Jumaat, April 08, 2022

Usul dirayah hadis 0032-0044c

Usul dirayah hadis 0032-0044c

Usul dirayah hadis 0032

(4) Al-`Irāqi berkata, “Sanadnya sangat dha`if.” Ibnu Taimiyyah, adz-Dzahabi, Ibnu al-Qaiyyim, Hafizh Ibnu Hajar, as-Sakhāwi dan kebanyakan pengarang kitab-kitab yang
mengumpulkan hadits-hadits maudhu` pula dengan yakin mengatakan ia adalah hadits maudhu`. (Lihat Faidhu al-Qadīr j.1 m/s 113). 

(5) Hadits-hadits palsu seperti contoh ketiga itu jika tidak didedah kepalsuannya, secara tidak langsung akan memberi kesan buruk kepada jiwa orang-orang Islam, kerana ia menyatakan kelebihan kehidupan dalam keadaan papa kedana dan melarat. Kalau tidak di dunia pun, di akhirat sudah pasti terjamin! 

Usul (44): Hadits-hadits yang menyatakan kelebihan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad semata-mata kerana nama itu, dan celaan serta ancaman terhadap orang-orang yang tidak melebihkan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad. Demikian juga celaan dan ancaman terhadap orang-orang yang tidak menamakan anak-anak mereka dengan dua nama tersebut, semuanya maudhu`, paling elok pun ia dha`if sangat. Tidak ada satu pun daripadanya tsabit dan sahih.

Contoh Pertama:
اليت على نفسي أن لا النار من اسمه أحمد ولامحمد
Bermaksud: Aku bersumpah atas diriKu (Aku berjanji) bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.

Rujukan:
Al-Firdaus Bi Matsūr al-Khithāb j.5 m/s 535, Al-Mauhū`āt j.1 m/s 157, Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 173-174, Jāmi` al-Aĥādīts al-Qudsiyyah m/s 55, al-La’āli’ 
al-Mashnū`ah j.1 m/s 97, Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 9, al-Manār al-Munīf m/s 61, al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 471. 

Komentar:
(1) Hadits yang dikemukakan sebagai contoh pertama itu sebenarnya adalah sebahagian daripada hadits yang dida`wa telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Ia dengan lengkap dan bersanad terdapat di dalam sebuah kitab bernama al-“Maqshidu al-Aĥmad Bi Taĥqīqi Juz’i Fadhā’il at-Tasmiah Bi Aĥmad Wa Muĥammad”.

32

Usul dirayah hadis 0033

Kitab ini merupakan satu juzu’ khusus yang membincangkan tentang hadits-hadits rekaan berkenaan dengan kelebihan menamakan seseorang dengan nama Ahmad atau Muhammad. Ia ditulis oleh Ibnu Bukair, seorang muhaddits pada abad ke-4 Hijrah. 

Nama penuhnya ialah Abu `Abdillah al-Ĥusain bin Ahmad bin `Abdillah bin Bukair al-Baghdādi as-Shairafi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 388 Hijrah. 
Di bawah ini diperturunkan hadits berkenaan yang tercatat di dalam kitab itu selengkapnya:
حدثنا........ومحمد
Bermaksud: Anas bin Malik meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
“Dua orang hamba (manusia) di hadapkan ke hadapan Allah, lalu Allah memerintahkan supaya dibawakan kedua-duanya ke syurga. Ketika itu mereka berdua berkata, “Tuhan! Dengan sebab apakah kami telah layak masuk syurga, padahal kami tidak pernah melakukan apa-apa amalan yang melayakkan kami diberi balasan syurga?” Maka Allah s.w.t. berkata, “Masuklah kamu berdua wahai hambaKu. Sesungguhnya Aku telah bersumpah atas diriKu (Aku berjanji) bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.

(2) Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt (j.1 m/s 157) juga meriwayatkan hadits tersebut melalui saluran riwayat Muaddits Ibnu Bukair yang dikemukakan di atas. Setelah mengemukakannya beliau berkata, “Ini adalah hadits yang tiada asalnya. Kata Ibnu Hibbaan, Shadaqah bin Musa tidak boleh dijadikan hujah. Hadits bukan bidangnya. Kalau dia meriwayatkan (sesuatu hadits), dia akan menunggang balikkannya.”

(3) Menurut adz-Dzahabi Shadaqah bin Musa yang disebut oleh Ibnu al-Jauzi itu lain. Ia adalah Shadaqah bin Musa ad-Daqīqi Abul Mughīrah al-Bashri. Melalui nukilan kata-kata Ibnu Hibbaan olehnya dapat dapat diketahui bahawa Shadaqah bin Musa itulah yang dimaksudkannya. Beliau terkeliru.Shadaqah bin Musa ad-Daqīqi itu lebih baik kedudukannya daripada Shadaqah bin Musa al-Ghanawi. Kerana Shadaqah bin Musa al-Ghanawi dan ayahnya kedua-duanya

33

Usul dirayah hadis 0034

majhūl. Shadaqah bin Musa yang tersebut di dalam sanad itu sebenarnya ialah Shadaqah bin Musa al-Ghanawi. 
Hafizh Ibnu Hajar juga di dalam Lisān al-Mīzān mengatakan Shadaqah bin Musa itu majhūl.

(4) Orang yang tertuduh mereka (mengada-ngadakan) hadits itu menurut adz-Dzahabi dan lain-lain sebenarnya ialah guru Ibnu Bukair sendiri, Ahmad bin Nashr bin `Abdillah adz-Dzāri` al-Baghdādi an-Nahrawāni. Dia seorang pendusta besar, dajjal, pereka hadits dan Syi`ah Rafidhah.

Dāraquthni berkata, “Dia dajjal.” Khathīb al-Baghdādi pula berkata, “Kata-kata (riwayat) adz-Dzāri` tidak boleh dijadikan hujah, dia dikatakan telah mengada-gadakan 
banyak hadits maudhu`. Hadits-haditsnya mengandungi keganjilan yang menunjukkan dia seorang perawi tidak tsiqah.” 

(5) Adz-Dzahabi di dalam Talkhīsh al-Maudhū`āt berkata tentang sanad hadits itu: “Sanadnya gelap, ia adalah hadits maudhū` (yang direka) dengan menggunakan nama 
Ĥumaid at-Thawīl yang meriwayatkannya daripada Anas.”

(6) Kata al-Ubbi, “Tidak ada satu pun hadits sahih tentang kelebihan menamakan seseorang dengan nama Muhammad.” Hafiz Abul `Abbaas Taqiyyuddin al-Ĥarrāni 
bahkan berkata, “Semua hadits tentangnya maudhu`.”

(7) Boleh dikatakan semua penulis kitab-kitab hadits maudhu` menyanaraikan hadits contoh pertama itu sebagai hadits maudhu`.

(8) Ibnu al-Qayyim berkata, “Termasuk dalam hadits maudhu` juga hadits-hadits yang memuji orang-orang yang bernama Muhammad atau Ahmad, dan menyatakan semua orang yang bernama dengan nama-nama tersebut tidak akan masuk neraka. Perkara ini bercanggah dengan apa yang sedia diketahui daripada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa neraka tidak dapat dihindari dengan nama-nama dan gelaran-gelaran. Manusia hanya terlepas dari neraka dengan iman dan amal shalehnya.” 
Contoh Kedua:لا يدخل الفقر بيتا فيه اسمي

34


Usul dirayah hadis 0035
Bermaksud: Kepapaan tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada namaku di dalamnya.

Rujukan:
Al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl j.6 m/s 160, al-Maudhū`āt j.1 m/s 155, al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.1 m/s 96, Dzakhīratu al-Ĥuffāzh j.5 m/s 2711, Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 
9. Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 173, al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 471.

Komentar:
(1) Hadits ini dikemukakan oleh Ibnu `Adi daripada riwayat Abi Hurairah secara marfū` di dalam al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl. Di bawah ini adalah sanadnya:
(ابن عدي) حدثنا الفضل بن محمد بن سليمان حدثنا ابن مصفى حدثنا عثمان ابن عبد الرحمن عن محمد بن عبد الملك عن يحيى بن سعيد عن سعيد بن المسيب عن أبي هريرة مرفوعا
Setelah mengemukakannya Ibnu `Adi mengomentarinya dengan berkata, “Tidak sahih. `Utsman perawi dipertikaikan. Gurunya mereka hadits. Hadits ini dengan sanad ini terlalu mungkar. Tidak ada orang meriwayatkannya daripada Yahya selain Muhammad 
bin `Abdil Malik al-Anshāri, sedangkan ia seorang perawi matrūkul ĥadīts.”

Imam Ahmad juga menurut apa yang dinukilkan oleh adz-Dzahabi dan Ibnu al-Jauzi telah berkata, “Muhammad bin `Abdil Malik itu pereka hadits.”

(2) Apa ertinya kepapaan tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada namaku di dalamnya? Apakah ia bererti namaku yang tergantung di dinding rumahnya, atau 
namaku yang terletak di mana-mana bahagian rumahnya, atau orang yang bernama Muhammad ada di dalam rumahnya? 

Pakailah dengan apa ma`na sekalipun, ia tetap bercanggah dengan kenyataan. Bercanggah dengan kenyataan juga merupakan salah satu usul dirayah hadits. Salah 
satu tanda hadits maudhu` ialah ia bercanggah dengan kenyataan.

(3) Hadits-hadits seperti ini boleh mendorong masyarakat yang jahil tentang agama bertawassul dengan cara yang salah, sehingga membawa mereka ke lembah kesyirikan. 
Nama Nabi Muhammad s.a.w. mungkin digantung di dinding rumah atau diletakkan pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah supaya terhindar daripada kepapaan.

Usul dirayah hadis 0036

(4) Kalau apa yang disebutkan sebagai hadits itu memang sabda Nabi s.a.w. tentulah telah ramai para sahabat mengamalkannya. Tentulah di setiap dinding rumah mereka ada tergantung nama Nabi s.a.w. Amalan mereka itu pula akan diwarisi turun temurun secara tawatur amali seperti azan, berkhitan dan lain-lain oleh generasi kemudian. 

Apalagi kalau ia dapat menghindarkan orang-orang Islam daripada kepapaan. Siapa tidak mahu terhindar dari kepapaan?

(5) Tidak terdapatnya apa yang disebut sebagai hadits itu di dalam kitab-kitab hadits yang utama membuktikan ia bukan hadits sebenarnya. Itulah sebabnya ia hanya terdapat di dalam kitab-kitab hadits maudhu` sahaja.

(6) Hampir tidak ditemui orang Islam di negara kita mengamalkannya. Secara tidak langsung dapat difahami bahawa hadits seperti itu tidak tersebar di kalangan mereka. Apabila masyarakat Islam celik hadits, terhindarlah mereka daripada tipudaya-tipudaya atas nama Nabi s.a.w. 
Contoh Ketiga:
ما اجتمع قوم قط في مشورة فيهم رجل اسمه محمد لم يدخلوه في مشورتهم، إلا لم يبارك لهم فيه
Bermaksud: Tidak berkumpul mana-mana kaum sama sekali untuk bermesyuarat, sedangkan ada di antara mereka seorang yang bernama Muhammad, tetapi mereka tidakmemasukkannya dalam mesyuarat mereka, melainkan mesyuarat mereka tidakdiberkati.

Rujukan:
Al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl j.1 m/s 275-276, Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 173, al-Maudhū`āt j.1 m/s 156, al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.1 m/s 96, al-Jāmi` al-
Kabīr j.7 m/s 422, Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 9. Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 173, al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 471.

Komentar:
(1) Hadits contoh ketiga di atas telah dikemukakan oleh Ibnu `Adi di dalam Al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl daripada `Ali secara marfū`. Berikut adalah sanadnya:

Usul dirayah hadis 0037
َحدَّثَنَا يَ ْحيى بن َعبد الرحمن بن ناجية ، َحدَّثَنا أحمد بن َعبد الرحمن بن مفضل نا، َحدَّثَنا عثمان الطرائفي ، َحدَّثَ أحمد الشامي ، َعن أبي الطفيل عن علي بن أبي طالب ، قال : قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم
Setelah mengemukakannya Ibnu `Adi mengomentarinya dengan berkata, “Hadits ini tidak maĥfūzh. Ahmad asy-Syāmi ialah bin (anak) Kinānah. Al-Walīd bin Salamah 
meriwayatkan daripadanya. Saya (Ibnu `Adi) mendengar Abu `Arūbah berkata, “`Utsman at-Tharā’ifi meriwayatkan daripada perawi-perawi majhūl. Ia mempunyai banyak riwayat yang pelik-pelik. Ia di kalangan orang-orang Jazirah sama sepertiBaqiyyah di kalagan orang-orang Syam. Kerana Baqiyyah juga meriwayatkan daripada
perawi-perawi majhūl. Dan dia juga mempunyai banyak riwayat yang pelik-pelik.” 

(2) Ibnu `Arrāq al-Kināni setelah mengemukakan hadits contoh ketiga di dalam kitabnya Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah berkata, “`Utsman at-Tharā’ifi dikatakan 
tsiqah oleh Ibnu Ma`īn. Abu Daud, Nasā’i dan Ibnu Majah juga meriwayatkan haditsnya. Hafizh Ibnu Hajar di dalam Taqrīb at-Tahdzīb berkata tentangnya, “Dia perawi Shadūq yang banyak meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi dha`if dan majhūl. Kerana itu ia dianggap dha`if.”
Hafiz adz-Dzahabi dan Ibnu Ĥajar mengatakan hadits (contoh ketiga) itu dusta. Tetapi mereka berdua menyebutnya di bawah biografi Ahmad bin Kinānah asy-Syāmi, guru at-Tharā’ifi. Kesimpulannya ialah Ahmad bin Kinānah asy-Syāmi yang dipersalahkan, 
bukan at-Tharā’ifi.”

(3) Hafiz adz-Dzahabi di dalam Talkhīsh al-Maudhū`āt berkata, “`Utsman dha`if. Gurunya majhūl, dan haditsnya sāqith (gugur).” Ibnu Hibbaan pula berkata tentang
`Utsman at-Tharā’ifi bahawa tidak harus ia dijadikan hujah.

(4) Kesimpulannya ialah tokoh-tokoh hadits seperti Ibnu al-Jauzi, adz-Dzahabi, Hafizh Ibnu Hajar dan lain-lain mengatakan hadits contoh ketiga itu dusta dan maudhu`.

(5) Hadits itu juga terlalu tidak praktikal. Apa ertinya mengajak orang yang bernama Muhammad menghadhiri setiap mesyuarat? Adakah dia perlu diajak semata-mata 
untuk mendapat keberkatan, walaupun dia bukan ahli mesyuarat?

37

Usul dirayah hadis 0038

(6) Hadits yang tidak rasional begini bukan sahaja memeningkan kepala dan meresahkan jiwa orang-orang yang telah beragama Islam, ia juga boleh meliarkan dan 
menjauhkan orang-orang bukan Islam yang cuba berjinak-jinak dengan Islam.

Contoh Keempat:
من ولد له ثلاثه أو لاد فلم يسم أحدهم محمدا فقد جهل

Bermaksud: Sesiapa mendapat tiga orang anak laki-laki, tetapi ia tidak memberi nama Muhammad kepada seorang pun daripadanya, bererti ia memang jahil.

Rujukan:
Al-Mu`jamu al-Kabīr j.22 m/s 94, al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl j.7 m/s 236-237, Majma` az-Zawā’id j.8 m/s 49, Jāmi` al-Aĥādīts j.21 m/s 490, al-Jāmi` al-Kabīr j.7 m/s 
422, Faidhu al-Qadīr j.6 m/s 237, at-Tanwīr Syarĥ al-Jāmi` as-Shaghīr j.10 m/s 424, as-Silsilatu al-Aĥādīts ad-Dha`īfah j.1 m/s 439, al-Mudāwi Li `Ilali al-Jāmi` as-Shaghīr j.6 
m/s 420-421, al-Maudhū`āt j.1 m/s 154-155, al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.1 m/s 93-94, Talkhīsh al-Maudhū`āt m/s 8. Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 197, al-Fawā’id 
al-Majmū`ah m/s 470.

Komentar:
(1) Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt di bawah tajuk 
بَاب التسِميَة  بمحمد
telah mengemukakan 9 hadits berkenaan dengan kelebihan menamakan seseorang dengan nama Muhammad. Beliau membuktikan bahawa tidak ada satu pun daripadanya sahih dan tsabit.

(2) Sahabat-sahabat yang dida`wa telah meriwayatkannya daripada Nabi s.a.w. antara lainnya ialah:
(i) Ibnu `Abbaas. 
(ii) Ibnu `Umar. 
(iii) Sa`ad bin Abi Waqqāsh. 
(iv) Abu Hurairah. 
(v) `Ali bin Abi Thālib. 
(vi) Anas bin Malik. 
(vii) Abu Umāmah al-Bāhili. 
(viii) al-Miswar bin Makhramah. 
(ix) Wātsilah bin al-Asqa`. 

(3) Tidak kurang juga riwayat mursal dan mu`dhal dikemukakan sebagai riwayat penyokong bagi hadits-hadits yang dida`wa telah diriwayatkan oleh para sahabat yang
tersebut tadi. Antaranya: 
(i) Hadits Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya daripada


Usul dirayah hadis 0039
datuknya. 

(ii) Hadits `Abdul Malik bin Harun bin `Antarah daripada ayahnya daripada datuknya. Dan 

(iii) Hadits an-Nadhr bin Syufai secara mursal. Dan lain-lain.

(4) Hadits Ibnu `Abbaas adalah hadits contoh keempat yang dikemukakan di atas. Ia diriwayatkan oleh at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabīr, Ibnu `Adi di dalam al-Kāmil dan al-Ĥārits bin Abi Usāmah di dalam Musnadnya. Berikut dikemukakan sanad at-Thabaraani di dalam al-Mu`jamu al-Kabīr:
حدثنا أحمد بن النضر العسكري ، أخبرنا أبو خيثمة مصعب بن سعيد ، أخبرنا موسى بن أيمن ، عن ليث ، عن مجاهد ، عن ابن عباس مرفوعا
Di dalam sanad ini terdapat beberapa orang perawi yang sangat bermasalah. Antaranya:
(a) Abu Khaitsamah Mush`ab bin Sa`id. Ibnu `Adi berkata tentangnya, “Dia meriwayat banyak riwayat mungkar daripada perawi-perawi tsiqāt.” Kemudian Ibnu `Adi 
mengemukakan tiga riwayatnya sebagai contoh. Adz-Dzahabi mengomentarinya dengan berkata, “Ini memang mungkar dan malapetaka.” Ibnu `Adi juga berkata, “Tanda-tanda kelemahan jelas nyata pada riwayat-riwayatnya.”

(b) Laits bin Abi Sulaim. Laits adalah seorang perawi yang disepakati para ulama Rijāl tentang kedha`ifannya. Ibnu al-Jauzi di dalam al-Maudhū`āt meletakkan kecacatan 
riwayat Ibnu `Abbaas itu pada Laits. Kata beliau, “Musa bersendirian meriwayatkannya daripada Laits. Dan Laits dikatakan perawi matrūk oleh Ahmad dan lain-lain. Ibnu 
Hibbaan berkata, “Fikirannya bercelaru di akhir hayatnya. Dia menunggangbalikkan sanad-sanad dan memarfū`kan hadits mursal.”As-Suyuthi mengkritik Ibnu al-Jauzi kerana menghukum hadits itu sebagai maudhu` dan meletakkan beban kesalahannya di atas belakang Laits. Kata beliau, “Keadaan Laits tidaklah sampai membolehkan haditsnya dihukum maudhu`. Imam Muslim dan empat pengarang kitab Sunan meriwayatkan haditsnya. Ibnu Ma`īn dan lain-lain pula mengatakan beliau tsiqah.”
Bagi penulis, keputusan Ibnu al-Jauzi lebih tepat berhubung dengan hadits ini. Laits adalah perawi yang disepakati para ulama Rijāl tentang kedha`ifannya. Walaupun 
mereka tidaklah mengatakan dia dengan sengaja mereka hadits, tetapi kedha`ifannya tetap diterima oleh semua pihak.

39

Usul dirayah hadis 0040
Walaupun as-Suyuthi mengatakan Ibnu Ma`īn mentsiqahkan Laits, itu hanya berdasarkan satu riwayat daripada beliau. Terdapat beberapa lagi riwayat perwi-perawi tsiqāt daripada Ibnu Ma`īn menukilkan kata-kata beliau yang mendha`ifkan Laits. Kata-kata Ibnu Ma`īn bahawa Laits tsiqah, tidaklah bererti beliau tidak menganggap Laits dha`if. 

Inilah yang dimaksudkan oleh Bukhari apabila berkata tentang Laits, “Perawi shadūq yang waham.” Perkara yang sama juga telah disebutkan oleh Ya`qub bin Syaibah 
tentangnya, “Perawi shadūq yang dha`if haditsnya.”
Lafaz ta`dīl yang diberikan kepadanya terlalu rendah sehingga ia boleh disertai lafaz jarĥ.

As-Suyuthi mungkin terlepas pandang terhadap satu qaedah dirayah hadits yang dipegang oleh Ibnu al-Jauzi bahawa sesuatu hadits yang sanadnya dha`if, matannya 
mungkin sekali maudhu` kerana faktor-faktor lain.

Sebagaimana tidak semestinya apabila sanad sesuatu hadits sahih, maka matannya juga sahih. Sebagaimana tidak semestinya juga apabila sanad sesuatu hadits dha`if, maka matannya dha`if. Boleh jadi matannya sahih.

Berhubung dengan hadits yang sedang kita bincangkan sekarang, kalaulah kandungannya benar, tidak sangat dha`if atau maudhu`, kenapa sekian ramai sahabat -baik semasa hayat Rasulullah atau selepas kewafatan Baginda - yang telah dikurniakan lebih daripada tiga orang anak laki-laki tidak menamakan seorang pun daripadanya dengan nama Muhammad?!

Saiyyidina `Umar sebagai contohnya mempunyai anak laki-laki lebih daripada tiga orang, tetapi tidak ada sorang pun daripadanya bernama Muhammad! Bolehkah dengan
sebab itu kita mengatakan Saiyyidina `Umar memang jahil?
Inilah yang ada dalam perkiraan Ibnu al-Jauzi dan tidak terfikir oleh as-Suyuthi mungkin! As-Suyuthi nampaknya lebih memberikan perhatian kepada sudut sanad 
semata-mata. Sedangkan Ibnu al-Jauzi pula mengambil kira kandungan atau matan hadits selain sanadnya.

40

Usul dirayah hadis 0041

Sebagaimana telah disebutkan sebelum ini bahawa yang bermasalah di dalam sanad itu bukan Laits sahaja. Cuma Ibnu al-Jauzi menyebutkan Laits sahaja seolah-olahnya yang bermasalah. Padahal perawi di bawahnya juga bermasalah. 

(5) Pengarang at-Tanwīr (al-Amīr Muhammad bin Isma`il as-Shan`āni m.1182H) menghuraikan maksud potongan terakhir hadits contoh keempat yang diberikan di atas 
“bererti ia memang jahil”. Kata beliau, maksudnya ialah ia jahil tentang hak nama ini, hak mengambil berkat dengannya dan hak berasa mulia dan bertuah dengannya. 

(6) Hadits contoh keempat itu tidak boleh menjadi kuat dengan disokong oleh hadits Wātsilah bin al-Asqa`, hadits Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya daripada
datuknya dan hadits `Abdul Malik bin Harun bin `Antarah daripada ayahnya daripada datuknya, kerana semua hadits-hadits itu ibarat sokong membawa rebah sahaja. Di 
dalam sanad setiap satu daripadanya ada perawi-perawi yang tertuduh. 

(a) Di dalam sanad hadits Wātsilah ada `Umar bin Musa al-Wajīhi. Ia adalah pendusta besar dan pereka hadits (وضاع).

(b) Di dalam sanad hadits Ja`far bin Muhammad daripada ayahnya daripada datuknya ada `Abdullah bin Dāhir ar-Rāzi. Ibnu al-Jauzi dan adz-Dzahabi mengatakan ia 
mengada-ngadakan hadits.

(c) Di dalam sanad hadits `Abdul Malik bin Harun bin `Antarah daripada ayahnya daripada datuknya pula ada `Abdul Malik bin Harun itu sendiri. Ia adalah pendusta 
besar dan pereka hadits.


(7) Sekiranya seseorang muslim menamakan anak-anak lelakinya dengan nama-nama lain yang disebut baik oleh Rasulullah s.a.w. seperti `Abdullah, `Abdur Rahman, 
`Abdur Raĥīm dan lain-lain, niscaya ia benar dalam tindakannya. Tidak boleh dia dikatakan jahil. Nabi s.a.w. bersabda:
أن خير الأسماء عبدالله وعبد الرحمن والحارث
Bermaksud: Sesungguhnya nama yang paling baik ialah `Abdullah, `Abdur Rahman dan al-Ĥārits. (Hadits riwayat Ahmad dan at-Thabaraani).
41


Usul dirayah hadis 0042

(8) Hadits yang dikatakan terbaik dan bertaraf hasan oleh as-Suyuthi berkenaan dengankelebihan memberi nama Muhammad kepada anak-anak laki-laki ialah hadits Abu 
Umāmah berikut:
َعن أبي أمامة قال:قال رسول الله عليه وسلم  من ولده مولود فسماه محمدا تبركا به كان هو ومولوده في الجنة
Bermaksud: Abu Umāmah meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa mendapat anak, lalu dia memberi nama Muhammad kepada anaknya itu 
sebagai mengambil berkat dengannya, dia dan anaknya itu di dalam syurga.”

Ibnu Bukair mengemukakan riwayat ini di dalam kitabnya   فضائل  التسمية بأحمد  ومحمد    . 
Menerusi saluran riwayatnyalah Ibnu al-Jauzi mengemukakannya di dalam al-Maudhū`āt.
Berikut adalah sanadnya:
حدثنا حامد بن حماد بن المبارك العسكري حدثنا إسحاق بن يسار أبو يعقوب النصيبي حدثنا حجاج بن المنهال حدثنا حماد بن سلمة عن برد بن سنان عن مكحول عن أبي أمامة مرفوعا
Setelah mengemukakan riwayatnya dengan sanad ini Ibnu al-Jauzi berkata, “Di dalam sanadnya ada orang yang dipertikaikan.” Sekadar itu sahaja komentar beliau. 
As-Suyuthi ketika mengkritik Ibnu al-Jauzi berhubung dengan hadits ini di dalam al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.1 m/s 106 berkata, “Inilah hadits terbaik berhubung dengan
perkara ini. Isnadnya hasan. Makĥūl salah seorang ulama Tabi`īn dan fuqaha’ mereka. Bukan seorang (ulama) mengatakan beliau tsiqah. Imam Muslim berhujah dengan
haditsnya di dalam Sahihnya. Riwayatnya dikemukakan oleh Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad.

Pengarang-pengaran kitab-kitab hadits yang lain juga memasukkan hadits-haditsnya di dalam kitab-kitab mereka. 

Ibnu Ma`īn dan an-Nasā’i mengatakan dia tsiqah.ibnu al-Madīni mendha`ifkannya. 

Abu Haatim berkata, dia tidak kuat. Pernah juga beliau berkata, “Dia shadūq.” Abu Zur`ah pula berkata, “Tidak mengapa dengannya.” 

As-Suyuthi mungkin mengagak orang yang dikatakan oleh Ibnu al-Jauzi bahawa di dalam sanadnya ada perawi yang dipetikaikan itu ialah Makĥūl. Kerana itu beliau cuba


Usul dirayah hadis 0043

menyebutkan kelebihan-kelebihannya. Padahal `illat hadits ini bukan Makĥūl tetapi di bawahnya lagi. As-Suyuthi agaknya tidak perasan tentangnya. Perawi bermasalah yangdimaksudkan oleh Ibnu al-Jauzi ada di dalam sanad itu ialah Ĥāmid bin Ĥammād al-`Askari, guru Ibnu Bukair pengarang kitabفضائل التسمية بأحمد ومحمد    itu sendiri. 
Lihat apa kata adz-Dzahabi di dalam Mīzān al-I`tidāl tentangnya, “Dia (Ĥāmid bin Ĥammād al-`Askari) meriwayatkan daripada Ishaq bin Yasār an-Nashībi satu hadits yang mana dialah malapetakanya.” Lalu adz-Dzahabi mengemukakan hadits tadi. 
Hafizh Ibnu Hajar juga menyatakan persetujuan dengan adz-Dzahabi di dalam Lisān al-Mīzān.
Kerana itulah Ibnu al-Qayyim mengatakan hadits ini karut. Mulla `Ali al-Qāri juga memperakuinya di dalam al-Asrār al-Marfū`ah. 
Lihatlah saudara-saudaraku! Itulah kedudukan hadits yang terbaik berhubung dengan perkara ini. Kalau begitulah keadaan haditsnya yang terbaik, bayangkanlah bagaimana 
dengan yang lain-lain!! 

(9) Dilihat dari sudut Dirayah, hadits ini memang maudhu` kerana bercanggah dengan salah satu usul dirayah hadits, iaitu ia bercanggah dengan ajaran al-Qur’an dan as-
Sunnah yang jelas dan diketahui serta dipercayai semua orang Islam bahawa yang menentukan kejayaan dan kelepasan seseorang di akhirat ialah iman dan amal 
shalehnya, bukan nama dan gelaran semata-mata.

(10) Memanglah harus bahkan baik sekali menamakan anak-anak laki-laki dengan nama-nama nabi terutamanya nama Nabi kita Muhammad s.a.w. Kerana itu adalah 
tanda kita mengasihi dan menyayangi mereka, dan kita mahu mengikuti jejak langkah mereka. Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan umatnya memakai namanya. Lihat 
sebagai contohnya sabda Baginda ini:
تَسَمَّوْا بِاسْمِي وَلَا تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي
Bermaksud: Pakailah namaku, tetapi jangan pakai kuniahku (nama panggilanku Abul Qāsim). 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).

Usul dirayah hadis 0044
Para sahabat Baginda juga ada yang bernama Muhammad ada juga di antara mereka menamakan anaknya Muhammad. Tidak ada apa-apa masalah pun pada menamakan seseorang dengan nama Muhammad atau Ahmad. Yang salahnya ialah menamakan seseorang dengan nama Muhammad atau Ahmad dengan mempercayai adanya kelebihan-kelebihan seperti tersebut di dalam hadits-hadits maudhu` itu.

44

Tiada ulasan:

Catat Ulasan