Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 105 8/5/22sr
(334-339)
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 105 8/5/22
٥٦ - باب مَا جَاءَ فِي الْوُضُوءِ مِنَ الرِّيحِ:
56 - Bab Berwudhu’ Kerana Kentut.⁶⁶⁸
Tajuk imam tirmizi buat untuk beritahu hukum apabila berkentut.
Ada beberapa jenis angin yang keluar dari badan manusia iaitu angin dari perut, kepala dan dubur serta qubul.
Dan الرِّيحِ adalah angin yang keluar melalui dubur yang disepakati ulamak batal wuduk.
Najis ada yang boleh dikesan dengan bau dan rasa
dan ada juga najis yang tidak boleh dikesan bau dan rasa.
Berdasarkan hadits , didapati malaikat dapat mengesannya.
Islam mendidik umatnya untuk menjauhi bukan sahaja kekotoran yang zahir yang boleh dilihat tetapi juga kekotoran yang tidak nampak itu(kekotoran maknawi)
Contoh kekotoran yang disebut dalam alquran iaitu kekotoran syirik(orang-orang musyrik itu najis (kotor jiwa)(At-Taubah 9:28)إِنَّمَا ٱلْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ
Dalam surah Al-Ma'idah 5:90
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَٰمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah kotor dan termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.
Selain itu pegangan hidup juga boleh kotor dan fikiran yang jahat juga boleh kotor dan ini ada kesannya pada jiwa dan kehidupan kita.
Selain itu maksiat, kekufuran, dosa2 juga kotor dan memberi kesan kepada jiwa kita.
Berhadas itu pun sudah kotor.
Malaikat tertentu tidak akan bersama kita jika kita kotor.
Perlu diketahui malaikat sangat penting atau perlu untuk membantu kita supaya masa depan atau diakhirat kita .
Kita hendaklah bukan sahaja jaga manusia disekeliling kita tetapi juga malaikat atau syaitan yang ada disekeliling kita.
Kita manusia lemah dan perlukan bantuan malaikat.
Ada malaikat, jika berhadas kecil pun sudah lari.
Bersih lahir adalah penting tetapi belum pasti lagi bersih dari kekotoran-kotoran maknawi.
Bagaimanapun semua kekotoran-kekotoran ini samada yang lahir (nampak) atau tidak, perlu kita jauhi .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan