Sabtu, April 30, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 102(313-320)20s

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 102(313-320)20s
20/3/22

٥٤ -باب مَا جَاءَ (باب الأحاديث التى وصلت إلينا من النبى الله عليه وسلم في) فِي نَضْحِ بَوْلِ الْغُلاَمِ قَبْلَ أَنْ يَطْعَمَ: 

54 - Bab Merenjisi Air Pada Air Kencing Bayi Laki-Laki Sebelum Ia Makan (Makanan Selain Susu Ibu). 

٧١ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَأَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ قَالَتْ دَخَلْتُ بِابْنٍ لِي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَّهُ عَلَيْهِ 

قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَعَائِشَةَ وَزَيْنَبَ وَلُبَابَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ وَهِيَ أُمُّ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبِي السَّمْحِ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَأَبِي لَيْلَى وَابْنِ عَبَّاسٍ 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِثْلِ أَحْمَدَ وَإِسْحَقَ قَالُوا يُنْضَحُ بَوْلُ الْغُلَامِ وَيُغْسَلُ بَوْلُ الْجَارِيَةِ وَهَذَا مَا لَمْ يَطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا
(Sanad atau isnad)
71 - Qutaibah dan Ahmad bin Manī` meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada az-Zuhri daripada `Ubaidillah bin `Abdillah bin `Utbah 

(👉Dengan sanadnya  Imam Tirmizi meriwayatkan)

daripada Ummi Qais binti Miĥshan,⁶³⁸ kata beliau: “Aku masuk menemui Nabi s.a.w. dengan membawa bersama anak laki-lakiku⁶³⁹ yang belum makan makanan (masih bayi),⁶⁴⁰ tiba-tiba anakku mengencinginya. Maka Nabi s.a.w. pun meminta supaya diambilkan air, lalu Baginda merenjiskan air itu pada air kencingnya.”⁶⁴¹ 


Beliau (Tirmizi) berkata: “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Ali,⁶⁴² Aisyah,⁶⁴³ Zainab,⁶⁴⁴ Lubābah⁶⁴⁵ binti al-Harits, iaitu Ummu al-Fadhl bin `Abbās bin `Abdil Mutthalib, Abu as-Samĥ,⁶⁴⁶  Abdullah bin `Amar,⁶⁴⁷ Abu Laila⁶⁴⁸ dan Ibnu `Abbās.⁶⁴⁹

(Imam Tirmizi buat komentar terhadap hadits yang dikemukakan ini. Dari sini ulamak boleh mengesan pendapat Imam Tirmizi)
Ini pendapat bukan seorang ahli ilmu, baik dari kalangan sahabat Nabi s.a.w., Tābi`īn atau orang-orang setelah mereka, seperti Ahmad dan Ishaq(bin Rahawih atau Rohuyah). Mereka berkata: “Air kencing anak laki-laki itu(memadai) direnjis, sedangkan air kencing anak perempuan pula dibasuh, ini jika keduanya belum makan, jika keduanya telah makan, maka kedua-duanya dibasuh.”⁶⁵⁰

Minit 12
- tindakan imam Tirmizi yang dilihat dari komentarnya, jika dia tak buat tajuk lain maka itulah pilihannya


٥٤ -باب مَا جَاءَ (باب الأحاديث التى وصلت إلينا من النبى الله عليه وسلم في) فِي نَضْحِ بَوْلِ الْغُلاَمِ قَبْلَ أَنْ يَطْعَمَ: 
54 - Bab Merenjisi Air Pada Air Kencing Bayi Laki-Laki Sebelum Ia Makan (Makanan Selain Susu Ibu). 

-perkataan مَا pada باب مَا جَاءَ adalah mausul ada 2 bahagian.
Ini  مَا   ma mausul ismi musytarok.
- belum makan قَبْلَ أَنْ يَطْعَمَ, sebab itu diterjemah الْغُلاَمِ dengan bayi.
-perkataan الْغُلاَمِ kadang2 diguna untuk dewasa iaitu penggunaan sebagai majaz. Sebab orang tua asalnya  الْغُلاَمِ dulu.
-sebagai bahasa kiasan boleh dipanggil sheikh  sebab ambilkira dia boleh akan jadi sheikh jika panjang umur.
Minit 36
- bayi, kanak2, remaja, dewasa...bahasa arab lebih terperinci lagi peringkat2 ini.
- dalam perut dipanggil janin
- dilahirkan  sehingga habis menyusu panggil sobil (jamaknya sibyan)
- dari lepas menyusu sehingga 7 tahun dipanggil ghulam.
Tetapi dalam hadits ini diguna الْغُلاَمِ untuk bayi yang sedang menyusu, boleh juga mengambilkira yang sebelumnya.
-10tahun dipanggil yaafik.
-15tahun dipanggil tazawanu.
-25tahun dipanggil qumud
-25-30tahun dipanggil alamtengah
-40tahun dipanggil sumul
-40-50 tahun dipanggil kahlun
-50-80tahun dipanggil sheikh
->80 tahun dipanggil himm....hafiz ibnu hajar
-boleh bc sendiri untuk dapat lebih 
- nikmat baca quran dan hadits dengan faham alangkah ! Tidak buta bahasa arab.

-Qutaibah dan Ahmad bin Manī` meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada az-Zuhri daripada `Ubaidillah bin `Abdillah bin `Utbah ...sudah ada tentang perawi2 


Hani baca dari Gombak.
_____________
⁶³⁸ Biodata Ummu Qais Binti Miĥshan Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fatĥul Bāri menukilkan kata-kata Ibnu `Abdil Barr bahawa nama sebenar Ummu Qais ialah Judzāmah. As-Suhaili dan Abul Qāsim al-Jauhari pula berkata, nama sebenarnya ialah Aaminah. Ummu Qais adalah adik beradik `Ukāsyah bin Miĥshan al-Asadi. 
-sahabat yang masyhur,minta ter
- 7000 orang masuk syurga..Ukasyah telah dapat mendapat sebelumnya.orang lain sudah tidak boleh selepas nya
minit 54
Beliau termasuk salah seorang wanita yang memeluk agama Islam di Mekah pada peringkat awal (di zaman Nabi s.a.w.). Beliau juga terbilang sebagai salah seorang sahabat wanita Nabi s.a.w. yang berhijrah ke Madinah di peringkat awal. 
Di dalam Sahih Bukhāri dan Sahih Muslim tidak ada haditsnya selain hadits ke-71 ini dan satu lagi hadits di dalam Kitab at-Thib. Kedua-dua haditsnya mengisahkan 
tentang anaknya. Boleh dikatakan kebanyakan pengarang kitab-kitab utama hadits mengambil haditsnya. Tetapi haditsnya yang diambil oleh Tirmidzi untuk Kitab 
Sunannya hanya satu ini sahaja.
- dia termasuk assabiqunalawalun .
At-Taubah 9:100
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلْأَوَّلُونَ مِنَ ٱلْمُهَٰجِرِينَ وَٱلْأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَٰنٍ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى تَحْتَهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًاۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ 
Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan mereka pun ridha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.

- telah istihar Allah redha
وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَٰنٍ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ
-salah seorang yang meriwayatkan hadits darinya maulanya 
- Islam tidak nak memperhambakan manusia.
- kaffarah juga memerdekakan hamba.
- tuan yang memerdekakan berhak mendapat pusaka.
- Nabi saw ada 100orang hamba. Ini sangat kaya.  Pilih akhirat dengan memerdekakan hamba, yg dipanggil mawali.
-dari satu kitab
- hilang akal jgn mandikan anakku dengan air sejuk nanti dia mati..sebab sedih sangat.
-Ukasyah mengadu
- nabi saw dtg dan kata (doakan) panjanglah umurnya.
- maulanya kata Umur Ummi Qoais , 100 tahun.
- tetapi hadits yang ceritakan tentang Umi Qoais itu lemah dan ada dalam sunan nasaei , sebab perawinya abu hasan majhul sebab itu mmay tak bawakan hadits itu
1jam 5minit
- hadits, untuk sekadar cerita anaknya mati sudah boleh dipakai .
- hadits juga menunjukan perhubungan  nabi saw atau sahabat dengan perempuan, sehingga membawa atau menceritakan tentang hal anaknya .
-kejauhan perhubungan menyebabkan banyak penyelengangan yang berlaku.



⁶³⁹ Anak laki-laki Ummu Miĥshan ini kemudiannya mati ketika masih kecil lagi semasa hayat Rasulullah s.a.w. Namanya tidak diketahui. Demikian kata hafiz ibnu hajar. 

⁶⁴⁰ Yang dimaksudkan dengan “belum makan makanan” di sini ialah anak itu belum makan sesuatu sebagai makanan yang mengenyangkannya selain susu ibu, tamar semasa ditaĥnīkkannya dan madu yang diberikan kepadanya sama ada sebagai ubat atau untuk tujuan yang lain. Pendek kata tidak ada makanan lain yang mengenyangkannya selain susu ibu. 
Inilah kesimpulan daripada kata-kata Imam an-Nawawi di dalam Syaraĥ Muslim dan Syaraĥ Muhadzdzab. Demikian juga disebutkan oleh hafiz ibnu hajar, ibnu Qudāmah 
dan lain-lain `ulama’.Kata ibnu at-Tīn, “Mungkin maksud Ummu Miĥshan dengan katanya: “anak laki-lakiku yang belum makan makanan” itu ialah anaknya belum makan sesuatu sebagai makanan yang mengenyangkannya selain susu ibu. Mungkin juga dia membawa anaknya kepada Nabi s.a.w. ketika ia baru dilahirkan untuk ditaĥnik oleh Baginda s.a.w. Kalau benar kemungkian kedua ini, maka penafiannya bererti umum, iaitu ia memang belum makan apa-apa selain susu ibunya.” 

Fatimah baca

⁶⁴¹ Di dalam riwayat Muslim tersebut begini:
 فَلَمْ يَزِدْ عَلَى أَنْ نَضَحَ بِالْمَاءِ 
Maksudnya :“Tidak ada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selain merenjiskannya.”

Ini bererti Nabi s.a.w. tidak membasuhnya seperti membasuh najis-najis yang lain.

Inti Sari Hadits:
(1) Hadits ini menunjukkan air kencing bayi yang belum makan apa-apa selain susu ibu juga najis yang wajib dihilangkan. Cuma cara menghilangkannya sahaja berbeza daripada cara menghilangkan najis-najis yang lain. Merenjisnya sahaja dikira sudah memadai untuk menghilangkan kenajisannya.Kata al-Khatthābi, “Orang yang mengharuskan air kencing bayi seperti itu direnjis 
sahaja bukanlah kerana ia menganggap air kencing bayi seperti itu tidak najis, tetapi kerana ia menganggapnya sebagai najis yang ringan.” 
- najis mukhafah atau najis ringan.
- najis mutawasit
- najis berat

(2) Ia menyatakan cara menyucikan air kencing bayi seperti itu. Merenjis dan menyimbah air sahaja ke atasnya sudah dikira memadai untuk menyucikannya. Tidak
perlu ia dibasuh seperti najis-najis yang lain.

(3) Salah satu sifat mudah dan keterbukaan Islam dapat dilihat melalui hadits ini. Air kencing bayi seperti itu tidak wajib dibasuh dengan agak bersungguh seperti membasuh najis-najis lain. Najisnya dapat dihilangkan dengan hanya merenjis atau menyimbahnya sahaja.

(4) Di dalamnya terdapat panduan bermesra dengan masyarakat, berlemah lembut dengan mereka dan bersifat dengan sifat merendahkan diri dalam pergaulan hidup.

(5) Di dalamnya juga terdapat pedoman daripada Rasulullah s.a.w. mengenai kasih sayang terhadap kanak-kanak. Lihat bagaimana Rasulullah mengambil anak Ummu Miĥshan yang dibawakan kepadanya dan meletakkan anak itu dalam haribaannya. Apabila anak itu kencing, tidak pula Rasulullah s.a.w. kelihatan marah dan gusar, sebaliknya menampakkan ringannya air kencing bayi seperti itu dan menghilangkannya dengan menyimbahnya sahaja.

(6) Sifat Rasulullah yang tergambar di dalam hadits ini sesuai sekali dengan sifat Baginda yang digambarkan oleh Allah di dalam al-Qur’an:
 Al-Qalam 68:4 وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ 
Bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (al-Qalam:4).
 
At-Taubah 9:128
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan kebaikan bagimu, (dan) dia pula amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang yang beriman. (at-Taubah:128).

(7) Betapa sayangnya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w. dan betapa mengharapnya mereka akan keberkatan dan kebertuahan Baginda. Antara buktinya ialah mereka membawakan anak-anak mereka kepada Rasulullah s.a.w. demi mendapatkan keberkatan dan doa kebaikan darinya.

(8) Keelokan mentaĥnīk bayi dan mendapatkan doa keberkatan orang-orang berilmu yang shaleĥ untuk anak-anak. Mungkin itu juga maksud Ummu Miĥshan pergi menemui Nabi s.a.w. dengan membawa bersama anak laki-lakinya.`Aaishah meriwayatkan:
كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ فَأُتِيَ بِصَبِيٍّ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ بَوْلَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ
Bermaksud: Sesungguhnya kanak-kanak selalu dibawakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda mendoakan keberkatan untuk mereka dan mentaĥnik mereka. Pernah 
dibawakan seorang bayi kepada Baginda, tiba-tiba bayi itu kencing di atas haribaannya. Maka Baginda meminta dibawakan air, lalu tempat terkena air kencing 
itu disimbahnya. Baginda tidak membasuhnya (seperti membasuh najis-najis yang lain). 
(Hadits riwayat Muslim).

Tirmizi dari Pucung

⁶⁴² Hadits `Ali dikemukakan oleh Aĥmad dan pengarang-pengarang kitab Sunan kecuali an-Nasā’i. Isnādnya sahih. Lafaznya adalah seperti berikut:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي بَوْلِ الْغُلَامِ الرَّضِيعِ يُنْضَحُ بَوْلُ الْغُلَامِ وَيُغْسَلُ بَوْلُ الْجَارِيَةِ قَالَ قَتَادَةُ وَهَذَا مَا لَمْ يَطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda tentang (air kencing) bayi yang sedang menyusu: “Renjislah air kencing bayi laki-laki dan basuhlah air kencing bayi 
perempuan.”

Kata Qatādah, “(Hukum) Ini selagi keduanya tidak makan makanan (lain selain susu ibu sebagai makanan yang mengenyangkan), kalau keduanya telah makan, maka air 
kencing kedua-duanya (hendaklah) dibasuh.”


⁶⁴³ Hadits aisyah dikemukakan oleh Bukhāri, Muslim dan lain-lain. Lafaznya ialah:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ فَأُتِيَ بِصَبِيٍّ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ بَوْلَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ
Bermaksud: Sesungguhnya selalu dibawakan kepada Rasulullah s.a.w. kanak-kanak, Baginda mendoakan keberkatan untuk mereka dan mentaĥnīk mereka. Pernah 
dibawakan seorang bayi kepadanya, tiba-tiba bayi itu kencing di atas (riba)nya. Maka Baginda meminta supaya dibawakan air, lalu menyimbah tempat yang terkena air 
kencing itu dengannya. 

⁶⁴⁴ Hadits Zainab iaitu Zainab binti Jaĥsyin isteri Nabi s.a.w. dikemukakan oleh at-thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabīr dengan panjang lebar. Ia juga dikemukakan 
oleh `Abdur Razzāq di dalam Mushannafnya dan Imam Bukhāri di dalam at-Tārīkh al-Kabīrnya. Antara yang tersebut di dalamnya ialah:
إِنَّهُ يُصَبُّ مِنَ الغُلَامِ وَيُغّسَلُ مِنَ الْجَارِيَةِ
Bermaksud: Sesungguhnya air kencing bayi laki-laki memadai dengan disimbah (sahaja), dan air kencing bayi perempuan (pula) perlu dibasuh.

Di dalam isnādnya terdapat Laits bin Abi Sulaim, seorang perawi dhaif. Kerananya hadits ini dianggap dhaif.


⁶⁴⁵ Hadits Lubābah dikemukakan oleh Aĥmad, Abu Daud, Ibnu Majah, ibnu khuzaimah dan lain-lain. Lafaznya ialah:
 قَالَتْ كَانَ الْحُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي حِجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَقُلْتُ الْبَسْ ثَوْبًا وَأَعْطِنِي إِزَارَكَ حَتَّى أَغْسِلَهُ قَالَ إِنَّمَا يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْأُنْثَى وَيُنْضَحُ مِنْ بَوْلِ الذَّكَرِ
Bermaksud: Kata beliau (Lubābah), “Ĥusain bin `Ali pernah berada di atas ribaan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba ia kencing di atasnya. Aku pun berkata (kepada Rasulullah s.a.w.), “Pakailah kain lain dan berikan kepadaku kainmu itu, biar aku membasuhnya. Maka bersabdalah Baginda: “Hanya air kencing bayi perempuan sahaja perlu dibasuh. Air kencing budak laki-laki (memadai dengan) disimbah sahaja.

1jam27minit
-buku tulisan  mmay, Husin dilahirkan pada tahun ke9 hijrah. Sebab ada yang kata dia lahir tahu  ke4.
Fatimah berkahwin dengan Ali selepas Perang Uhud pada tahun ke3 hijrah. Mengandung memerlukan 9 bulan, tahun ke4 Hasan dulu lahir selepas itu baru Husin tahun ke5 tetapi berdasar banyak riwayat dia lahir tahun ke 9 hijrah.
Ini buktinya , Lubabah(Ummu Fadal) memeluk Islam setelah pembukaan Mekah . Pembukaan Mekah pada tahun ke8 hijrah. Sebelum itu dia duduk dengan Abbas, bapa saudara Nabi saw. Selepas balik dari situ ada beberapa lagi peperangan berlaku, kira2 sampai di Madinah pada tahun ke9hijrah atau katalah sampai tahunke 8 juga. Bila Husin ni lahir?
Beliaulah yang menyambut kelahiran Husin ini. Fatimah duduk dimana? Bukankah Fatimah duduk di Madinah.
Lubabah bermimpi anggota Nabi saw tercabut dan jatuh keribaanya.Itu mimpi.
Jika lahir tahun ke4 Husin sudah umur berapa tahunkah ketika di Madinah masa Lubabah yang sudah ada diMadinah dan minta kain dan jaga Husin selain menyambut kelahiran Husin.

1jam 34 minit.

Sobri dari Puncak Alam

⁶⁴⁶ Abu as-Samĥ adalah maula (hamba bebasan) Nabi s.a.w. dan khadam Baginda. Nama sebenarnya tidak diketahui, beliau hanya dikenali dengan nama panggilan 
tersebut “Abu as-Samĥ”. Sesetengah `ulama’ mengatakan namanya Iyād. Tidak diketahui Abu as-Samĥ ini meriwayatkan hadits selain hadits bab ini. Hadits Abu as-
Samĥ yang dimaksudkan itu dikemukakan oleh Abu Daud, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain. Di dalamnya tersebut:
يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْجَارِيَةِ وَيُرَشُّ مِنْ بَوْلِ الْغُلَامِ
Bermaksud: Air kencing budak perempuan (perlu) dibasuh, dan air kencing budak laki-laki (memadai dengan) direnjis.


⁶⁴⁷ Hadits `Abdullah bin `Amar dikemukakan oleh at-Thabarāni di dalam al-Mu`jamu al-Ausath dengan isnād yang hasan. Lafaznya ialah:
أُتِيَ بِصَبِيٍّ ، فَبَالَ عَلَيهِ  فَنَضَحَهُ ، وَأُتِيَ بِجَارِيَةٍ، فَبَالَتّ عَلِيْهِ ، فَغَسِلَهُ
Bermaksud: Dibawakan kepada Nabi s.a.w. seorang bayi laki-laki. Lalu ia kencing di atas Baginda, maka (tempat yang terkena) kencingnya disimbah (sahaja) oleh Baginda, dan dibawakan (juga) kepada Nabi s.a.w. seorang bayi perempuan lalu ia kencing di atas Baginda, maka (tempat yang terkena) kencingnya dibasuh oleh Baginda.


⁶⁴⁸ Hadits Abu Laila dikemukakan oleh Aĥmad, Ibnu Abi Syaibah, ad-Dārimi, at-Thaĥāwi dan lain-lain dengan sanad yang tidak begitu kuat. 

- hadits wafilbab tidak mmay bawakan dan ada juga ada

⁶⁴⁹ Hadits ibnu abbaas pula dikemukakan oleh `Abdur Razzāq dan ad-Dāraquthni. Sanadnya dhaif.


⁶⁵⁰ Al-Imam Abu Bakr Ibnu al-Mundzir berkata, “Ahli ilmu berbeda pendapat tentangmasalah ini. Sekumpulan `ulama’ berpendapat, “Air kencing bayi laki-laki direnjis 
(sahaja untuk menghilangkan kenajisannya), selagi ia belum makan apa-apa makanan (selain susu ibu). Air kencing bayi perempuan (perlu) dibasuh (untuk menghilangkan kenajisannya). Inilah yang diriwayatkan daripada `Ali, Ummu Salamah, `Athā’ dan al-Ĥasan. Ini juga pendapat Aĥmad dan Ishaq.
Sekumpulan `ulama’ pula berpendapat, “Air kencing perlu dibasuh untuk menghilangkan kenajisannya, tidak kira sama ada air kencing orang dewasa atau kanak-kanak, laki-laki atau perempuan. Air kencing bayi yang belum makan apa-apa selain susu ibunya juga sama hukumnya, baik bayi laki-laki atau bayi perempuan. 

Antara tokoh fuqahā’ yang berpendapat begini ialah Ibrahim an-Nakha`i, Sufyan ats-Tsauri dan Abu Tsaur. 
Ada juga dinukilkan daripada al-Ĥasan dan an-Nakha`i bahawa mereka berpendapat, air kencing bayi laki-laki dan bayi perempuan yang belum makan apa-apa selain susu 
ibu perlu direnjis sahaja untuk menghilangkan kenajisannya.

Kata Ibnu al-Mundzir, “Berdasarkan hadits Ummu Qais, air kencing bayi laki-laki wajib direnjis dan air kencing bayi perempuan pula (wajib) dibasuh.” 
(Lihat al-Ausath j.2 m/s 142-143).

Imam an-Nawawi berkata, “Terdapat tiga pendapat `ulama’ mengenai cara menyucikan air kencing bayi laki-laki dan perempuan. Ketiga-tiganya juga merupakan pandangan tokoh-tokoh dalam mazhab Syafi`e.

(1) Pendapat yang sahih, masyhur dan terpilih ialah air kencing bayi laki-laki memadai dengan disimbah. Air kencing bayi perempuan pula tidak memadai dengan
disimbah, bahkan ia mesti dibasuh seperti najis-najis yang lain.

(2) Merenjis air pada air kencing bayi yang belum makan apa-apa selain susu ibu sudah memadai untuk menghilangkan kenajisannya, baik bayi itu laki-laki atau 
prempuan.

(3) Merenjis atau meyimbah air tidak memadai untuk menghilangkan kenajisan air kencing bayi, sama ada laki-laki atau perempuan. 

Kedua-dua pandangan yang terakhir ini telah disebut oleh pengarang Kitab at-Tatimmah dan lain-lain dari kalangan ashĥāb kita (tokoh-tokoh dalam mazhab Syafi`e).

Antara orang yang membezakan cara menghilangkan najis air kencing bayi laki-laki dan perempuan ialah `Ali bin Abi Thālib, `Athā’ bin Abi Rabāĥ, al-Ĥasan al-Bashri, Aĥmad bin Ĥambal, Ishaq bin Rāhawaih, sekumpulan `ulama’ Salaf, ashĥāb al-ĥadīts (Ahlul Ĥadīts), Ibnu Wahab dari kalangan murid-murid Malik dan ada juga diriwayatkan daripada (Imam) Abi Ĥanīfah.

Antara orang yang berpendapat wajib dibasuh air kencing bayi laki-laki dan perempuan kedua-duanya ialah Abu Ĥanīfah dan Malik menurut pendapat yang masyhur dinukilkan daripada mereka berdua. Demikian juga pendapat Ahlul Kūfah. Kata Ibnu Daqīq al-`Iid, “Mereka pakai qias dalam masalah ini. Mereka juga menta’wil apa yang tersebut di dalam hadits dengan lafaz: ُولم يغسِله (dan Baginda tidak membasuhnya). Kata mereka, itu bermaksud, Nabi s.a.w. tidak membasuhnya dengan bersungguh- sungguh. Sedangkan ta’wilan mereka itu menyalahi zahir (hadits). Apa yang tersebut di dalam hadits-hadits lain tentang adanya perbezaan dalam cara membasuh air kencing bayi laki-laki dan perempuan, semuanya menolak pandangan mereka. Kerana mereka tidak membezakannya. 
(Lihat Syarĥ Muslim an-Nawawi j.3 m/s195, Fatĥul Bāri j.1 m/s 391). 


Beberapa Perhatian Dan Peringatan Berkaitan Dengan Hadits Ini:
(1) Imam an-Nawawi juga berkata, “Khilaf yang berlaku dalam masalah ini hanyalah tentang cara membersihkan sesuatu yang terkena air kencing bayi laki-laki yang
belum memakan sesuatu sebagai makanan yang mengenyangkannya selain susu ibu. Adapun tentang kenajisan air kencing itu, maka tidak ada khilaf tentangnya.  Sesetengah tokoh dalam mazhab kita (mazhab Syafi`e) bahkan menukilkan ijmā` para `ulama’ tentang kenajisan air kencing bayi laki-laki seperti itu pun. Tidak ada orang
yang menyalahinya selain Daud az-Zhāhiri. Kata al-Khatthābi, “Orang yang mengharuskan air kencing bayi seperti itu direnjis sahaja bukanlah kerana ia menganggap air kencing bayi seperti itu tidak najis, tetapi kerana ia menganggapnya sebagai najis yang ringan.” Inilah pendapat yang betul. Apa yang dinukilkan oleh Abul Ĥasan Ibnu Batthāl dan kemudiannya oleh Qādhi `Iyādh daripada Syafi`e dan lain-lain bahawa mereka berpendapat air kencing bayi seperti itu suci, kerana itulah ia hanya direnjiskan sahaja, tidak benar sama sekali nukilan itu.

(2) Tokoh-tokoh fuqahā’ mazhab Syafi`e berbeda pendapat tentang maksud renjis atau simbah air ke atas tempat yang terkena air kencing kanak-kanak seperti itu. 
Sebanyak manakah air diperlukan untuk  membersihkannya ?
Sebahagian mereka berpendapat, air yang disimbah jika diperah tidak akan menitis. Sekadar itu pun sudah memadai. Sebahagian yang lain pula berpendapat, air yang direnjis atau disimbah hendaklah agak banyak sehingga melebihi air kencing bayi itu sendiri, tetapi tidaklah sampai ia mengalir atau menitis dengan banyak seperti yang diperlukan ketika membasuh najis-najis yang lain. Kata mereka, itulah maksud ِنَضْح(simbah) atau ُرَش(renjis) yang tersebut di dalam hadits-hadits. Basuh atau غسل dalam erti kata sebenarnya seperti ketika membasuh najis-najis yang lain tidaklah dikehendaki, kerana ia dinafikan dengan kata: يغسله ولم yang bermaksud: dan Nabi s.a.w. tidak membasuhnya. 

(3) Simbah atau renjis itu memadai hanya untuk menghilangkan kenajisan air kencing bayi yang belum makan makanan lain sebagai makanan yang mengenyangkannya selain susu ibu. Adapun kalau ia telah makan makanan lain sebagai makanan yang
mengenyangkannya, maka tidak ada cara lain untuk menghilangkan kenajisannya melainkan dengan membasuhnya seperti membasuh najis-najis yang lain. 
Membasuhnya adalah suatu yang wajib tanpa ada khilaf di kalangan `ulama’.

(4) Para `ulama’ juga cuba menyelami hikmat di sebalik perbezaan di antara cara menghilangkan najis air kencing bayi laki-laki dan bayi perempuan. Kenapa kenajisan 
air kencing bayi perempuan tidak dapat dihilangkan seperti air kencing bayi laki-laki? Kenapa air kencing bayi perempuan yang belum makan apa-apa makanan selain susu ibu juga perlu dibasuh seperti najis-najis lain dan tidak memadai dengan disimbah atau direnjiskan sahaja seperti air kencing bayi laki-laki? 


Di bawah ini dikemukakan beberapa pandangan yang telah diberikan oleh para `ulama’ berhubung dengan hikmahnya:

(1) Kebanyakan orang lelaki dan perempuan lebih suka membawa bayi laki-laki ke dalam majlis-majlis mereka, khususnya dalam masyarakat `Arab di zaman Rasulullah 
s.a.w. Apabila bayi dibawa ke mana-mana, maka terdedahlah mereka kepada kencing bayi yang tidak menentu. Dalam keadaan itu kewajiban membasuh kencingnya seperti najis-najis lain setiap kali ia kencing tentu sekali menyusahkan. Sedangkan ia sudah merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawal dan dielakkan dengan mudah, bahkan telah termasuk dalam perkara عموم البلوى  . Antara keistimewaan hukum Islam ialah terdapat di dalamnya konsep tidak menyusahkan 
penganutnya (رفع الحرج ) .Dan supaya tidak menyusahkan, maka diringankanlah cara menghilangkan kenajisannya. 

(2) Air kencing bayi laki-laki tidak tumpah setempat, sebaliknya ia terpencar-pencar. Adakalanya ia memanjang dan bertaburan ke merata tempat. Berbeza keadaannya 
dengan air kencing bayi perempuan yang tumpah boleh dikatakan setempat sahaja. Jika diwajibkan membasuh setiap bahagian tempat yang terkena air kencing bayi laki-
laki, tentulah menyukarkan. Kerana itulah hukum menghilangkan kenajisannya diringankan.


(3) Air kencing bayi perempuan lebih keras dan lebih hancing berbanding air kencing bayi laki-laki. Sebabnya ialah mizaj tubuh lelaki lebih panas dan kering berbanding 
mizaj tubuh wanita yang sejuk dan kelembapan. Kepanasan mizaj lelaki itulah yang mengurangkan sedikit bau air kencingnya. Lebih-lebih lagi air kencing bayi yang
makanannya hanyalah susu ibunya. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan