Kitab ilal 01-15sssP13s 8/5/22sesi 39
Kitab ilal 01-15sssP13 1
Perkara ketigabelas :
Kehujjahan hadits mursal
Hadits mursal terbahagi dua:
(1) Mursal `Aam (2) Mursal khas.
Mursal `Aam ialah hadits yang terputus di mana-mana bahagian sanadnya. Sama ada ia diriwayatkan secara ta`liq, iaitu apabila seseorang pengarang kitab hadits tidak
menyebutkan atau menggugurkan seorang atau lebih perawi di permulaan sanad, atau dalam bentuk inqithā` (munqathi`), iaitu dengan membuang seorang perawi di tengah sanad, atau dalam bentuk i`dhāl, iaitu dengan membuang dua orang atau lebih perawi secara berturut-turut di tengah sanad, atau dalam bentuk irsāl sebenarnya, iaitu dengan menggugurkan nama sahabat yang meriwayatkannya di penghujung sanad.
- jadi makna mursal itu luas.boleh jadi perawi yang digugurkan diawal sanad, ditengah sanad,atau buang 2 orang perawi ditengah sanad,atau gugurkan nama sanad dipenghujung sanad.
- ini istilah mutaqodimin
Semua bentuk-bentuk yang tersebut di atas dalam istilah mutaqaddimīn disebut mursal.
Di dalam enam kitab utama hadits yang terkenal itu banyak sekali digunakan mursal menurut istilah mutaqaddimīn. Mursal inilah juga yang dimaksudkan oleh Tirmidzi dalam perbincangannya ini.
-6 kitab utama hadits atau sunan sittah.
-istilah ini berbeza antara mutaqodimin dan mutakhirin, begitu juga ulamak fiqh sama juga yakni berbeza.
- mutaqaddimīn adalah 300 tahun selepas kematian nabi
-muta’akhkhirīn selepas itu.
- imam tirmizi termasuk dalam mutaqoddimin.
- imam bukhari pun mutaqodimin.
- bila baca kitab mutaqodimin, bila disebut mursal, kita kena
ingat ianya tak sama dengan istilah mutakhirin.
- dalam istilah mutakhirin, mursalnya adalah dengan makna mursal khas iaitu dalam sanad yang dibuang sahabat.
- dalam kitab mutaqadimin , istilah mursal dalam bentuk lain.
- kena sedar bila baca kitab samada mutaqodimin atau mataakhirin.
- contoh imam bukhari, banyak hadits- hadits yang dikemukakannya secara taklid sebagai mutabaah kepada ahadits usulnya,bermakna sanad dibahagian bawahnya tiada sedang bahagian atas ada. Ini pun mursal dalam makna umumnya.
- jadi bila kitab kena pastikan kitab itu kitab siapa.jangan keliru.
- banyak perkara yang berbeza antara mutakhirin dan mutaqidimin.
- contoh lain perkataan karoha atau karohiyah (makruh)
Tidak berdosa atau tidak ada pahala kalu kita buat.
-ikut istilah mutaqodimin atau mutakhirin tidak mesti dengan makna tadi.
Makruh tanzimin atau tahrimi dan bezanya dalam istilah mutaakhiri.
- dalam istilah mutaqaddimīn lebih umum yakni bila sebut makruh boleh jadi bermakna haram bukan makruh. Kalu baca kitab2 tirmizi banyak benar perkara ini terutama pada tajuk2nya. Tapi ada juga dia guna dengan makna haram.
- sama juga istilah sunnah atau Sunat.
mutaqaddimīn, sunat lebih luas dengan makna sunnah yakni yang dikaitkan dengan Rasullah saw.
- jadi istilah mutakhirin atau mutaqodimin kita kena tahu. Termasuk dalam semua bab seperti bab aqidah, tafsir, syarah hadits semua ada perbezaan.
- contoh aqidah, kalangan mutaqodimin, cara faham kalangan asyairah seperti yang kita faham sekarang ini tidak ada.
Mursal khas ialah mursal menurut istilah muta’akhkhirīn, iaitu hadits yang tidak disebutkan nama sahabat yang meriwayatkannya di penghujung sanad. Tābi`i terus
meriwayatkan sesuatu hadits daripada Nabi s.a.w. tanpa menyebutkan nama sahabat yang meriwayatkan kepadanya hadits itu.
Perhubungan di antara mursal `aam dan mursal khas adalah perhubungan umum khusus mutlaq.
- ini istilah ilmu mantik digunakan , nisbah umum khusus mutlaq
Mursal khas tentunya merupakan sebahagian daripada mursal `aam.
Apabila Imam Tirmidzi membincangkan tentang mursal `aam, dengan sendirinya termasuk juga di bawah perbincangannya mursal khas.
- hubungan kuih dengan ondeh2
- kuih umum, buah melaka khusus
-ondeh2 termasuk kuih.
Terdapat perbedaan pendapat tentang kehujahan hadits mursal.
- boleh dijadikan hujjah bererti boleh dijadikan sandaran pada bab hukum dan lain-lain lagi.
Kebanyakan fuqaha’ menerimanya sebagai hujah. Kebanyakan muĥadditīn pula tidak menerimanya sebgai
hujah(panduan atau sandaran dalam bab hukum).
- bukan semua muĥadditīn
Perbedaan mereka bukanlah perbedaan dalam erti kata yang sebenarnya. Kerana orang-orang yang menerimanya sebagai hujah tidaklah menerimanya secara mutlaq, dengan erti semua hadits mursal dapat dijadikan hujah.
-tidak semua tabiin meriwayatka hadits daripada sahabat, ada juga mereka meriwayatkan daripada tabiin. Disinilah masalahnya.
-mursal tabiin, tabiin tu macam mana?
- jika tabiin itu terima dari sahabat, ini boleh diterima.
Orang-orang yang tidak menerimanya sebagai hujah juga tidaklah tidak menerimanya secara mutlaq.
Mereka juga menerima hadits mursal orang-orang tertentu sebagai hujah dan mu`tabar.
Dalam perbincangan ini Imam Tirmidzi menukilkan pandangan Yahya bin Sa`id al-Qatthān, bahawa bagi beliau hadits-hadits mursal itu tidak sama darjatnya.
Hadits mursal riwayat `Athā’, Abu Ishaq, A`masy, at-Taimi, Yahya bin Abi Katsīr, ats-Tsauri dan Ibnu `Uyainah dha`if. Sebabnya ialah mereka mengambil riwayat daripada perawi-perawi yang bermacam-macam latar belakangnya. Mereka pula tidak memeriksa dan menapisnya.
Riwayat mursal Mujāhid, Thāwūs, Sa`id bin Jubair, Imam Malik dan Ĥasan al-Bashri pula boleh diterima, kerana mereka memeriksa dan meneliti perawi-perawi yang
hendak diambil hadits daripadanya. Mereka pula tidak mengambil hadits-hadits daripada perawi-perawi sembarangan.
Kesimpulannya ialah hadits mursal itu tidak semuanya boleh diterima dan tidak semuanya juga tertolak.
Para Tābi`īn tidak begitu menekankan sangat soal sanad di zaman mereka. Mereka lebih mementingkan hadits yang diterima daripada mana-mana sahabat Rasulullah s.a.w. Hadits-hadits itulah yang dihafal mereka, bukan nama-nama sahabat yang meriwayatkannya. Kerana bagi mereka sahabat Nabi s.a.w. itu semuanya baik dan
boleh dipercayai (assahabah qulluhum udul).
-ghaful bukan jamak
-ghafur yang sangat pengampun.
Setelah bermula zaman hadits dikemukakan dengan sanad, sukarlah kepada sesetengah mereka menyebut nama sahabat dengan tepat, lalu mereka meriwayatkan
hadits-hadits yang diingati dan dihafal mereka terus daripada Nabi s.a.w.
-inilah punca berlaku riwayat secara mursal.
-tabiin besar jumpa ramai sahabat2
Periwayatan secara mursal oleh para Tabi`īn itu sebenarnya bukanlah kerana kecuaian atau sikap tak acuh mereka, tetapi kerana keterpaksaan yang dialami mereka pada
ketika itu. Ketsiqahan para Tabi`īn yang sangat tinggi juga membuatkan kedhaifan jarang-jarang sekali ditemui pada hadits-hadits mursal mereka. Itulah sebabnya Imam
Abu Hanifah(tabiin) dan Imam Malik (tabiin-tabiin) menerima hadits-hadits mursal secara mutlaq.
-terbukti ada sahabat walaupun tidak dinyatakan oleh imam malik dalam muwatok
-dalam muwatok banyak sekali mursal.
-dan diterima sebab setelah diperiksa memang ada sahabat2 dan disebut dalam saluran2 riwayat lain walau tiada dalam saluran imam malik (2 orang perawi)
-begitu juga musnad imam abu hanifah(seorang perawi)
Setelah zaman Tābi`īn berlalu dan bermula zaman Tābi` at-Tābi`īn, maka keperluan kepada sanad mulai dirasakan. Sebabnya ialah perawi-perawi hadits pada ketika itu
sudah agak ramai dan mereka pula tidak sekuat perawi-perawi sebelumnya. Malah sudah ada di kalangan mereka orang-orang yang sangat bermasalah.
Banyak riwayat mursal di zaman itu terbukti dha`if. Maka kajian sanad lebih dirasakan kepentingannya.
Kerana itulah Imam asy-Syafi`e dan Imam Ahmad secara umumnya tidak mahu menerima riwayat mursal, kecuali riwayat mursal Tabi`īn tertentu sahaja.
Minit 29
-siapa mereka ? Macamana..kena banyak kitab2 mazhabnya
Banyak sekali riwayat yang di peringkat awalnya tidak dha`if, kerana perawi-perawinya terdiri daripada orang-orang kuat. Tetapi kemudiannya dikatakan dha`if,
kerana ada di bahagian bawah sanadnya perawi yang dha`if.
- padahal perawinya sama yang asal, tetapi kemudiannya perawinya yang dhaif.
Mungkin juga di bahagian bawahnya terdapat idhthirāb atau inqithā` yang menyebabkan sesuatu hadits
dihukum dha`if.
Maka mungkin sekali sesuatu hadits yang telah dijadikan sebagai dalil dan hujah oleh Imam Abu Hanifah atau Imam Malik kerana ia sampai kepada mereka melalui saluran
sanad yang kuat, tetapi tidak diterima sebagai dalil dan hujah oleh imam-imam yang datang kemudian daripada mereka. Sebabnya ialah pada sanad selepas Abu Hanifah
atau Imam Malik terdapat perawi-perawi yang dha`if.
Perhatian:
(ini kesimpulan mmay daripada perbincangan akan datang):
Imam Tirmidzi mula-mula sekali nanti akan mengemukakan kata-kata orang-orang yang tidak menerima hadits mursal sebagai hujah. Untuk tujuan itu beliau kemukakan
tujuh riwayat. Beliau selepas itu mengemukakan pula sebab kenapa mereka tidak menerimanya. Untuk tujuan itu beliau kemukakan tiga riwayat. Dan akhir sekali
beliau kemukakan kata-kata orang yang menerima hadits mursal sebagai hujah. Di bawahnya beliau kemukakan satu sahaja riwayat. Itulah ringkasan kesemua perbincangan Imam Tirmidzi akan datang.
Minit35
قَالَ أَبُو عِيسَى والْحَدِيث إِذا كَانَ مُرْسلا فَإِنَّهُ لَا يَصح عِنْد أَكثر أهل الحَدِيثُ قد ضعفه غير وَاحِد مِنْهُم
(الحَدِيث الْمُرْسل)
١-(وبه قال حدثنا)حَدثنَا عَليُّ بن حجر أخبرنَا بَقِيَّة بن الْوَلِيد عَن عتبَة بن أبي حَكِيم قَالَ سمع الزُّهْرِيّ إِسْحَاق بن عبد الله بن أبي فَرْوَة يَقُول قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فَقَالَ الزُّهْرِيّ قَاتلك الله يَا بنَ أبي فَرْوَة نجيئنا بِأَحَادِيثَ لَيست لَهَا خطم وَلَا أزمة
٢- (وبه قال حدثنا) حَدثنَا أَبُو بكر عَن عَليِّ بن عبد الله قَالَ قَالَ يحيى بن سعيد مرسلات مُجَاهِد أَحَب إِلَيّ من مرسلات عَطاء بن أبي رَبَاح بِكَثِير كَانَ عَطاء يَأْخُذ عَن كل ضرب
٣-قَالَ عَليّ قَالَ يحيى مرسلات سعيد بن جُبَير أحبي إِلَيّ من مرسلات عَطاء
٤- قُلْتُ ليحيى مرسلات مُجَاهِد أحب إِلَيْك أَمّ مرسلات طَاوس قَالَ مَا أَقْرَبَهما
٥- قَالَ عَليّ وَسمعت يحيىَ بْنَ سعيد يَقُول مرسلات أِبْي إِسْحَاق عِنْدِي شبه لَا شَيْء وَالْأَعْمَش والتيمي وَيحيى بن أبي كثير ومرسلات بن عُيَيْنَة شبه الرّيح ثمَّ قَالَ إِي وَالله وسُفْيَان بن سعيد
٦-قلت ليحيى فمرسلات مَالك قَالَ هِيَ أحب إِلَيّ ثمَّ قَالَ يحيى لَيْسَ فِي الْقَوْم أحد أصح حَدِيثا من مَالك
٧-(وبه قال حدثنا)حَدثنَا سوار بن عبد الله الْعَنْبَري قَالَ سَمِعت يحيى بن سعيد الْقطَّان يَقُول مَا قَالَ الْحسن فِي حَدِيثه قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم إِلَّا وجدنَا لَهُ أصلًا إِلَّا حَدِيثا أَو حديثين
Izzati baca 8/5/22
👈قَالَ أَبُو عِيسَى وَمن ضعف الْمُرْسل فَإِنَّهُ ضعف من قبل أَن هَؤُلَاءِ الْأَئِمَّة حدثوا عَن الثِّقَات وَغَير الثِّقَات فَإِذا روى أحدهم حَدِيثا وأرسلهُ لَعَلَّه أَخِذِه عَن غِيرِ ثِقَة
(Baca kitab tiada baris atau tidak ,sama sahaja)
١-قد تكلم الْحسن الْبَصْرِيّ فِي معبد الْجُهَنِيّ ثمَّ روى عَنهُ (قال)حَدثنَا بشر بن معَاذ الْبَصْرِيّ (قال)حَدثنَا مَرْحُوم بن عبد الْعَزِيز الْعَطَّار(قال) حَدثنِي أبي وَعمي قَالَا سمعنَا الْحسنَ يَقُول إيَّاكُمْ ومعبد الْجُهَنِيَّ فَإِنَّهُ ضَالٌّ مضل
٢-قَالَ أَبُو عِيسَى ويُروى عَن الشّعبِيّ (قال) حَدثنَا الْحَارِثُ الْأَعْوَر وَكَانَ كذَّابًا وَقد حدث عَنهُ وَأكْثرُ الْفَرَائِضِ الَّتِي ترونها عَن عَليّ وَغَيره هِيَ عَنهُ وَقد قَالَ الشّعبِيُّ، الْحَارِثُ الْأَعْوَر عَلَّمَنِي الْفَرَائِضَ وَكَانَ من أَفْرَضِ النَّاس
٣-قَالَ وَسمعتُ مُحَمَّد بن بشار يَقُول سَمِعتُ عَبْدَ الرَّحْمَن بن مهْدي يَقُول أَلَا تعْجبُونَ من سُفْيَانَ بْنِ عُيَيْنَة لقد تركت لِجَابِرٍ اَلْجُعْفِيّ بقوله لما حكى عَنهُ أَكثر من ألف حَدِيث ثمَّ هُوَ يحَدِثُ عَنهُ قَالَ مُحَمَّدِ بْنُ بشار وَترك عِبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مهْدي حَدِيثِ جَابر الْجعْفِيّ
Ahmad Fuad dari Kubang Krian
وَقد احْتج بعض أهل الْعلم بالمرسل أَيْضا
(قال)حَدثنَا أَبُو عُبَيْدَة بن أبي السّفر الْكُوفِي ( وبه قال)حَدثنَا سعيد بن عَامر عَن شُعْبَة عَن سُلَيْمَان الْأَعْمَش قَالَ قلت لإبراهم
النَّخعِيّ أسْند لي عَن عبد الله بن مَسْعُود فَقَالَ إِبْرَاهِيمُ إِذا حدثتك عَن رجل
عَن عبد الله فَهُوَ الَّذِي سميت وَإِذا قلت قَالَ عبد الله فَهُوَ عَن غير وَاحِد عَن عبد الله
Kitab ilal 01-15sssP13 2
Perkara ketigabelas :
Kehujjahan hadits mursal
Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi: “Hadits kalau mursal (`aam), maka tidak sahih pada pandangan kebanyakan Ahlul Hadits. Bukan seorang (tetapi ramai) dari kalangan mereka mendha`ifkannya.
- bagi hadits mursal aam memang dhaif.
- mursal khas belum tentu.
- apa tujuan imam tirmizi bawa, dia nak cerita ada 'ilat.
- contoh jika mursal, mursal khusus ada perincian lagi.
- mursal sahabi ,sepakat boleh diterima.
- jadi kena perhatikan siapa yang mursal itu.
- mursal mutaqadimin , kena ingat istilah mereka mursal sangat umum.
- yang dhaif adalah mursal yang aam.
- bila dikata mursal boleh keliru.
-mursal Said bin Mussayab, adakah yang dibuang itu semuanya mertuanya Abu Hurairah? Jawabnya tidak. Jadi imam tirmizi nak mengingatkan ianya mungkin ada ilat.
-dari sudut riwayat.
Sebab bergantung kepada sanad.
-hadits tidak akan jadi dhaif perawi yang dibawah dari imam bukhari.
- tabaqat2 yang mmay beri mesti kena pakai.
- contoh tabaqat 12 , mereka paling bawah.
- ulamak sufi , tarikat ...
1- `Ali bin Ĥujr ° meriwayatkan kepada kami, katanya: Baqiyyah bin al-Walīd meriwayatkan kepada kami daripada `Utbah bin Abi Ĥakīm▪︎, kata beliau: “Pernah az-Zuhri (tabiin) mendengar Ishaq bin `Abdillah bin Abi Farwah¹²²/¹⁵¹ berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, Rasulullah s.a.w. bersabda.”¹²³/¹⁵² Maka kata az-Zuhri: “Semoga Allah membinasakanmu wahai anak Abi Farwah!• Engkau bawakan kepada kami hadits-hadits yang tidak bertali hidung dan tidak bertali kekang.¹²⁴/¹⁵³
°beliau adalah Ali bin Hasan bin Elias bin Qatil assaddi almarwazi. Kata Abu Bakar as sa'yasy, masyais qurasan, tokguru2 Qurasan ada 3:
Pertama Qutaibah.
Kedua Muhamad bin Mihran
Ketiga Ali bin Hujr.
- dia seorang tokoh besar.
▪︎berbeza ulamak tentangnya, ramai dia seorang yang tidak kuat
Minit 1jam 06 minit.
Paling tinggi perawi hasan.
•Siapa ibnu abi farwah?namanya Ishak bin Abdillah bin Abi Farwah, Abdi Rahman bin al aswad bin Sawadah.
Dia seorang meriwayat hadits mungkar, yakni bercanggah dengan hadits kuat.
Aku pergi haji ketika Malik masih hidup.
Minit 1jam 11minit.
Zuhri tidak suka riwayat Ibnu Abi Farwah
(Ini yang kedua tak mau pakai hadits mursal)
2- Abu Bakar meriwayatkan kepada kami daripada `Ali bin `Abdillah(Ali Madini), katanya: kata Yaĥya bin Sa`id: “Hadits-Hadits mursal Mujāhid jauh lebih aku suka berbanding hadits-hadits mursal `Athā’ bin Abi Rabāĥ. `Athā’ mengambil (hadits) daripada segala macam orang.”¹²⁵/¹⁵⁴
Sambung disini 8/5/22
Izzati sambung.
3- `Ali (Ibnu Madini guru imam bukhari dan juga guru imam tirmizi))berkata, kata Yaĥya (lagi): “Hadits-Hadits mursal Sa`id bin Jubair lebih aku suka daripada hadits-hadits mursal `Athā’.”¹²⁶/¹⁵⁵
4- (Kata `Ali) Aku bertanya Yaĥya, “Hadits-Hadits mursal Mujāhidkah lebih engkau suka atau hadits-hadits mursal Thāwūs?” Jawab Yaĥya(bin Said al Qattan), “Alangkah serupanya mursal mereka berdua.”¹²⁷/¹⁵⁶
5- `Ali berkata, aku telah mendengar Yaĥya bin Sa`id berkata, “Hadits-hadits mursal Abi Ishaq bagiku seperti tidak ada apa-apa, demikian juga hadits-hadits mursal al-
A`masy, at-Taimi¹²⁸/¹⁵⁷ dan Yaĥya bin Abi Katsīr. Hadits-hadits mursal Ibnu `Uyainah seperti angin.” Kemudian beliau (Yaĥya bin Sa`id) berkata, “Ya, demi Allah! Hadits-hadits mursal Sufyan bin Sa`id (Sufyan Assauri) juga sama.”¹²⁹/¹⁵⁸
6- Aku bertanya kepada Yaĥya, bagaimana dengan
hadits-hadits mursal Malik? Jawab beliau, “Ia adalah yang paling aku suka.” Kemudian Yaĥya berkata, “Tidak ada siapa pun di kalangan Ahlul Hadits orang yang haditsnya lebih sahih daripada (hadits) Malik.”
7- Sawwār bin `Abdillah al-`Ambari meriwayatkan kepada kami, katanya, aku telah mendengar Yaĥya bin Sa`id al-Qatthān (tabiin - tabiin, salah seorang perawi utama Bukhari dan Muslim, seorang yang sangat susah untuk memberi kelepasan kepada perawi2) berkata, “Tidak berkata al-Ĥasan (Hasan Basri secara umum,mursalnya dhaif )ketika meriwayatkan haditsnya “Rasulullah s.a.w. bersabda”, melainkan kami dapati ada asalnya, kecuali satu atau dua hadits sahaja.
- ini semua
÷÷÷÷÷÷
Minit 47
Sebab Kedha`ifan Hadits Mursal.
Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi: “Orang yang mendhaifkan hadits mursal (mursal aam termasuk hadits mualam, munqatik )sebenarnya mendhaifkannya kerana imam-imam hadits (tertentu) meriwayatkan
daripada orang-orang yang tsiqāt dan juga tidak tsiqāt.
Apabila seseorang daripada mereka meriwayatkan sesuatu hadits dengan mengirsālkannya, maka mungkin juga
dia telah menerimanya daripada orang yang tidak tsiqah.
1- Al-Ĥasan al-Bashri telah mempertikaikan Ma`bad al-Juhani,¹³⁰/¹⁵⁹ kemudian beliau meriwayatkan pula daripadanya.¹³¹/¹⁶⁰ Bisyr bin Mu`ādz al-bashri meriwayatkan kepada kami, katanya: Marĥūm bin Abdil `Azīz al-`Atthār meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayahku dan pak cikku meriwayatkan kepadaku, kata mereka berdua: kami telah mendengar al-Ĥasan berkata: “Jauhilah Ma`bad al-Juhani, sesungguhnya dia sesat lagi menyesatkan.”
- kenapa dia masih meriwayatkan darinya?
- banyak sebab kenapa dia ambil.
2- Kata Abu `Isa at-Tirmidzi: Diriwayatkan daripada asy-Sya`bi,¹³²/¹⁶¹ katanya: al-Ĥārits al-A`war¹³³/¹⁶² meriwayatkan kepada kami”. Sedangkan dia seorang pendusta besar. Walaupun begitu dia (asy-Sya`bi) tetap meriwayatkan hadits daripadanya.¹³⁴/¹⁶³ Kebanyakan hadits farā’idh yang kamu lihat diriwayatkan daripada `Ali dan orang-orang lain itu adalah melaluinya. Kata asy-Sya`bi, “Al-Ĥārits al-A`war telah mengajar aku ilmu Farā’idh. Dia antara orang yang paling pandai ilmu Farā’idh.”
3- Aku mendengar Muhammad bin Basysyār berkata, aku mendengar `Abdur Rahman bin Mahdi berkata, “Tidakkah kamu hairan terhadap Sufyan bin `Uyainah(imam besar)? Aku telah meninggalkan lebih seribu hadits Jābir al-Ju`fi kerananya, apabila dia menceritakan tentang Jābir kepadaku.¹³⁵/¹⁶⁴ Kemudian dia sendiri pula meriwayatkan hadits daripadanya.”¹³⁶/¹⁶⁵ `Abdur Rahman bin Mahdi telah meninggalkan hadits Jābir al-Ju`fi.
Ahmad Fuad dari Kubang Krian.
Alasan Orang-Orang Yang Menerima Hadits Mursal.
Bermaksud: (Kata Abu `Isa at-Tirmidzi) Ada juga sesetengah ahli ilmu berhujah dengan hadits mursal (seperti mereka berhujah dengan hadits musnad).
Abu `Ubaidah bin Abi as-Safar al-Kufi meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa`id bin `Aamir meriwayatkan kepada kami daripada Syu`bah daripada Sulaiman al-A`masy, katanya: Aku berkata kepada Ibrahim an-Nakha`i, “Ceritakan kepadaku sanad daripada `Abdillah bin Mas`ud.”¹³⁷/¹⁶⁶ Maka berkata Ibrahim, “Apabila aku meriwayatkan kepadamu daripada seseorang daripada `Abdillah, maka dia adalah orang yang aku sebutkan namanya. Dan apabila aku berkata, “Kata `Abdullah”, maka ia adalah daripada bukan seorang ( yakni beberapa) perawi daripada `Abdillah.¹³⁸/¹⁶⁷
_____________
Kitab ilal 01-15sssP13 3
¹²²/¹⁵¹ Ishaq bin `Abdillah bin Abi Farwah al-Umawi, al-Madani at-Tābi`i. Seorang perawi matrūk.
¹²³/¹⁵² Tanpa menyebutkan nama sahabat yang meriwayatkannya.
¹²⁴/¹⁵² Bantahan az-Zuhri (ahlil hadits)terhadap Ibnu Abi Farwah adalah kerana dia menyebarkan hadits tanpa menyebutkan sanadnya. Sikap az-Zuhri ini menunjukkan hadits mursal tidak boleh dijadikan hujah.
¹²⁵/¹⁵³ Mujāhid bin Jabr adalah seorang perawi tsiqah yang mulia, beliau juga merupakan salah seorang imam dibidang Tafsīr dan fiqh. Daripada kata-kata Yahya bin Sa`id al-Qatthān ini dapat diketahui bahawa bukan semua hadits mursal tidak mu`tabar dan dhaif. Hadits mursal
perawi tsiqah yang hanya menggugurkan perawi tsiqah seperti Mujāhid (gurunya diketahui Ibnu Abbas) tetap diterima dan dianggap mu`tabar. Berbeda keadaannya dengan hadits mursal `Athā’ bin Abi Rabāĥ, kerana ia dhaif dan tidak mu`tabar.
- tengok dulu perawi yang dibuang itu, jika kuat ok jika tidak tak ok
-walau zahirnya perawinya yang bagus tetapi jika dia ambil dari perawi yang tak lemah.
-semata2 hadits mursal.
-nak kata tolak hadits mursal terus tidak pula.
Minit 1jam 20 minit
Ilal adalah muqadimah kitab Sunan Imam Tirmizi.
1jam 22minit
Sambung disini 8/5/22
Izzati sambung.
¹²⁶/¹⁵⁵ Kerana Said bin Jubair hanya menggugurkan perawi tsiqah sahaja, sedangkan `Athā’(tokoh tabiin) pula meriwayatkan hadits-hadits daripada segala macam orang, yang tsiqah dan juga yang dhaif. Riwayatnya dianggap dhaif kerana ada kemungkinan perawi yang digugurkannya itu perawi dhaif.
- mungkin tabiin ambil bukan dari sahabat tetapi boleh jadi dari tabiin juga.
- tabiin itu perlu dipastikan tabiin yang tsiqah.
-jadi mursal `Athā dhaif kerana perawi yang digugurkan itu mungkin perawi dhaif.
Minit 12
- kita duk anggap dia ambil dari perawi tsiqah, tiba2 ada dari perawi dhaif, itulsh ilatnya.
¹²⁷/¹⁵⁶ Riwayat mursal mereka berdua lebih kurang sama darjatnya. (Dari sudut)Kedua-duanya boleh diterima. (Bagaimanapun ianya tidak mutlak atau bukan semua diterima tanpa periksa)
¹²⁸/¹⁵⁷ Beliau ialah Abu al-Mu`tamir Sulaiman bin Tharkhān at-Taimi al-Bashri.
(Ini tokoh2 besar tetapi tidak boleh mudah2 terimanya)
¹²⁹/¹⁵⁸ Hadits-hadits mursal mereka yang tersebut ini tidak sahih. Seperti angin adalah kinayah (bahasa kiasan) bagi lemah (dhaif).
¹³⁰/¹⁵⁹ Beliau ialah Ma`bad bin Khalid al-Juhani. Salah seorang tokoh yang berfahaman Qadariyyah, iaitu satu golongan yang tidak menerima taqdir sebagai ketentuan Allah s.w.t.
¹³¹/¹⁶⁰ Walau Ĥasan al-Bashri telah berkata sampai begitu sekali tentang Ma`bad, tetapi beliau sendiri meriwayatkan juga hadits-hadits daripadanya. Ini menunjukkan tokoh-tokoh besar seperti Ĥasan al-Bashri juga menerima riwayat daripada orang-orang yang bermacam-macam
latar belakangnya, termasuk daripada perawi-perawi sesat seperti Ma`bad al-Juhani. Inilah antara sebab kenapa hadits mursal Ĥasan al-Bashri dianggap dhaif oleh para ulama hadits.
¹³²/¹⁶¹ Beliau ialah `Aamir bin Syurāĥīl asy-Sya`bi. Seorang tokoh yang setanding dengan Ibrahim an-Nakha`i. Sya`bi terbilang sebagai salah seorang imam mujtahid di Kufah.
¹³³/¹⁶² Ĥārits bin `Abdillah al-Hamdāni al-Kūfi. Al-A`war itu adalah gelarannya. Dikatakan al-A`war kerana sebelah matanya buta. Dia terbilang salah seorang murid Saiyyidina `Ali r.a.
¹³⁴/¹⁶³ Ini menunjukkan orang-orang besar seperti Sya`bi juga meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi yang lemah.
Minit 50
¹³⁵ Sufyan bin `Uyainah telah menceritakan kepada `Abdur Rahman bin Mahdi bahawa Jābir al-Ju`fi berpegang kepada `aqidah raj`ah. Dia percaya Saiyyidina `Ali akan datang kembali ke dunia setelah beliau dihidupkan semula. Raj`ah adalah salah satu `aqidah Syi`ah yang melampau.
- seperti Syiah isna asyariah dan syiah lain, ada aqidah ini.
¹³⁶ Riwayat yang dikemukakan oleh Tirmidzi ini menunjukkan tokoh-tokoh besar seperti Ibnu `Uyainah juga meriwayatkan hadits daripada perawi-perawi yang tidak tsiqah, bahkan perawi-perawi pereka hadits. Kerana itu hadits mursal langsung tidak boleh dijadikan hujah.
- sebab perawi yang dibuang itu adalah perawi dhaif.
Ahmad Fuad dari Kubang Krian
¹³⁷ Kerana engkau sendiri tidak sempat bertemu Ibnu Mas`ud, jadi melalui siapakah engkau mendapat riwayat Ibnu Mas`ud itu?
¹³⁸ Riwayat ini menunjukkan apabila Ibrahim an-Nakha`i meriwayatkan secara mursal daripada Ibnu Mas`ud, maka yang digugurkannya ialah beberapa orang muridnya yang tsiqah.
Kerana itu riwayat mursal Ibrahim dianggap kuat dan boleh diterima.
Kesimpulannya ialah penentu bagi kuat atau tidak kuatnya hadits mursal terletak pada perawi yang digugurkan. Jika perawi yang digugurkan diketahui dengan pasti seorang yang memang tsiqah dan kuat, maka riwayat mursal itu kuat dan boleh diterima. Sebaliknya hadits mursal akan dikira lemah jika perawi yang digugurkan tidak diketahui atau diketahui sebagai perawi yang lemah.
-Yang boleh diterima yang dibawa oleh imam Tirmizi hanya satu sahaja.
- mursal Said bin Musayab kuat sebab dia ambil dari mertuanya Abu Hurairah. Ini mursal khas atau mursal yang sebenarnya.
- Mursal khas perawi ang paling atas dibuang.
- yang jadi masalah yang dibuang bukan sahabat.
- hadits yang terputus sanad dimana2.
- selagi tidak tahu siapa tabiin yang dibuang mesti dipastikan baru boleh putuskan dhaif atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan