apakah perbezaan asasi di antara satu mazhab dengan satu mazhab yang lain. Di samping dapat juga mengetahui perkembangan fiqh di sudut sejarahnya.

16


Tiada ulasan:

Catat Ulasan