Ahad, Mei 22, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 106 22/5/22s

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 106 22/5/22s

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 10(335)


«٧٥» حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الْمَسْجِدِ فَوَجَدَ رِيحًا بَيْنَ أَلْيَتَيْهِ فَلاَ يَخْرُجْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا)). 
👈قَالَ: وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَعَلِيِّ بْنِ طَلْقٍ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِي سَعِيدٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَهُوَ قَوْلُ الْعُلَمَاءِ أَنْ لاَ يَجِبَ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ إِلاَّ مِنْ حَدَثٍ يَسْمَعُ صَوْتًا أَوْ يَجِدُ رِيحًا. وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ إِذَا شَكَّ فِي الْحَدَثِ فَإِنَّهُ لاَ يَجِبُ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ حَتَّى يَسْتَيْقِنَ اسْتِيقَانًا يَقْدِرُ أَنْ يَحْلِفَ عَلَيْهِ. وَقَالَ إِذَا خَرَجَ مِنْ قُبُلِ الْمَرْأَةِ الرِّيحُ وَجَبَ عَلَيْهَا الْوُضُوءُ. وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَإِسْحَاقَ. 


75 - Qutaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul `Aziz bin Muhammad meriwayatkan kepada kami daripada Suhail bin Abi Shaleh daripada ayahnya daripada Abi Hurairah, (kata beliau): “Sesungguhnya

______________________

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 105(336)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu berada di masjid⁶⁷¹ lalu mendapat angin di antara dua papan punggungnya, maka janganlah ia keluar sehingga ia mendengar bunyi (kentut) atau mendapat baunya.”⁶⁷²

________________________


Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 105(337)

Abu `Isa berkata: “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Abdillah bin Zaid,⁶⁷³ Ali bin Thalq, `Aaishah, Ibni `Abbās, Ibni Mas`ud dan Abi Sa`id.”⁶⁷⁴
Abu Isa berkata lagi: “Ini adalah hadits hasan shahih.⁶⁷⁵ Pendapat para `ulama’ ialah seseorang tidak perlu (wajib) berwudhu’ sehingga ia berĥadats, di mana ia mendengar bunyi atau mendapat bau (kentutnya). 
Abdullah bin al-Mubarak berkata: “Jika seseorang syak sama ada ia berhadas atau tidak,⁶⁷⁶ maka tidak perlulah ia berwudhu’ selagi tidak benar-benar yakin, sehingga ia berani bersumpah dengannya.”⁶⁷⁷Beliau berkata lagi, “Jika keluar angin dari kemaluan perempuan, maka ia wajib berwudhu’.”⁶⁷⁸ Inilah juga pendapat Syafi`e dan Ishaq.⁶⁷⁹
________________________________

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 105(338)

«٧٦» حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبَلُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ)). قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. 
76 - Mahmud bin Ghailan meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Razzāq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`mar meriwayatkan kepada kami
daripada Hammām bin Munabbih daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., 
____________________
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 105(339)
Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima shalat⁶⁸⁰ seseorang daripada kamu⁶⁸¹ jika berhadats sehingga ia berwudhu’.”Abu `Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.”


Mmay berhenti disini 22/5/22
____________



335

⁶⁷¹ Yang dimaksudkan dengan perkataan “masjid” di sini ialah masjid sebenar menurut istilah syara` atau tempat bershalat, merangkumi masjid dan lain-lain spt 
mushalla, surau atau tempat bershalat di rumah sendiri.
Disebut masjid, kerana masjidlah tempat bershalat yang paling sempurna, lebih-lebih lagi dengan berjama`ah. Ia secara tidak langsung mengisyaratkan kepada tempat 
beribadat yang paling sempurna dan terpilih untuk umat Islam.

🗯💥🗯💥
Ilmu balaghah
سَجَدَ >>  يَسْجُدُ >> مَسْجَدْ/مَسْجِدْ
جلس >> مِجْلِسْ
Ilmu:
BarisTengah ilmu  balagha
Baris Akhir ilmu nahu
 مَنْ يُرِيدُ الله به خيرا يفقهه في الدين
Masjid dengan makna bahasa
Masjid dengan makna istilah
Makna solat
Bahasa Arab ada kaedahnya yang boleh dipelajari.

🗯💥🗯💥

Abdul Basil dari Subang baca.

⁶⁷² Maksudnya ialah seseorang tidak perlu meninggalkan tempat shalatnya untuk pergi berwudhu’ kerana semata-mata perasan atau syak telah berkentut. Ini kerana wudhu’ seseorang yang diyakini telah ada tidak akan hilang dengan semata-mata perasan atau syak. Berbeza keadaannya apabila seseorang yakin telah berkentut, sama ada dengan mendengar bunyi kentut atau mendapat bau busuknya atau pun tidak. Dlm keadaan ini barulah ia dianjurkan keluar untuk berwudhu’ kembali. Sabda Nabi s.a.w. “sehingga ia mendengar bunyi (kentut) atau mendapat baunya” merupakan kinayah kepada yakin telah berkentut. 
- kinayah adalah bahasa ilmu balaghah
- kinayah adalah bahasa isyarat.
- kinayah ada banyak makna.
- contoh Afif pergi kerumah yg ada beberapa anak perempuan yang cantik  dan di taman nya juga ada bunga2 yang ditanam  dan kata nak sunting bunga.
Bunga itu bahasa kinayah kepada anak2 gadis.
-majaz , istiazah lain- lain lagi ada.

Mendengar bunyi kentut atau mendapat baunya bukanlah syarat dengan ijma` `ulama’. Kerana orang tuli tidak akan mendengar dan orang yang mati deria penciuman pula tidak akan mendapat bau kentutnya, walau sebusuk mana sekalipun kentutnya.

Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang dapat diambil daripada hadits ini ialah:
(1) Ia merupakan salah satu asas bagi beberapa qaedah fiqh yang sangat luas cakupannya. Antaranya ialah:
1 -اليقينَ لَايزولَ بالشكَ فيَ شيءَ منَ أمرَ الشَرْعَ
Bermaksud: Sesuatu yang yakin tidak hilang dengan sebab syak dalam apa pun urusan agama.
2 -الشكَ يُدْرَأُ باليَقينَ
Bermaksud: Syak tertolak dengan yakin.
3 -اليقينَ لَايزُولُ إلَابمِثْلِه
Bermaksud: Keyakinan tidak hilang melainkan dengan keyakinan seumpamanya.
4 -الأَصْلُ بَقَاء مَا كَانَ على مَا كَانَ
Bermaksud: Pada dasarnya sesuatu (dikira) kekal atas keadaannya yang asal.

- hadits ini yang menjadi kaedah fiqh .
- usul fiqh perkara lain.

(2) Hadits ke-74 dan ke-75 menunjukkan angin yang keluar daripada dubur (kentut) membatalkan wudhu’.

(3) Tidak harus ada perasaan malu dalam mengajarkan sesuatu hukum. Nabi s.a.w. mengajarkan segala perkara kepada para sahabatnya, termasuk berkenaan dengan
kentut, adakah ia membatalkan wudhu’ atau pun tidak.

(4) Keabsahan qarinah atau bukti dalam menentukan hukum-hakam agama.

336


(5) Tidak wajib mengambil air sembahyang untuk setiap kali bershalat atau melakukan ibadat-ibadat lain yang disyaratkan suci (berwudhu’) ketika melakukannya.


⁶⁷³ Hadits `Abdullah bin Zaid dikemukakan oleh Bukhari dan Muslim. 
**tak habis...22/5/22..

⁶⁷⁴ Hadits `Abdullah bin Zaid dikemukakan oleh Bukhari dan Muslim. Hadits ali bin Thalq dikemukakan oleh Abu Daud dan Tirmidzi. Hadits aisyah dikemukakan oleh Ahmad al-Bazzaar, dan at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabir. Hadits ibnu abbaas dikemukakan oleh al-Bazzaar dan al-Baihaqi. Hadits Abu Sa`id pula dikemukakan oleh Abu Ya`la.

⁶⁷⁵ Selain Tirmidzi, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Abu `Awānah di dalam Musnadnya, Abu Nu`aim di dalam Mustakhrajnya dan al-Baihaqi di dalam Sunannya 
juga turut meriwayatkan hadits ke-75 ini.

⁶⁷⁶ selepas yakin telah bersuci.

⁶⁷⁷ Iaitu berani dan sanggup bersumpah bahawa wudhu’nya memang telah terbatal kerana betul-betul telah berkentut.

⁶⁷⁸ Kerana telah keluar sesuatu yang membatalkan wudhu’ dari salah satu saluran najis, iaitu qubul atau farajnya.

⁶⁷⁸ Berbeza daripada pendapat golongan Ĥanafiyyah. Mereka mengatakan keluar angin daripada qubul tidak membatalkan wudhu’. Alasannya menurut Mulla `Ali al-
Qāri ialah keadaan itu jarang berlaku. Maka ia tidaktermasuk dalam kehendak nas hadits. Alasan yang diberikan oleh Ibnu al-Humām lebih tepat lagi. Bagi beliau, angin yang keluar daripada zakar tidak lebih daripada pergerakan urat saraf padanya, ia bukan angin sebenar. Kerana itu tidaklah akan terbatal wudhu’ dengan sebabnya. Keadaannya sama spt angin yang keluar daripada perut apabila dibedah. Sesetengah `ulama’ Ĥanafiyyah di dalam Syarahnya bagi Syaraĥ Wiqāyah berkata, “Tokoh-tokoh `ulama’ dalam madzhab kita sependapat tentang angin yang keluar

337

daripada dubur membatalkan wudhu’. Mereka berbeza pendapat tentang angin yang keluar daripada zakar dan qubul (faraj) wanita. Al-Qudūri meriwayatkan daripada Muhammad bahawa ia membatalkan wudhu’. Inilah pegangan sebahagian masyaikh. Abul Ĥasan berpendapat angin yang keluar daripada kedua-duanya tidak membatalkan wudhu’, kecuali kalau wanita mufdhāt iaitu wanita yang bertemu kedua-dua saluran najisnya, qubul dan dubur. Sesetengah `ulama’ berpendapat, wanita mufdhāt itu ialah wanita yang saluran kecing dan haidhnya bertemu (terkoyak), maka eloklah ia berwudhu’ jika keluar angin daripadanya. Syeikh Abu Ĥafsh al-Kabīr pula berpendapat, wanita mufdhāt wajib berwudhu’ (untuk bershalat dan sebagainya), jika keluar angin daripada qubulnya (kerana wudhu’nya terbatal dengan sebab keluar angin itu). Wanita tidak mufdhāt pula tidak wajib. Demikianlah disebut oleh Hisyām di dalam Nawādirnya daripada Muhammad. Sesetengah masyaikh pula berpendapat bahawa jika angin yang keluar daripada qubul mufdhāt itu berbau busuk, maka ia membatalkan wudhu’. Jika tidak, maka tidak. Demikianlah tersebut di dalam adz-Dzakhīrah. 
Daripada keterangan itu dapatlah engkau faham bahawa para `ulama’ terbahagi kepada dua kumpulan berhubung dengan angin yang keluar daripada zakar dan qubul wanita:
Pertamanya ialah ia membatalkan wudhu’. Dalilnya ialah makna umum yang difahami daripada hadits bahawa hadats itu ialah apa yang keluar melalui salah satu 
daripada dua saluran najis (qubul dan dubur). Ini kerana yang dikira ialah umum lafaz hadits, bukan sebabnya yang khusus. Itulah yang dipegang oleh asy-Syafi`e. 

Sambung...atau baca sendiri..22/5/22

Demikian tersebut di dalam al-Bināyah.
Keduanya pula ialah ia tidak membatalkan wudhu’. Inilah pendapat pengarang al-Hidāyah. Alasan beliau ialah angin itu tidak datang dari tempat najis. pendapat ini berlandaskan angin itu sendiri bukan najis. Ia baru menjadi najis apabila melalui tempat najis. Alasan yang dikemukakan oleh orang lain pula ialah apa yang berlaku 
sebenarnya hanyalah pergerakan saraf atau otot pada qubul dan zakar, bukan angin yang keluar. Tidak ada apa pun sebenarnya yang keluar. Kalau diandaikan angin 
sekalipun yang keluar, tetap juga ia tidak najis. 
(Lihat Taĥfatul Aĥwadzi j.1 m/s 251-252).

338



⁶⁸⁰ Maksud “Allah tidak menerima shalat” ialah tidak mengira ia sah dan melepaskan tanggungjawabnya terhadap Allah. 

⁶⁸¹ Seseorang daripada kamu yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalamhadits ini ialah para sahabat dan juga umat Baginda, termasuk lelaki dan perempuan.

339

Tiada ulasan:

Catat Ulasan