Jami' Al-Tirmizi 0010
panggilan Abu `Isa untuk dirinya patutlah dianggap sebagai satu bantahan secara tidak langsung daripada beliau terhadap hadits-hadits seperti itu.
Karya-Karya Imam At-Tirmizi
Kebanyakan karya Tirmizi adalah dalam bidang hadits. Tetapi para `ulama’ menyebutkan bahawa Imam Tirmizi juga seorang yang hebat dalam bidang tafsir, fiqh
dan sejarah. Ibnu an-Nadim di dalam al-Fihristnya ada menulis bahawa Tirmizi juga telah menulis sebuah kitab sejarah. Di bawah biografi Imam at-Tirmizi, Hafiz Ibnu
Katsir ada menyebutkan sebuah tafsir hasil karya at-Tirmizi. Tetapi sayang sekali kerana kitab tafsir ini tidak dapat ditemui hingga sekarang. Bagaimanapun kehebatan
Tirmizi dalam bidang tafsir dan fiqh dapat diduga menerusi Kitab Jaami` atau Sunan beliau yang amat popular itu.
Berikut adalah antara hasil karya Imam at-Tirmizi yang
disebutkan oleh pengarang-pengarang biografinya.
(1) Kitab al-`Ilal as-Shughra.
(2) Kitab al-`Ilal al-Kubra.
Dua buah kitab ini membicarakan secara khusus tentang
kecacatan-kecacatan yang terdapat pada sesuatu hadits. (3) Kitab al-Mufrad.
(4) Kitab as-Syama’il.
(5) Kitab at-Tarikh. Mungkin inilah kitab sejarah karangan Tirmizi yang dimaksudkan oleh Ibnu an-Nadim di dalam al-Fihristnya. Munkin juga ia yang lain.
(6) Kitab az-Zuhd.
(7) Al-Asmaa’ Wa al-Kuna.
Yang paling popular dan masyhur di antara kitab-kitab beliau yang tersenarai ini adalah tiga buah kitab. Pertamanya ialah Kitab Jaami` atau Sunan at-Tirmizi. Keduanya ialah kitab asy-Syama’il dan
ketiganya ialah Kitab al-`Ilal.
Kitab asy-Syama’il merupakan kitab hadits yang memuatkan hadits-hadits yang membicarakan secara khusus tentang tubuh kasar Nabi s.a.w dan peribadi Baginda s.a.w. Bukan Tirmizi sahaja sebenarnya yang telah menulis kitab hadits jenis ini. Malah ramai sekali tokoh-tokoh hadits lain juga turut menyumbangkan karya mereka dalam bab ini di sepanjang sejarah umat Islam.
Namun kitab asy-Syama’il karangan at-Tirmizi adalah yang terpilih dan tersenarai paling atas. Di dalam kitab as-Syama’il, Imam at-Tirmizi menghimpunkan secara
khusus hadits-hadits yang menggambarkan tentang tubuh kasar Nabi s.a.w dan peribadi Baginda s.a.w. Seperti kebiasaan Baginda, bentuk tubuh dan wajah, minat,
kesukaan, cara makan dan minum, cara tidur, gaya berjalan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan tubuh badan dan peribadi Nabi s.a.w. Di dalam kitab ini Imam Tirmizi mengumpulkan empat ratus hadits dan membahagikannya kepada lima puluh
10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan