Sahih bukhari kitab ilmu 0025-0035s 26/3/22 1
٤ - بَابُ قَوْلِ الملُحَدِّثِ: حَدَّثَنَا، وَأَخْبَرَنَا، وَأَنْبَأَنَا . وَقَالَ لَنَا احلُمَيْدِيُّ: كَانَ عِنْدَ ابْنِ عُيَيْنَةَ حَدَّثَنَا، وَأَخْبَرَنَا، وَأَنْبَأَنَا،
وَسَمِعْتُ وَاحِدًا . وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللِ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ املَصْدُوقُ . وَقَالَ شَقِيقٌ: عَنْ
عَبْدِ اللِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَة . وَقَالَ حُذَيْفَةُ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللِ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَيْنِ .
وَقَالَ أَبُو العَالِيَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ وَ قَالَ أَنَسٌ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: فِيمَا يَرْوِيهِ عَنْ رَ بِّهِ عَزَّ وَجَلَّ . وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ .
Bab (4): Kata-Kata Muhaddits, “Haddatsana”, “Akhbarana” Dan “Anba’ana.”³¹Humaidi Berkata Kepada Kami: “Di Sisi Sufyãn Bin `Uyainah,“Haddatsana”, “Akhbarana”, “Anba’ana” Dan “Sami’tu” Adalah Sama.”³² Ibnu Mas’ûd Berkata: “Haddatsana” (Telah Bersabda Kepada Kami) Rasulullah S.A.W.³³ Baginda Adalah Seorang Yang Benar Dan Dibenarkan.”³⁴ Syaqîq Berkata: Daripada ‘Abdillah Bin Mas’ûd; “Saya Mendengar Nabi S.A.W. Mengucapkan Sesuatu.”³⁵ Hudzaifah Berkata; “Rasulullah S.A.W. Menceritakan Kepada Kami Dua Hadîts.”³⁶ Abu Al-`Aaliah Meriwayatkan Daripada Ibni `Abbãs Daripada Nabi S.A.W.³⁷ Tentang Apa Yang Diceritakan Daripada Tuhannya.³⁸ Anas Berkata: Daripada Nabi S.A.W. Berhubung Dengan Apa Yang Diriwayatkan Baginda Daripada Tuhannya”. Abu Hurairah Berkata: “Daripada Nabi S.A.W., Baginda S.A.W. Menceritakan Daripada Tuhan Kamu.”³⁹
______________
³¹ Sumber Dan Punca Ilmu Pengetahuan Umat Islam.
Setelah Imam Bukhāri memberitahu tentang kepentingan ilmu dan ilmu-ilmu yang diperlukan terlebih dahulu seperti ilmu tentang keimanan dan ibadah, beliau membuat
pula tajuk bab ini untuk menyatakan bahawa sumber ilmu pengetahuan umat Islam tidaklah sama dengan agama lain yang penuh dengan kisah-kisah dongeng, kerana ia
selain berpunca daripada al-Qur’ān yang mutawātir di setiap peringkat generasi, juga mempunyai sumber kedua berupa ĥadīts-ĥadīts yang shaĥīĥ dan tsābit.
Imam Bukhāri mengisyaratkan bahawa agama yang boleh kita terima ialah yang mempunyai sanad kerana ‘sanad adalah sebahagian daripada agama, jikalau tiada sanad
tentu sesiapa sahaja boleh mengatakan apa yang ia kehendaki’ . الإسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ، لَوْلَا الإسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ seperti kata Ibnu al-Mubārak.
Kepentingan sanad ini tidak terhad untuk ilmu ĥadīts sahaja, ia juga diperlukan dalam ilmu sirah dan sejarah terutama sejarah nabi-nabi, Rasulullah s.a.w. dan para Shaĥabat Baginda sekalian, kerana dengan rosaknya naratif sesebuah agama, rosaklah juga imej pengikutnya. Selain daripada itu, beliau juga ingin menyatakan adanya perbezaan di antara istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu ĥadīts.
Ibnu Rusyaid berpendapat, Imam Bukhari menerusi tajuk bab yang diadakan olehnya ini mengisyaratkan bahawa Kitab Sahih yang dikarangnya ini adalah berlandaskan
hadits-hadits yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dengan sanad yang lengkap.
Hafizh Ibnu Hajar pula berpendapat, tujuannya ialah menimbulkan soalan adakah semua lafaz menerima (taĥammul) hadits yang tersebut itu sama atau tidak? Dengan mengemukakan pandangan Ibnu `Uyainah Imam Bukhari mahu menyatakan pendapat
pilihannya.
³² Haddatsana ialah satu istilah penyampaian ĥadīts di mana guru membaca ĥadīts dan murid mendengarnya. Akhbarana pula ialah murid membaca ĥadīts dan guru
mendengarnya. Anba’ana ialah ĥadīts yang diperolehi oleh seseorang dengan cara ijāzah sama ada secara lisan atau bertulis.
Imam Bukhāri mengemukakan pendapat Sufyān bin `Uyainah di sini untuk menyatakan sokongan beliau terhadap pandangannya iaitu istilah ĥaddatsana, anba’ana dan akhbarana memberikan ma`na yang sama sahaja, jadi ia boleh dipakai dengan maksud yang sama, tidak seperti `ulama’ ĥadīts lain yang menyebutkan dengan terperinci
perbezaannya seperti Imam Muslim dan Imam Abu Daud contohnya.
🎄
³³ Di sini pula Imam Bukhāri ingin memberi tahu tentang asal usul istilah ĥaddatsana yang digunakan dalam ilmu ĥadīts, ia berpunca daripada Shaĥabat (Ibnu Mas`ud) yang
menceritakan kepada perawi di bawahnya dengan menggunakan lafaz tersebut. Kata-kata Ibnu Mas`ud ini dikemukakan Bukhari secara ta`liq sahaja di sini. Ia
merupakan sebahagian daripada hadits masyhur tentang kejadian janin. Imam Bukhari mengemukakannya secara maushul di dalam Kitab al-Qadar.
Di dalam al-Qur’ān juga ada digunakan kata perintah yang berpunca daripada kata akar yang sama, seperti pada firman Allah berikut:
Ad-Dhuhaa 93:11وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Bermaksud: Adapun ni`mat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya). (ad-Dhuĥa:11)
Ni`mat Allah yang paling besar ialah agama, cara untuk menyebut, menzahir dan memberitahu tentangnya kepada orang lain pula adalah melalui ĥadīts, kerana banyak
perkara yang tersebut dalam al-Qur’ān diberitahu secara ringkas sahaja dan tidak disebutkan secara terperinci seperti di dalam ĥadīts-ĥadīts Rasulullah s.a.w.
Istilah anba’ana pula diambil daripada firman Allah:
وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ
Fatir 35:14
إِن تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا۟ دُعَآءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا۟ مَا ٱسْتَجَابُوا۟ لَكُمْۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْۚ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ
Bermaksud: Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberitahu kepadamu (wahai Muĥammad akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberitahu oleh Allah Yang
Maha Mendalam PengetahuanNya. (Fāthir:14)
³⁴ Maksudnya ialah Nabi s.a.w. adalah seorang yang memang benar dan Allah s.w.t. sendiri membenarkannya (menta`dīlkannya), tidak seperti para `ulama’, mujtahid atau orang-orang lain, kerana pendapat yang dianggap mereka betul tidak diketahui lagi hakikatnya, adakah ia memang betul atau tidak, kerana Allah s.w.t. tidak membenarkannya seperti Rasulullah s.a.w. Dengan itu, umat Islam dapat menerima sabdaan Rasulullah s.a.w. dengan senang hati
tanpa teragak-agak lagi.
Imam Bukhāri juga mengisyaratkan kepada keharusan menambah sifat-sifat yang bersesuaian dengan seseorang perawi sama ada dalam bentuk jarĥ atau ta`dīl.
³⁵ Istilah “aku telah mendengar” atau سمعت َjuga mempunyai asasnya seperti yang tersebut di sini.
³⁶ Satu lafaz ĥaddatsana tidak semestinya hanya mengandungi satu ĥadīts (cerita), ia boleh juga digunakan dalam penyampaian dua atau lebih hadits.
Tujuan Imam Bukhari mengemukakan riwayat-riwayat ta`liqāt di atas ialah untuk menyatakan para sahabat itu kadang-kadang menggunakan lafaz ĥaddatsana ketika
menyampaikan sesuatu hadits Nabi s.a.w. Kadang-kadang pula mereka menggunakan lafaz سمعت . Semua itu menunjukkan mereka tidak kisah sangat dalam penggunaan lafaz-lafaz tersebut.
³⁷ Di sini pula Imam Bukhāri menceritakan asal usul bagi istilah riwayat `an`anah atau riwayat yang menggunakan lafaz عن ,ia adalah riwayat yang ada kemungkinan
seseorang perawi itu tidak mendengar secara langsung daripada perawi di atasnya, seperti Ibnu `Abbās yang dikemukakan olehnya di sini.Mengikut para `ulama’ ĥadīts, Ibnu `Abbās hanya meriwayatkan 4 sahaja ĥadīts secara
langsung daripada Rasulullah s.a.w. Paling banyak pun tidak melebihi 20 ĥadīts.
Maka boleh jadi ada perawi yang digugurkan (tidak disebut) oleh Ibnu `Abbās dalam periwayatannya apabila beliau menggunakan riwayat `an`anah begini. Perawi yang tidak disebut oleh Ibnu `Abbās itu pula adalah Shaĥabat, maka ia dikategorikan sebagai ĥadīts mursal Shaĥābi.
Anas bin Mālik juga adalah antara perawi yang meriwayatkan secara `an`anah kerana beliau masih kecil ketika bersama Rasulullah s.a.w., beliau juga merupakan orang Madinah dan banyak peristiwa Mekah yang diriwayatkannya sepatutnya tidak dapat diketahuinya sendiri secara langsung, cuma boleh jadi Rasulullah s.a.w. sendiri menceritakannya pula kemudiannya atau ia dipelajari dan didengari daripada Shaĥabat-shaĥabat lain.
Abu Hurairah juga banyak meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. secara `an`anah, semuanya telah diisyaratkan oleh Imam Bukhāri di penghujung tajuk bab ini.
Hadits-hadits qudsi yang dikemukakan oleh Ibnu `Abbaas, Anas dan Abu Hurairah itu dikemukakan oleh Bukhari secara ta`liq sahaja di sini, sedangkan di dalam Kitab at-
Tauĥīd ia dikemukakan secara maushūl.
³⁸ Al-Qur’ān juga diambil Rasulullah s.a.w. daripada Allah s.w.t cuma melalui perantaraan Jibrīl a.s., ini menunjukkan bahawa ĥadīts adalah wahyu yang terus
daripada Allah s.w.t. tanpa perantaraan. Selain dari itu, bahagian ini mengisyaratkan kepada jenis ĥadīts yang dipanggil ĥadīts Qudsi, iaitu firman Allah s.w.t. yang tidak
tersebut di dalam al-Qur’ān. Namun begitu taraf ĥadīts Qudsi berbanding ĥadīts-ĥadīts lain hanyalah sama, yang menentukan kuat atau lemahnya ialah sanadnya, begitulah
juga ĥadīts musalsal.
³⁹ Imam Bukhāri mengemukakan dua riwayat yang kelihatan sama dan hanya mempunyai perbezaan di hujungnya ini untuk mengisyaratkan kepada keharusan
menggunakan riwayat berdasarkan ma`na. Ia boleh berlaku pada perkataan yang boleh ditukar dengan perkataan lain yang seerti dengannya. Keadaannya sama seperti
pertukaran antara penggunaan nama sebenar, nama gelaran atau nama panggilan.
Daripada keseluruhan riwayat yang disebutkan oleh Imam Bukhāri di dalam tajuk bab ini, tidak terdapat satu pun riwayat yang bermula dengan akhbarana, secara tidak
langsung beliau telah mengisyaratkan kepada pembaca bahawa sama sahaja riwayat akhbarana dan ĥaddatsana seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan