K999.Pesanan Buat yang Keletihan.
Nak sembuh bukan mudah. Nak urus stres, kemurungan, anxiety juga tak mudah.
Ada yang kena berulang ke hospital, makan ubat setiap hari, ada yang menghadap terapi saban minggu.
Ada yang menghadap masalah.
Lepas satu, satu kena buat. Ada yang setiap kali datang hospital kena cerita kembali apa yang dilalui. Ulang kitaran yang sama.
Deep breathinglah, belajar mindfulnesslah, fikir positiflah, isi mood diary lah, gratitude journal lah.
Orang lain happy seolah-olah 'tanpa syarat'. Sedangkan kita macam-macam ranjau kena tempuh. Mahal sungguh harga kebahagiaan buat kita.
Namun, jika tiba detik-detik keletihan itu singgah.
Sebutlah pada diri, "tak apa, kita manusia, memang letih itu pasti ada".
Tarik nafas dalam-dalam, tadabbur ayat ini:
"Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu’min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."
(At-Taubah : 105)
Niatkanlah setiap usaha kita untuk sihat dan bahagia itu sebagai 'kerja' kita, amal kita.
Biarlah Allah membalas amal, sekalipun belum sampai masanya kebahagian itu sampai kepada kita.
Kerana kebahagian itu bukan semestinya tidak stress atau tertekan.
Kebahagian itu ialah bila kita diredhai Pencipta.
Jadi lepas ni, betulkan kembali niat, kembali beramal.
Dr rozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan