Ahad, Mei 22, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (87-92)22/5/22

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (87-92)22/5/22

Perkara ke-empat belas:
Berkenaan dengan para perawi mukhtalaf fih 
(yang diperselisihkan oleh para 'ulama' sama ada periwayatannya boleh diterima atau tidak).

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (87)22/5/22
Perkara Keempat Belas:
Perbincangan Tentang Perawi-Perawi Mukhtalaf Fīh
Mula-mula sekali Imam Tirmidzi membincangkan tentang perawi-perawi lemah dan kedudukan hadits-hadits mereka. Ia disusuli dengan perbincangan tentang perawi-perawi mutakallam fīh serta kedudukan hadits-hadits mereka, lalu diikuti pula dengan perbincangan tentang perawi-perawi tsiqah yang berkedudukan sangat tinggi dalam bidang periwayatan hadits. Setelah diselangi dengan tiga perkara lain, sekarang Imam Tirmidzi kembali membincangkan pula tentang perawi-perawi. Kali ini beliau membincangkan tentang perawi-perawi mukhtalaf fīh. Sebagai contoh beliau kemukakan tiga nama perawi mukhtalaf fīh. 
Perawi-perawi mutakallam fīh ialah perawi-perawi yang dijarĥ dan juga di ta`dīlkan oleh para `ulama’ Rijāl, sedangkan jarĥ mereka menjejaskan `adālahnya. Perawi-
perawi mukhtalaf fīh juga dijarĥ dan dita`dīlkan oleh para `ulama’ Rijāl, tetapi jarĥ mereka tidak menjejaskan `adālahnya. Walaupun dijarĥ, mereka tetap dianggap tsiqah dan perawi yang boleh diterima riwayatnya. 
Maka perlu sekali difahami hakikat jarĥ yang dilakukan terhadap mereka. Ia sebenarnya berpunca daripada kekeliruan, kekurangan ma`lumat atau salah faham sesetengah `ulama’ Rijāl tentangnya. 

`Ikrimah Maula Ibni `Abbaas sebagai contohnya adalah salah seorang perawi mukhtalaf fih. Ia dituduh telah berdusta oleh sekumpulan `ulama’ dari kalangan Tābi`īn. 

Antaranya Sa`id bin Musaiyyab, al-Qāsim bin Muĥammad, `Athā’, Muĥammad bin Sīrīn, `Ali bin `Abdillah bin `Abbās dan Yaĥya bin Sa`id al-Anshāri.

Sementara sekumpulan `ulama’ yang lain pula membantah dan tidak menganggap `Ikrimah begitu. 

Kata Ayyub, “Dia bukan pendusta, aku tidak pernah menganggapnya berdusta.” 

Ibnu Abi Dzi’b menganggap `Ikrimah seorang perawi tsiqah. Bakr al-Muzani pula berkata, “Aku bersaksi bahawa dia (`Ikrimah) seorang Shadūq (sangat benar).”

87


Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (88)22/5/22


Di kalangan Ĥuffāzh hadits pula bukan Yaĥya bin Ma`īn sahaja mengatakan `Ikrimah tsiqah. Imam bukhari bahkan memasukkan hadits `Ikrimah ke dalam Sahihnya. Ibnu 
`Adi berkata, “Jika perawi-perawi tsiqāt meriwayatkan hadits daripadanya maka dia adalah mustaqīmul ĥadīts (perawi yang hadits-haditsnya terselamat daripada unsur-
unsur kelemahan dan boleh dijadikan hujah).” Para imam hadits tidak enggan meriwayatkan hadits-hadits daripadanya. Ahmad bin al-Qāsim berkata, “Aku melihat Ahmad (bin Ĥambal) mendha`ifkan riwayat `Ikrimah. Dan beliau tidak menganggap riwayatnya hujah.” Abu Bakar al-
Khallāl pula berkata, “Itu hanya berhubung dengan hadits-haditsnya yang tertentu sahaja.” Al-Khallāl berkata lagi, “`Ikrimah di sisi Abi Abdillah (Imam Ahmad) adalah 
perawi tsiqah. Beliau berhujah dengan haditsnya.” 
Ibnu Ma`īn sampai berkata, “Jika engkau dengar ada sesiapa berkata sesuatu yang tidak baik terhadap `Ikrimah, maka raguilah Islamnya.”
Abu Ĥātim berkata, “Haditsnya boleh dijadikan hujah apabila orang-orang yang tsiqah meriwayatkan daripadanya.” Kata Abu Ĥātim lagi, “Sebenarnya Mālik dan Yaĥya bin Sa`id mempertikaikan `Ikrimah tidak kerana lain melainkan kerana fahamannya yang terpesong. Dia dikatakan berfahaman Khawarij.” Demikian juga pandangan Ibnu Sīrīn terhadap `Ikrimah.
Pendustaan Ibnu `Umar terhadapnya memang diriwayatkan melalui beberapa saluran (riwayat), tetapi semuanya tidak sahih. Imam Mālik membantahnya. Imam Tirmidzi mengemukakan beberapa nama perawi mukhtalaf fih. Antaranya `Abdul Malik bin Abi Sulaiman dan Ĥakīm bin Jubair. Syu`bah telah menjarĥkan mereka berdua. Setelah dikaji oleh para `ulama’, terbukti alasan Syu`bah menjarĥkan mereka hanyalah kerana mereka ada meriwayatkan beberapa hadits yang disalah faham 
oleh Syu`bah maksudnya. Padahal maksudnya bukanlah seperti difahami Syu`bah. Oleh kerana Syu`bah bukan seorang mujtahid dalam bidang fiqh, para `ulama’ tidak
menganggap jarĥnya terhadap mereka kerana meriwayatkan hadits-hadits itu sebagai mu`tabar.
88


Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (89)22/5/22

Langkah yang seharusnya diambil apabila berhadapan dengan perselisihan pandangan para `ulama’ Jarĥ dan Ta`dīl tentang seseorang perawi ialah melihat kepada pihak manakah yang lebih ramai. Adakah pihak yang menjarĥkannya atau yang mentautsīqkannya. Pihak yang lebih ramai itulah seharusnya ditarjīĥkan. Jika kedua-
dua pihak sama ramainya, maka perlu dilihat di pihak manakah terdapat lebih ramai tokoh-tokoh besar. Pihak yang lebih ramai tokoh besar itulah seharusnya ditarjīĥkan. 

Langkah sederhana juga boleh diambil apabila bertembung dua pandangan yang berbeza tentang jarĥ dan ta`dīl seseorang perawi. Ia ibarat mencampurkan air yang
sangat panas dengan air sejuk, hasil yang diprolehi daripadanya ialah air suam. Dengan itu perawi yang berbeza pandangan `ulama’ Rijāl tentangnya dari segi jarĥ dan ta`dīl itu diturunkan sedikit darjatnya, misalnya daripada kedudukan perawi sahih diturunkan 
kepada kedudukan perawi ĥasan.

Perawi-perawi mukhtalaf fīh itu terbahagi kepada 4 bahagian:
(1) Orang-orang yang memang dituduh (dikatakan telah) berdusta.
(2) Orang-orang yang tidak dianggap atau dikatakan sebagai pendusta, tetapi kerana teruk sangat ingatannya, hadits-hadits yang diriwayatkannya banyak yang salah dan 
banyak pula terdapat waham padanya.
Perawi-perawi dari dua bahagian ini tidak boleh sama sekali diterima periwayatannya. Ia termasuk dalam kategori matrūk (perawi yang tidak boleh diterima riwayatnya).
(3) Perawi-perawi yang dianggap benar dan kadang-kadang sahaja tersalah. Hadits-hadits perawi dari bahagian ke-3 ini boleh dijadikan hujah.
(4) Perawi-perawi yang dianggap benar, tetapi banyak tersalah dan banyak waham. 

Walaupun begitu, tidaklah kesalahan dan wahamnya lebih banyak terdapat pada keseluruhan riwayat-riwayatnya. 
Kebanyakan perawi mukhtalaf fīh terdiri daripada bahagian ke-4 ini. Merekalah golongan yang diperselisihkan oleh para `ulama’ Rijāl, sama ada riwayatnya boleh diterima, dijadikan hujah atau pun tidak.

89

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (90)22/5/22

Di sana terdapat juga perawi-perawi yang khilaf para `ulama’ Rijāl tentangnya. Adakah mereka termasuk dalam kategori perawi pendusta atau pun tidak? Perawi-perawi yang lebih banyak terdapat kesalahan di dalam hadits-haditsnya atau pun tidak? Perawi-perawi yang lebih banyak terdapat kesalahan-kesalahan yang teruk di dalam hadits-hadits yang diriwayatkannya atau pun kesalahan seperti itu hanya sedikit sahaja adanya?

 قَالَ أَبُو عِيسَى وَقد اخْتلف الْأَئِمَّة من أهل الْعلم فِي تَضْعِيف الرِّجَال كَمَا اخْتلفُوا فِي سوى ذَلِك من الْعلم ذكر
 عَن شُعْبَة أَنه ضعف أَبَا الزبير الْمَكِّيّ وَعبد الْملك بن أبي سُلَيْمَان وَحَكِيم بن جُبَير وَترك الرِّوَايَة عَنْهُم ثمَّ حدث

 شُعْبَة عَمَّن هُوَ دون هَؤُلَاءِ فِي الْحِفْظ وَالْعَدَالَة حدث عَن جَابر الْجعْفِيّ وَإِبْرَاهِيم بن مُسلم الهجري وَمُحَمّد بن عبيد الله الْعَرْزَمِي وَغير وَاحِد مِمَّن يضعفون فِي الحَدِيث 
Bermaksud: Kata Abu `Isa, “Para imam hadits berbeda pendapat dalam mendha`ifkan perawi-perawi, sebagaimana mereka berbeda pandangan berhubung dengan perkara-
perkara lain dalam ilmu ini. Disebutkan bahawa Syu`bah mendha`ifkan Abu az-Zubair al-Makki,¹³⁹ `Abdul Malik bin Abi Sulaiman140 dan Ĥakīm bin Jubair.¹⁴¹ Beliau telah

_________________
¹³⁹ Beliau ialah Muĥammad bin Muslim bin Tadrus al-Makki al-Qurasyi al-Asadi, seorang perawi shadūq, ĥāfizh dan banyak meriwayatkan hadits. Abu az-Zubair adalah kuniahnya. Kata Ya`la bin `Athā’, “Abu az-Zubair adalah antara manusia yang paling sempurna `aqalnya dan 
paling kuat ingatannya. 
`Athā’ bin Abi Rabāĥ bercerita, kata beliau, “Kami selalu menghadap Jābir. Beliau meriwayatkan hadits kepada kami. Apbila kami keluar (dari sisinya) kami bermuzakarah. 
Ternyata Abu az-Zubair adalah yang paling ingat hadits antara kami.”
Ibnu Ma`īn dan an-Nasā’i mengatakan Abu az-Zubair tsiqah. Abu Zur`ah, Abu Ĥātim dan al-bukhari pula mengatakan dia tidak boleh dijadikan hujah. Bukan seorang dua tokoh Rijāl hadits berpendapat dia seorang perawi mudallis. Jika dia menyatakan samā`nya, maka dia dianggap hujah. Abu az-Zubair meninggal dunia pada tahun 128 Hijrah. 
(Lihat Siyar A`lām an-Nubalā’ j.5 m/s 380, Tadzkiratul Ĥuffāzh j.1 m/s 95).

¹⁴⁰ Al-`Arzami al-Kūfi. Abu Muĥammad adalah kuniahnya. Beliau adalah salah seorang Hafizh hadits yang kuat dan hebat. `Abdul Malik bin Abi Sulaiman al-`Arzami terbilang sebagai salah seorang muĥaddits besar di zamannya. Abdur rahman bin Mahdi berkata, “Syu`bah sangat 
kagum dengan hafalan `Abdul Malik.” Ahmad, Ibnu ammaar dan al-`Ijli pula berkata, “Dia tsiqah dan hujah.” An-Nasā’i juga menganggapnya tsiqah. Imam bukhari bagaimanapun hanya menerimanya sebagai perawi syawahidnya sahaja. Abdul Malik meninggal dunia pada tahun 145 Hijrah. 
(Lihat Tadzkiratul Ĥuffāzh j.1 m/s 117, Tahdzīb at-Tahdzīb j.6 m/s 352-353).

¹⁴¹ Beliau ialah Ĥakīm bin Jubair al-Asadi al-Kūfi. Kata Imam Ahmad tentangnya, “Perawi lemah lagi mudhtharib.” Ibnu Ma`īn berkata, “Langsung tidak bernilai.” Kata Ibnu al-Madīni,

90

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (91)22/5/22

berhenti meriwayatkan hadits daripada mereka. Kemudian beliau meriwayatkan daripada orang-orang yang lebih rendah kedudukannya daripada mereka itu, baik 
daripada segi ingatan atau daripada segi `adālahnya.
Beliau (Syu`bah) meriwayatkan hadits daripada Jābir al-Ju`fi, Ibrahim bin Muslim al-Hajari,142 Muhammad bin `Ubaidillah al-`Arzami143 dan bukan seorang dari kalangan orang-orang yang dianggap dha`if dalam hadits.
حَدثنَا مُحَمَّد بن عَمْرو بن نَبهَان بن صَفْوَان الْبَصْرِيّ حَدثنَا أُميَّة بن خَالِد قَالَ قلت لشعبة تدع عبد الْملك بن 
أبي سُلَيْمَان ونحدث عَن مُحَمَّد بن عبيد الله الْعَرْزَمِي قَالَ نعم قَالَ أَبُو عِيسَى وَقد كَانَ شُعْبَة حدث عَن عبد 
الْملك بن أبي سُلَيْمَان ثمَّ تَركه وَيُقَال إِنَّمَا تَركه لما تفرد بِالْحَدِيثِ الَّذِي روى عَن عَطاء بن أبي رَبَاح عَن جَابر بن 
عبد الله عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَالَ الرجل أَحَق بشفعته ينْتَظر بِهِ وَإِن كَانَ غَائِبا إِذا كَانَ طريقهما وَاحِدًا 
وَقد ثَبت عَن غير وَاحِد من الْأَئِمَّة وَحَدثُوا عَن أبي الزبير وَعبد الْملك بن أبي سُلَيْمَان وَحَكِيم بن جُبَير
Muhammad bin amar bin Nabhān bin Shafwān al-Bashri meriwayatkan kepada kami, katanya: Umaiyyah bin Khālid¹⁴⁴  meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku berkata Aku pernah bertanya Yahya bin said tentangnya. Maka kata Yahya, “Berapa banyak (sangat) dia telah meriwayatkan (hadits)? Dia telah meriwayatkan sedikit sahaja hadits.” Abu Zur`ah berkata, “Dia seorang yang benar in sya’ Allah.” Hafiz Ibnu Hajar pula berkata tentangnya, “Perawi dhaif yang dituduh berfahaman Syi`ah, dari thabaqah ke-5. 
(Lihat Tahdzīb at-Tahdzīb j.2 m/s 383, Taqrīb at-Tahdzīb m.s 186). 

______________
¹⁴² Al-`Abdi. Abu Ishaq adalah kuniahnya. Yahya dan an-Nasā’i berkata, “Perawi yang lemah haditsnya.” Sufyan bin `Uyainah mendhaifkannya. Ali bin al-Junaid berkata, “Matrūk.” Al-Azdi pula berkata, “Dia perawi shadūq, suka memarfū`kan hadits dan banyak waham.” 
(Lihat Ibnu al-Jauzi – ad-Dhu`afā’ Wa al-Matrūkīn j.1 m/s 53).

¹⁴³ Beliau ialah Muhammad bin `Ubaidillah bin Abi Sulaiman al-`Arzami al-Fazāri al-Kūfi. Abu `Abdir Rahman adalah kuniahnya. Kata Ahmad, “Orang ramai meninggalkan (tidak mahu menerima) haditsnya.” Kata Yahya bin Ma`īn, “Langsung tidak bernilai. Tidak boleh ditulis haditsnya.” Kata al-Bukhari, “Ibnu al-Mubārak dan Yahya tidak mahu menerima haditsnya.” 
Kata Wakī`, “Al-`Arzami sebenarnya adalah seorang yang shaleh. Oleh kerana kitab-kitabnya telah hilang, dia hanya meriwayatkan hadits berdasarkan ingatannya semata-mata, maka banyaklah perkara mungkar dikemukakannya.” Muhammad bin `Ubaidillah al-`Arzami meninggal dunia pada tahun seratus lima puluhan Hijrah. 
(Lihat Tahdzīb al-Kamāl j.26 m/s 43-44, Taqrīb at-Tahdzīb m.s 494). 

¹⁴⁴ Beliau ialah Umaiyyah bin Khalid bin al-Aswad al-Qaisi al-Bashri. Abu `Abdillah adalah kuniahnya. Beliau saudara (abang) Hudbah. Abu Zur`ah, Abu Ĥātim, Tirmidzi dan al-`Ijli

91

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (92)22/5/22

kepada Syu`bah, “Engkau meninggalkan `Abdul Malik bin Abi Sulaiman dan meriwayatkan hadits daripada Muĥammad bin `Ubaidillah al-`Azrami?” Jawab 
Syu`bah, “Ya”.Kata Abu `Isa, “Syu`bah sebenarnya pernah meriwayatkan (hadits) daripada `Abdul Malik bin Abi Sulaiman, tetapi kemudian tidak mahu meriwayatkan daripadanya. Dikatakan Syu`bah sebenarnya tidak mahu meriwayatkan lagi hadits daripada `Abdul Malik bin Abi Sulaiman disebabkan ia bersendirian dalam meriwayatkan hadits daripada `Athā’ bin Abi Rabāĥ daripada Jābir bin Abdillah daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: “Seseorang itu lebih berhak mensyuf`ah, ia ditunggu kerananya, walaupun ketika ketiadaannya, jika jalan mereka sama.”¹⁴⁵
Bukan seorang dua imam-imam hadits menganggap `Abdul Malik seorang perawi yang kuat. Mereka meriwayatkan hadits daripada Abi az-Zubair, `Abdul Malik bin Abi 
Sulaiman dan Ĥakīm bin Jubair.

_______________
mengatakan beliau tsiqah. Daaraquthni berkata, “Aku tidak mengetahui dia melainkan sebagai seorang yang baik.” Hafiz Ibnu Hajar pula berkata, “Perawi shadūq, dari thabaqah ke-9. Umaiyyah meninggal dunia pada tahu 200 atau 201 Hijrah. 
(Lihat Tahdzīb at-Tahdzīb j.1 m/s 324, Taqrīb at-Tahdzīb m.s 114).

¹⁴⁵ Hadits ini diriwayatkan oleh Tirmidzi di dalam Sunannya dengan lafaz: بالشفعة أحق الجار) jiran mempunyai hak syuf`ah melebihi orang-orang lain). Setelah mengemukakannya Imam Tirmidzi berkata, “Ini adalah hadits gharib. Tiada siapa pun meriwayatkannya selain `Abdul Malik bin Abi Sulaiman daripada `Athā’ daripada Jābir. Syu`bah mentajrīĥkan `Abdul Malik bin Abi Sulaiman kerana hadits ini. Sedangkan `Abdul Malik adalah seorang tsiqah lagi 
ma’mūn di sisi Ahlul Hadits. Kita tidak mengetahui ada sesiapa mempertikaikannya kerana hadits ini selain Syu`bah. Wakī` telah meriwayatkan hadits ini daripada Syu`bah daripada`Abdul Malik bin Abi Sulaiman.”
Oleh kerana kebanyakan imam mujtahidin, termasuk Imam Malik, syafie dan Ahmad tidak menerima hak syuf`ah jiwār, riwayat `Abdul Malik pula bercanggah dengan pandangan 
mereka, maka Syu`bah yang terpengaruh dengan pandangan mereka mempertikaikan riwayat `Abdul Malik. Padahal ada juga imam-imam mujtahid yang menerima hak syuf`ah jiwār itu. 
Antaranya ialah Imam abu hanifah. Atas alasan hadits yang menyabitkan hak syuf`ah itu hanya diriwayatkan oleh `Abdul Malik sahaja, Syu`bah mengetepikannya. Sedangkan `Abdul Malikadalah seorang perawi tsiqah. Tidak ada orang yang mendhaifkannya selain Syu`bah.

92

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 (93)22/5/22
Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 ()22/5/22
Kecacatan('Ilal)hadis sesi 040 p14 ()22/5/22

Tiada ulasan:

Catat Ulasan