Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 105 8/5/22s
(334-339)
٥٦ - باب مَا جَاءَ فِي الْوُضُوءِ مِنَ الرِّيحِ: 
56 - Bab Berwudhu’ Kerana Kentut.⁶⁶⁸
- cerita hukum keluar angin dari dubur.
- maksud الرِّيحِ keluar angin dari dubur.
- atau angin yang keluar dari qubul(lelaki keluar air kencing dan perempuan keluar darah haid.
- angin dari perut, sendawa ,sepakat tidak batal
- angin kepala , bersin, sepakat tidak batal
- sepakat ulama ,batal wuduk  angin keluar dari dubur.
Minit 13
- najis dari segi falsafah.
- tiada rasa dan bau
- manusia tak boleh kesan.
- berdasarkan hadits , didapati malaikat dapat mengesannya.
- kotor maknawi, mendidik jiwa umat Islam , kotor boleh jadi kotor pada batin.
- contoh kekotoran syirikإِنَّمَا ٱلْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ(orang-orang musyrik itu najis (kotor jiwa),
At-Taubah 9:28
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا۟ ٱلْمَسْجِدَ ٱلْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَاۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦٓ إِن شَآءَۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis (kotor jiwa), karena itu janganlah mereka mendekati Masjidilharam setelah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin (karena orang kafir tidak datang), maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana.
Al-Ma'idah 5:90
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَٰمُ 👈رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.
-pegangan hidup itu kotor.
- kotor pada hukum, zahirnya tidak.
- fikiran yang jahat itu kotor dan ada kesannya pada jiwa dan kehidupan kita.
Minit 20
-diajarkan  tahi, zahir nya busuk ini najis
-supaya yang abstrak atau tak nampak itupun boleh dilihat najis iaitu najis syirik, maksiat, kekufuran, dosa2 sebab semua itu kotor dan memberi kesan kepada jiwa kita.
- malaikat tertentu tidak akan bersama kita jika kita kotor
-perlu diketahui  malaikat sangat penting atau perlu   untuk kita diakhirat atau masa depan kita 
Minit24
- berhadas itu pun sudah kotor.
- jadi kita bukan sahaja jaga manusia disekeliling kita tetapi juga malaikat atau syaitan yang ada disekeliling kita.
-kita manusia lemah dan perlukan bantuan malaikat.
-ada malaikat, jika berhadas kecil pun sudah lari.
- bersih lahir belum pasti suci.
- kekotoran perlu dijauhi samada yang nampak atau tidak.
«٧٤» (وبه قال حدثنا) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَهَنَّادٌ قَالاَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ وُضُوءَ إِلاَّ مِنْ صَوْتٍ أَوْ رِيحٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. 
74 - Qutaibah dan Hannād meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada Syu`bah daripada Suhail bin Abi Shaleh daripada ayahnya (Abi Shaleh) daripada Abi Hurairah, beliau berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada wudhu’ kecuali kerana(terkeluar) bunyi atau bau (dari dubur).”⁶⁶⁹
Abu `Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.”⁶⁷⁰
- Qutaibah dan Hannād, sudah dibincang sebelum ini.
-buku baru keluar ada didalam nya.
- bolkeh cari biodatanya
- ada 6 perawi antara imam tirmizi dengan Nabi saw.
-paling atas Rasullah saw
1.Qutaibah dan Hannād meriwayatkan kepada kami, mereka berkata:
2. Wakī` meriwayatkan kepada kami daripada 
3. Syu`bah daripada 
4. Suhail bin Abi Shaleh daripada
5.ayahnya (Abi Shaleh) daripada 
6.Abi Hurairah, beliau berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Minit 38
👈لاَ وُضُوءَ إِلاَّ مِنْ صَوْتٍ أَوْ رِيحٍ.
Tiada wudhu’ kecuali kerana(terkeluar) bunyi atau bau (dari dubur).”⁶⁶⁹
- nabi cakap ringkas tetapi padat.
-sebaik-baik ucapan yang sedikit dan penuh makna.
-bau dari dubur.
Minit 43
- apa maksudnya?
- jika sesaorang sudah ada wuduk, tiadalah wajib untuknya berwuduk lagi.
Boleh berwuduk atau tajdid wuduk tetapi tidak wajib.
-bunyi dan bau adalah kepastian/keyakinan atau betul2 tanda batal.
-dosa gugur dengan wuduk  
- tiada wudhuk=tiada solat
- wajib jika telah batal
- bukan hanya terbatas kepada kentut shj yang membatalkan wuduk.
- tetapi ini kerana hanya yang ditanya ketika itu.
- hadits ini ada latarbelakangnya.ada peristiwa tertentu
- kenapa Nabi berkata begitu.
- orang yang bertanya itu tak pasti atau ragu sedang sebelumnya dia ada wuduk.
- keyakinan bersuci sesaorang tidak hilang dengan syak.
- ini kemudahan dalam Islam.
-orang yang yakin, keyakinannyalah yang menentukan batal atau tidak wuduknya.
- ini panduan kepada orang yang tertentu.
Bincang kata2 imam tirmizi:
1jam 08
(18) Selepas mengemukakan sesuatu hadits Imam Tirmizi 
mengatakan هاذا حديث صحيح atau هاذا حديث غريب atau هاذا حديث منكر Keputusan Imam Tirmizi yang seperti ini  tidak menimbulkan sebarang masalah atau kekeliruan. 
Yang menimbulkan kekeliruan ialah apabila beliau berkata: هذا  حديث صحيح حسن  غريب atau هذا حديث  غريب صحيح atau هذا حديث حسن غريب dan sebagainya
Apa ertinya semua istilah-istilah ini? Ia kelihatan semacam bertentangan. Kalau sudah sahih kenapa pula 
dikatakan gharib (dha`if)? Bolehkah sesuatu hadits itu sahih dan dalam masa yang sama ia juga dha`if? 
Para `ulama’ hadits telah memberi beberapa jawapan untuk menghilangkan kekeliruan akibat penggunaan istilah yang kelihatan bertentangan itu: 
(a) Imam Tirmizi mahu mengisyaratkan bahawa hadits berkenaan ada diriwayatkan melalui beberapa saluran riwayat. Ada antaranya yang sahih, ada yang hasan dan ada juga yang gharib atau dha`if. 
(b) Hadits berkenaan pada pandangan dan penilaian 
sesetengah `ulama’ sahih. Pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain ia hasan. Sementara pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain 
pula ia gharib. Ertinya ialah para `ulama’ hadits berbeza pendapat tentang taraf dan kedudukannya sesuai dengan syarat dan iltizam masing-masing. 
(c) Imam Tirmizi mengatakan begitu bukan hanya untuk hadits yang dikemukakan beliau sahaja. Salah satu daripada hukum yang diberikan itu memang sesuai untuk hadits yang dikemukakan beliau. Adapun yang dua lagi, ia tidak sesuai dengannya, malah ia sesuai dengan hadits-hadits sahabat lain yang diisyaratkan oleh beliau dengan kata: وفي الباب عن فلان وفلان
Ertinya keputusan yang dibuat Tirmizi itu adalah dengan 
mengambil kira hadits-hadits lain yang sema`na dengan hadits yang dikemukakan oleh beliau. 
(d) Menurut Hafiz al-`Iraqi, kata-kata Tirmizi هذا حديث حسن غريب misalnya bererti bagi beliau sifat hadits hasan pada hadits yang dikemukakan adalah lebih kuat daripada sifat hadits gharib atau dha`if. Apabila Imam Tirmizi menyebutkan hasan sebelum gharib, itu bererti sifat hasanlah yang lebih kuat padanya. Tetapi jika gharib 
pula disebut dahulu, maka itu bererti sifat ghariblah yang lebih kuat padanya. Antara hadits yang boleh diterapkan qaedah yang dikemukakan oleh Hafiz al-`Iraqi ini ialah 
hadits marfu` yang diriwayatkan oleh Ibnu `Umar dibawah 
باب ما جاء في الأربع قبل العصر
Berikut ialah haditsnya
٣٩٥ - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ وَأَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمِ بْنِ مِهْرَانَ (أن)سَمِعَ جَدَّهُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ حَسَنٌ
395. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Musa dan Mahmud Al Gahilan dan Ahmad bin Ibrahim Ad Dauraqi dan selainnya berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Ath Thayalisi berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muslim bin Mihran mendengar Kakeknya dari Ibnu Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Semoga Allah merahmati orang yang shalat empat rakaat sebelum ashar." Abu Isa berkata; "Hadits ini derajatnya hasan gharib."
Maksudnya:“Semoga Allah merahmati orang yang bersembahyang (sunat) empat raka`at sebelum (bersembahyang) `Ashar.”
Bagi al-`Iraqi sifat hadits gharib pada hadits ini lebih kuat 
berbanding sifat hadits hasan. Ini kerana Imam Tirmizi mendahulukan perkataan gharib daripada perkataan hasan. (Lihat as-Suyuthi- Quut al-Mughtazi j.1 m/s 57, al-
Mubarakfuri- Tuhfatu al-Ahwazi j.2 m/s 417).
(e)digunakan hanya sudut bahasa atau lughawi sahaja bukan dari sudut istilah 
Begitu bila dia kata yang ini lebih sahih dari yang itu, bukan bermakna lebih sahih tetapi hanya lebih baik.
Lebih sahih itu hanya secara nisbi.
Sebelum baca jami' tirmizi, baca muqaddimah nya dulu untuk nak faham dengan baik , istilah imam tirmizi
Berhenti disini 
«٧٥» حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الْمَسْجِدِ فَوَجَدَ رِيحًا بَيْنَ أَلْيَتَيْهِ فَلاَ يَخْرُجْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا)). قَالَ: وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَعَلِيِّ بْنِ طَلْقٍ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِي سَعِيدٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَهُوَ قَوْلُ الْعُلَمَاءِ أَنْ لاَ يَجِبَ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ إِلاَّ مِنْ حَدَثٍ يَسْمَعُ صَوْتًا أَوْ يَجِدُ رِيحًا. وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ إِذَا شَكَّ فِي الْحَدَثِ فَإِنَّهُ لاَ يَجِبُ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ حَتَّى يَسْتَيْقِنَ اسْتِيقَانًا يَقْدِرُ أَنْ يَحْلِفَ عَلَيْهِ. وَقَالَ إِذَا خَرَجَ مِنْ قُبُلِ الْمَرْأَةِ الرِّيحُ وَجَبَ عَلَيْهَا الْوُضُوءُ. وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَإِسْحَاقَ. 
75 - Qutaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul `Aziz bin Muhammad meriwayatkan kepada kami daripada Suhail bin Abi Shaleh daripada ayahnya daripada Abi Hurairah, (kata beliau): “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu berada di masjid⁶⁷¹ lalu mendapat angin di antara dua papan punggungnya, maka janganlah ia keluar sehingga ia mendengar bunyi (kentut) atau mendapat baunya.”⁶⁷²
Abu `Isa berkata: “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Abdillah bin Zaid,⁶⁷³ Ali bin Thalq, `Aaishah, Ibni `Abbās, Ibni Mas`ud dan Abi Sa`id.”⁶⁷⁴
Abu Isa berkata lagi: “Ini adalah hadits hasan shahih.⁶⁷⁵ Pendapat para `ulama’ ialah seseorang tidak perlu (wajib) berwudhu’ sehingga ia berĥadats, di mana ia mendengar bunyi atau mendapat bau (kentutnya). 
Abdullah bin al-Mubarak berkata: “Jika seseorang syak sama ada ia berhadas atau tidak,⁶⁷⁶ maka tidak perlulah ia berwudhu’ selagi tidak benar-benar yakin, sehingga ia berani bersumpah dengannya.”⁶⁷⁷Beliau berkata lagi, “Jika keluar angin dari kemaluan perempuan, maka ia wajib berwudhu’.”⁶⁷⁸ Inilah juga pendapat Syafi`e dan Ishaq.⁶⁷⁹
«٧٦» حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبَلُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ)). قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. 
76 - Mahmud bin Ghailan meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Razzāq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`mar meriwayatkan kepada kami
daripada Hammām bin Munabbih daripada 
(imam tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan dari)
Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima shalat⁶⁸⁰ seseorang daripada kamu⁶⁸¹ jika berhadats sehingga ia berwudhu’.”Abu `Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.”
____________________
⁶⁶⁸ Keluar angin dari dubur (kentut) juga merupakan salah satu perkara yang membatalkan wudhu’ menurut kesepakatan para `ulama’. Itulah tujuan Imam Tirmidzi mengadakan bab ini.
⁶⁶⁹ Maksudnya ialah tiada wudhu’ diwajibkan ke atas seseorang yang telah bersuci dari ĥadats kecuali apabila ia berhadats pula, misalnya dengan berkentut yang
diyakini betul-betul telah berlaku dengan mendengar bunyinya atau mendapat baunya.Seseorang boleh melakukan beberapa ibadat yang disyaratkan “suci dari hadats” dengan satu wudhu’ sahaja selagi ia tidak berhadats kembali.
Hadits ini tidaklah hendak membatas dan menghadkan perkara yang membatalkan wudhu’ itu hanya dengan kentut sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang membatalkan wudhu’. Disebutkan kentut sahaja kerana itulah yang ditanyakan kepadaRasulullah s.a.w. Orang yang bertanya pula dalam keraguan (syak) sama ada dia telah
benar-benar berkentut atau tidak. Jawapan daripada Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan bahawa kesucian seseorang yang yakin ia telah bersuci (berwudhu’ misalnya) tetap kekal dan ia tidak hilang dengan keraguan atau syak semata-mata. Ia baru dikira hilang apabila telah benar-
benar berlaku perkara yang membatalkannya. Kepada orang-orang yang berpenyakit waswas, bunyi kentut atau baunya yang jelas itulah seharusnya dijadikan panduan untuk menentukan sama ada ia telah benar-benar 
berkentut atau tidak. Kepada orang-orang yang tidak waswas pula, keyakinannyalah yang menjadi penentu. Jika ia yakin telah berkentut, bererti telah terbatallah wudhu’nya dengan yakin. Tidak kira sama ada kentutnya berbunyi atau pun tidak, dan berbau atau pun tidak. 
Sabda Nabi s.a.w. “kecuali kerana (terkeluar) bunyi atau bau (dari dubur)”, tidaklah menafikan terbatalnya wudhu’ dengan sebab berak atau kencing dan lain-lain. Kerana
334_________________
syariat Islam tidak datang sekali gus kepada Rasulullah s.a.w. Ia datang dengan berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit sesuai dengan keperluan semasa, sehingga akhirnya ia sempurna. Contoh lainnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
 لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالْمَارِقُ مِنْ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ
Bermaksud: Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa aku adalah utusan Allah melainkan kerana salah satu 
daripada tiga perkara ini; (1) (kerana) membunuh orang, (2) berzina setelah berkahwin secara sah, (3) keluar dari agama dengan meninggalkan jama`ah (umat Islam). 
(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain). 
Setelah meneliti banyak lagi hadits-hadits yang lain, para `ulama’ mendapati perkara yang menghalalkan darah seseorang muslim bukan tiga itu sahaja, malah ada lebih 
kurang sepuluh sebab semuanya.Demikian juga dengan hadits ke-74 ini, walaupun tersebut di dalamnya hanya kentut sahaja yang membatalkan wudhu’, tetapi tidaklah itu sahaja yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. pada kesempatan-kesempatan lain berhubung dengan perkara yangmembatalkan wudhu’. Terbukti banyak lagi sebab-sebab lain yang membatalkan wudhu’, dan semuanya berpunca daripada Baginda s.a.w. juga. 
⁶⁷⁰ Selain Tirmidzi, hadits ini juga dikemukakan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Abi Syaibah dan at-Thabarāni di dalam al-Mu`jam al-Ausathnya.
335________________________
⁶⁷¹ Yang dimaksudkan dengan perkataan “masjid” di sini ialah masjid sebenar menurut istilah syara` atau tempat bershalat, merangkumi masjid dan lain-lain spt mushalla, surau atau tempat bershalat di rumah sendiri.
Disebut masjid, kerana masjidlah tempat bershalat yang paling sempurna, lebih-lebih lagi dengan berjama`ah. Ia secara tidak langsung mengisyaratkan kepada tempat 
beribadat yang paling sempurna dan terpilih untuk umat Islam.
⁶⁷² Maksudnya ialah seseorang tidak perlu meninggalkan tempat shalatnya untuk pergi berwudhu’ kerana semata-mata perasan atau syak telah berkentut. Ini kerana wudhu’ seseorang yang diyakini telah ada tidak akan hilang dengan semata-mata perasan atau syak. Berbeza keadaannya apabila seseorang yakin telah berkentut, sama ada denganmendengar bunyi kentut atau mendapat bau busuknya atau pun tidak. Dlm keadaan ini barulah ia dianjurkan keluar untuk berwudhu’ kembali.Sabda Nabi s.a.w. “sehingga ia mendengar bunyi (kentut) atau mendapat baunya”merupakan kinayah kepada yakin telah berkentut. Mendengar bunyi kentut atau mendapat baunya bukanlah syarat dengan ijma` `ulama’. Kerana orang tuli tidak akan mendengar dan orang yang mati deria penciuman pula tidak akan mendapat bau kentutnya, walau sebusuk mana sekalipun kentutnya.
Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang dapat diambil daripada hadits ini ialah:
(1) Ia merupakan satu satu asas bagi beberapa qaedah fiqh yang sangat luas cakupannya. Antaranya ialah:
1 -اليقينَ لَايزولَ بالشكَ فيَ شيءَ منَ أمرَ الشرعَ
Bermaksud: Sesuatu yang yakin tidak hilang dengan sebab syak dalam apa pun urusan 
agama.
2 -الشكَ يدرأَ باليقينَ
Bermaksud: Syak tertolak dengan yakin.
3 -اليقينَ لَايزولَ إلَابمثله
Bermaksud: Keyakinan tidak hilang melainkan dengan keyakinan seumpamanya.
4 -الأَصْل بَقَاء مَا كَانَ على مَا كَانَ
Bermaksud: Pada dasarnya sesuatu (dikira) kekal atas keadaannya yang asal.
(2) Hadits ke-74 dan ke-75 menunjukkan angin yang keluar daripada dubur (kentut) membatalkan wudhu’.
(3) Tidak harus ada perasaan malu dalam mengajarkansesuatu hukum. Nabi s.a.w. mengajarkan segala perkara kepada para sahabatnya, termasuk berkenaan dengan
kentut, adakah ia membatalkan wudhu’ atau pun tidak.
(4) Keabsahan qarinah atau bukti dalam menentukan hukum-hakam agama.
336________________________________
(5) Tidak wajib mengambil air sembahyang untuk setiap kali bershalat atau melakukan ibadat-ibadat lain yang disyaratkan suci (berwudhu’) ketika melakukannya.
⁶⁷³ Hadits `Abdullah bin Zaid dikemukakan oleh Bukhari dan Muslim. 
⁶⁷⁴ Hadits `Abdullah bin Zaid dikemukakan oleh Bukhari dan Muslim. Hadits ali bin Thalq dikemukakan oleh Abu Daud dan Tirmidzi. Hadits aisyah dikemukakan oleh Ahmad al-Bazzaar, dan at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabir. Hadits ibnu abbaas dikemukakan oleh al-Bazzaar dan al-Baihaqi. Hadits Abu Sa`id pula dikemukakan oleh Abu Ya`la.
⁶⁷⁵ Selain Tirmidzi, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Abu `Awānah di dalam Musnadnya, Abu Nu`aim di dalam Mustakhrajnya dan al-Baihaqi di dalam Sunannya 
juga turut meriwayatkan hadits ke-75 ini.
⁶⁷⁶ selepas yakin telah bersuci.
⁶⁷⁷ Iaitu berani dan sanggup bersumpah bahawa wudhu’nya memang telah terbatal kerana betul-betul telah berkentut.
⁶⁷⁸ Kerana telah keluar sesuatu yang membatalkan wudhu’ dari salah satu saluran najis, iaitu qubul atau farajnya.
⁶⁷⁸ Berbeza daripada pendapat golongan Ĥanafiyyah. Mereka mengatakan keluar angin daripada qubul tidak membatalkan wudhu’. Alasannya menurut Mulla `Ali al-
Qāri ialah keadaan itu jarang berlaku. Maka ia tidaktermasuk dalam kehendak nas hadits. Alasan yang diberikan oleh Ibnu al-Humām lebih tepat lagi. Bagi beliau, angin yang keluar daripada zakar tidak lebih daripada pergerakan urat saraf padanya, ia bukan angin sebenar. Kerana itu tidaklah akan terbatal wudhu’ dengan sebabnya. Keadaannya sama spt angin yang keluar daripada perut apabila dibedah. Sesetengah `ulama’ Ĥanafiyyah di dalam Syarahnya bagi Syaraĥ Wiqāyah berkata, “Tokoh-tokoh `ulama’ dalam madzhab kita sependapat tentang angin yang keluar
337___________________
daripada dubur membatalkan wudhu’. Mereka berbeza pendapat tentang angin yang keluar daripada zakar dan qubul (faraj) wanita. Al-Qudūri meriwayatkan daripada Muhammad bahawa ia membatalkan wudhu’. Inilah pegangan sebahagian masyaikh. Abul Ĥasan berpendapat angin yang keluar daripada kedua-duanya tidak membatalkan wudhu’, kecuali kalau wanita mufdhāt iaitu wanita yang bertemu kedua-dua saluran najisnya, qubul dan dubur. Sesetengah `ulama’ berpendapat, wanita mufdhāt itu ialah wanita yang saluran kecing dan haidhnya bertemu (terkoyak), maka eloklah ia berwudhu’ jika keluar angin daripadanya. Syeikh Abu Ĥafsh al-Kabīr pula berpendapat, wanita mufdhāt wajib berwudhu’ (untuk bershalat dan sebagainya), jika keluar angin daripada qubulnya (kerana wudhu’nya terbatal dengan sebab keluar angin itu). Wanita tidak mufdhāt pula tidak wajib. Demikianlah disebut oleh Hisyām di dalam Nawādirnya daripada Muhammad. Sesetengah masyaikh pula berpendapat bahawa jika angin yang keluar daripada qubul mufdhāt itu berbau busuk, maka ia membatalkan wudhu’. Jika tidak, maka tidak. Demikianlah tersebut di dalam adz-Dzakhīrah. 
Daripada keterangan itu dapatlah engkau faham bahawa para `ulama’ terbahagi kepada dua kumpulan berhubung dengan angin yang keluar daripada zakar dan qubul wanita:
Pertamanya ialah ia membatalkan wudhu’. Dalilnya ialah makna umum yang difahami daripada hadits bahawa hadats itu ialah apa yang keluar melalui salah satu 
daripada dua saluran najis (qubul dan dubur). Ini kerana yang dikira ialah umum lafaz hadits, bukan sebabnya yang khusus. Itulah yang dipegang oleh asy-Syafi`e. 
Demikian tersebut di dalam al-Bināyah.
Keduanya pula ialah ia tidak membatalkan wudhu’. Inilah pendapat pengarang al-Hidāyah. Alasan beliau ialah angin itu tidak datang dari tempat najis. pendapat ini berlandaskan angin itu sendiri bukan najis. Ia baru menjadi najis apabila melalui tempat najis. Alasan yang dikemukakan oleh orang lain pula ialah apa yang berlaku 
sebenarnya hanyalah pergerakan saraf atau otot pada qubul dan zakar, bukan angin yang keluar. Tidak ada apa pun sebenarnya yang keluar. Kalau diandaikan angin 
sekalipun yang keluar, tetap juga ia tidak najis. 
(Lihat Taĥfatul Aĥwadzi j.1 m/s 251-252).
338____________
⁶⁸⁰ Maksud “Allah tidak menerima shalat” ialah tidak mengira ia sah dan melepaskan tanggungjawabnya terhadap Allah. 
⁶⁸¹ Seseorang daripada kamu yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalamhadits ini ialah para sahabat dan juga umat Baginda, termasuk lelaki dan perempuan.
339
Tiada ulasan:
Catat Ulasan